Diet dan Ibu Menyusu, Apa Yang Perlu Anda Tahu
Topik diet ketika menyusu adalah topik agak sensitif.
Orang yang komen tentang diet semasa menyusu ni biasanya terbahagi kepada dua. Pertama golongan yang membantah. Kedua, golongan yang kata dia menyusu elok je kurus, nape hang tak kurus dan makin gemuk?
Jarang ada yang menyokong dan menceritakan cara diet semasa menyusu yang betul.
Saya masih ingat ketika menyatakan hasrat untuk menurunkan berat badan di Facebook, ianya seperti mendapat tentangan.
“Ibu menyusu tak payah la diet, fikir tentang anak, kesian anak kalau susu kurang”
“Tak pe, lepas habis menyusu nanti baru mula diet”
Ada pula yang membandingkan dengan diri sendiri yang dikurniakan tuhan badan yang slim kerana menyusukan anak.
“Saya lepas menyusu, badan surut banyak, sekarang berat dah kurang daripada sebelum bersalin”
Alhamdulillah, tahniah. Tetapi saya tidak bernasib baik seperti anda. Berat bukan makin turun, tetapi makin naik.
Tak dinafikan komen sebegini menyebabkan saya jadi risau untuk mulakan sesi diet kerana masih menyusukan di kembar Amir Amirah.
Misi diet bermula
Nak dijadikan cerita, saya tekad untuk mulakan diet atau dalam bahasa lainnya jaga pemakanan sihat pada bulan November 2017. Ketika ini si kembar dah berumur 1 tahun. Saya kira cukuplah setahun melantak makanan manis setiap kali rasa penat dan stress melayan dan menguruskan anak. Ketika ini rasa sedikit sedih kerana terpaksa pantang minum Pearl Milk Tea TEALIVE yang mana inilah minuman ruji (wah, ada ke perkataan ni) setiap kali rasa stress dan penat dengan aktiviti harian.
“Bye bye TEALIVE, berat dah capai 59kg akan ku minum mu lagi”
Saya mulakan misi turun berat badan dengan berat 65kg dan target untuk turunkan ke berat 56kg.
Kenapa memilih 56kg? Kerana ia adalah berat untuk dapat BMI normal untuk ketinggian badan saya.
Tekan sini untuk kira BMI anda.
Diet dan menyusu
Sebelum memulakan misi menurunkan berat badan, saya mula membaca tentang diet dan penyusuan. Adakah boleh untuk kurangkan pengambilan kalori jika masih menyusu?
Ini adalah hasil dapatan saya tentang diet dan menyusu.
- Ibu menyusu akan sentiasa rasa lapar. Jadi perlu banyakkan makanan yang tinggi protein dan serat supaya rasa kenyang lebih lama.
- Makan sedikit tetapi kerap. Kalau orang biasa ada 1 snacking sahaja di antara breakfast dan lunch, kita ibu menyusu boleh ambil 2 kali snacking. Tapi ingat, jaga portion makanan. Makan sikit sahaja sekadar untuk kurangkan rasa lapar tadi, bukan sampai kenyang. Snacking tu apa? Ini saya akan terangkan dalam post seterusnya.
- Kira kalori makanan yang diambil tetapi always listen to your body. Jika rasa lapar, makan saja tetapi cuba makan makanan yang buat kita kenyang lama (iaitu makanan yang tinggi protein dan serat) serta jaga kuantiti supaya tak terlalu banyak.
- Jika dah jaga kalori makanan harian tetapi berat tidak turun-turun, anda perlu mula bersenam. Bersenam dapat bakar lebihan kalori dan bina otot, dan ini akan tingkatkan metabolisma kita.
- Diet ni perlukan kesabaran. Kalau dapat turun 1kg sebulan pun dah ok. Teruskan bersabar dan terus makan makanan sihat.
Betul ke lepas diet susu jadi sikit?
Rasanya ni bergantung kepada individu. Dalam kes saya, ya susu berkurang sedikit, tetapi teruskan menyusu atau pam dengan kerap. Lepas badan dah adapt dengan jadual makanan baru kita ni, susu akan kembali normal.
Sebab tu, jika nak mulakan diet, sebaiknya mulakan selepas bayi berusia 6 bulan. Waktu ni bayi dah mula makan makanan separa pepejal, jadi jika susu berkurang sedikit, kita masih dapat survive.
Dalam entri seterusnya saya akan tulis tentang kepentingan snacking, makanan tinggi protein dan serat serta bersenam sebab ni antara faktor kejayaan penurunan berat badan saya. Sebab yelah kan, mak menyusu ni sentiasa lapar dan susah betul nak kurangkan portion makanan. Tekan gambar di bawah untuk baca entri seterusnya.
Saya ada kongsikan resepi dan menu sepanjang saya amal pemakanan sihat dan perjalanan setahun saya untuk turunkan 14kg berat badan di Instagram @mealprepmy . Boleh follow Instagram ini untuk lebih banyak info tentang diet.
Dalam gambar ini, berat saya 51kg, setelah turun 14kg daripada berat selepas bersalin. Saya ambil masa selama hampir setahun dengan jaga makan dan sesekali bersenam apabila ada masa. Ianya tidak mudah tapi hasilnya sangat berbaloi. (dalam gambar ni saya pakai baju kurung batik yang ada bukaan menyusu selak daripada Cozy Lady)
Saya harap perkongsian saya Ini membuka mata ibu-ibu tentang diet dan ibu menyusu. Tidak mustahil untuk turun berat badan semasa menyusukan anak. Walaupun sentiasa lapar, kita masih boleh turunkan berat badan, dengan syarat kita pastikan makanan yang dimakan itu membuatkan kita kenyang lebih lama.
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link dibawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/
Juga, mari sertai komuniti Cozy Lady untuk mendapat update bagi setiap post bermanfaat yang bakal dikongsi dalam blog ini nanti.