DIY Baby Headband – Jom Belajar Buat Sendiri

Kongsikan Artikel Ini

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil perempuan, pasti ada keinginan untuk menghias anak agar kelihatan lebih perempuan. Anak kembar saya, Amirah, lebih lagi sebab kekurangan rambut sejak dicukur abahnya sejak lahir, maka, perlu dihiaskan sesuatu agar nampak dia adalah perempuan. Hehe.

Ada banyak jenis headband di pasaran. Ada yang ribbon, ada yang bunga, macam-macam corak untuk anak anda. Kalau nak beli, harganya boleh tahan. Rasa macam tak worth pulak.

DIY Baby Headband

Dalam post ini, kami akan berkongsi cara DIY Baby Headband dengan kain perca lebihan serta riben getah. Hanya memerlukan kos sekitar RM1 dan masa sekitar 5 minit sahaja.

Bahan-bahan:

  1. Kain perca lebihan
  2. Riben getah yang boleh dibeli di kedai kraf atau kedai barangan perkahwinan
  3. Glue stick (yang digunakan untuk hot glue gun)

Untuk cara-cara membuat, boleh lihat dalam video di bawah:

DIY Baby Headband: Hasilnya

Dan ini adlah hasil DIY Baby Headband yang saya buat sendiri untuk anak perempuan saya, Amirah. Tiada beza sangat dengan yang dijual di pasaran.

Cantikkan?

Selamat mencuba.

Jom sertai Komuniti Cozy Lady

Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini