Photoshoot Raya 2018 – 1st Photoshoot

Kongsikan Artikel Ini

Perancangan untuk baju raya sudah bermula sejak tahun 2017. Awal kan? Padahal raya bulan Jun 2018.

Perkara pertama yang dilakukan adalah mencari fabric yang sesuai, kerana tahun 2018, Cozy Lady bercadang untuk mengeluarkan baju melayu di bawah label Biceptin. Tentu sekali kain como crepe yang selalu digunakan untuk kebanyakan blouse Cozy Lady tidak sesuai kerana kain ini tidak sesuai dibuat baju melayu.

Setelah beberapa ketika, pencarian berakhir dengan berita baik apabila kami menemui kain yang sangat selesa dan berkualiti iaitu Sakura Silk. Sedikit tentang kain ini, ianya flowy dan lembut, jadi sesuai untuk dibuat berbagai design. Faktor utama pemilihan kain ini adalah ia tidak panas, sesuai sangatlah dipakai dalam cuaca Malaysia.

Selepas itu, team Cozy Lady mula merangka design dan menyiapkan sampel baju. Alhamdulillah, sampel siap pada bulan Januari dan sampel untuk photoshoot pula siap pada bulan Februari.

Photoshoot Raya Pertama

Photoshoot untuk baju raya pertama tahun ini adalah pada 25 Februari, di mana saya membawa beberapa design blouse dan baju raya iaitu

  • Colostra Kurung
  • Prolactina warna baru
  • GLAM Jubah
  • Ossitocina Jubah warna baru
  • Antisoma Tulip warna baru
  • Antisoma Fishtail warna baru.

Saya kongsikan sedikit gambar di sebalik tabir photoshoot pertama ini.

 Eh, tersama pulak baju kami. Antisoma Tulip dan maternity pant brown. 

Ginilah gayanya pegang baju untuk shoot baju tanpa model. Gigih tak? Antisoma Fishtail kaler Emerald Green.

Model tengah bersiap. Prolactina blouse yang diberi nama sempena hormon utama dalam penyusuan iaitu hormon prolaktin. 

Opocot, nak terjatuh. Kasut tinggi sangat. hehe. Nabila Asyikin ni comel je orangnya, jadi kasut kena la tinggi. 

Photoshoot berlangsung selama 4 jam 30 minit, agak lama tetapi saya sangat puas hati dengan hasilnya.

Team Cozy Lady sediakan video di sebalik tabir photoshoot kali ni. Dalam video ini anda boleh lihat kerja-kerja yang terlibat demi mendapatkan gambar yang cantik untuk kegunaan di Facebook page Cozy Lady dan Instagram. Ianya kerja yang melibatkan tenaga beberapa orang dan jumlah masa berpuluh jam daripada iron baju, perjalanan ke studio dan sesi photoshoot itu sendiri kemudian perjalanan balik semula ke Butik Cozy Lady.

Segala penat lelah terbayar apabila Cozy Lady Lovers berpuas hati dengan baju menyusu kami sama ada dari segi design atau kualiti kain yang kami gunakan untuk raya tahun ini.

Thank you tau sebab tak putus-putus support kami.

Jom tonton video di bawah.

Jangan lupa dapatkan baju menyusu Cozy Lady sama ada untuk hari raya atau pakaian harian anda 🙂

Tekan link ni untuk mendapatkan semua koleksi Cozy Lady –> LINK

Jom sertai Komuniti Cozy Lady

Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini