Pam Susu di Pejabat – Part 1
Bagi ibu yang ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun, antara perkara yang difikirkan selepas melahirkan anak adalah apa persediaan yang perlu dilakukan supaya dapat terus memberikan susu ibu kepada anak walaupun ibu perlu kembali bekerja.
Saya kurang tahu apa persediaan jika perlu bekerja diluar pejabat seperti doktor, jururawat atau polis. Saya masih ingat ketika kelas breastfeeding yang diadakan di Butik Cozy Lady, penceramah kelas ini memberitahu dia ada seorang rakan yang bekerja sebagai polis tetapi berjaya memberikan susu ibu kepada anak beliau sehingga anak beliau 2 tahun. Dan ibu ini adalah EP mom! (iaitu ibu yang beri susu sepenuhnya melalui botol, jadi ibu ni perlu pam 100%). Menakjubkan bukan? Jika ada kelapangan, saya akan cuba hubungi ibu polis ini supaya dapat kongsikan pengalaman beliau.
Tetapi, jika anda bekerja di pejabat, dalam entri kali ini saya akan kongsikan apa persediaan dan tips pam susu di pejabat berbekalkan sedikit pengalaman saya mengepam susu semasa bekerja sebagai guru sebelum full time menguruskan perniagaan sendiri.
Ianya tidak terlalu sukar untuk dicapai jika kita bersedia.
Persediaan Pam Susu Di Pejabat
Sebelum masuk bekerja, ibu-ibu perlu bersedia dengan dua perkara iaitu:
- Kelengkapan mengepam susu di pejabat.
- llmu tentang penyusuan.
Persediaan pertama itu biasa disediakan kerana banyak dibincangkan, tetapi ramai lupa tentang persediaan kedua iaitu tentang ilmu penyusuan. Dalam entri kali ini saya akan kongsikan apa yang wajib untuk ada dan optional tetapi sangat membantu jika ada.
Kelengkapan Wajib Pam Susu di Pejabat.
Paling penting untuk disediakan adalah breastpump. Sebaiknya, dapatkan double breastpump sebab ianya akan jimatkan masa kita mengepam. Jadi tidak perlukan masa yang lama selang masa kerja untuk mengepam. 15 minit mengepam sudah mencukupi. Campur 5 minit untuk breast massage, marmet, label dan simpan susu, jadi kita cuma perlukan 20 minit setiap sesi.
Selain itu, sediakan juga botol atau plastik susu untuk simpan susu yang dipam tadi. Secara peribadi, saya suka gunakan botol kerana ianya lebih menjimatkan wang kerana boleh diguna berkali-kali. Botol BPA free boleh digunakan sehingga 6 bulan manakala botol kaca boleh digunakan selama-lamanya selagi ia tak pecahlah. (well, tiada benda yang kekal di dunia ini, hehe)
Tetapi ada ibu-ibu yang memilih plastik susu supaya tidak perlu basuh botol dan ia tidak memakan ruang yang banyak dalam cooler bag. Sediakan salah satu, botol atau plastik susu. Mana-manapun ok, mengikut pilihan masing-masing.
Sebelum masuk kerja, cuba risik-risik tempat kerja itu, adakah ada peti sejuk di pejabat yang boleh digunakan untuk menyimpan susu yang sudah dipam? Jika ada, anda tidak perlukan cooler bag. Tetapi jika tiada peti sejuk, anda wajib sediakan cooler bag dan ice packs. Ice packs ini perlu dibekukan sebelum ke tempat kerja dan ianya akan bantu susu yang dipam sejuk sepanjang hari anda berapa di tempat kerja.
Jadi, ini 3 kelengkapan WAJIB ada iaitu:
- Pam susu elektrik atau manual. Tapi sangat digalakkan untuk menabung dan dapatkan pam elektrik, double pump untuk menjimatkan masa mengepam.
- Botol simpan susu atau plastik susu
- Cooler bag. Sekiranya tiada peti sejuk di pejabat atau jika pejabat jauh daripada rumah.
Download FREE checklist barang yang perlu ada dalam cooler bag.
Checklist ni saya tampal di dinding dapur sebab ini kawasan saya selalu kemas cooler bag sebelum ke tempat kerja. Setiap pagi, dalam keadaan rushing dan mengantuk (hehe), checlist ni sangat membantu untuk elakkan tertinggal barang mengepam yang penting.
Checklist ini saya ada buatkan dalam format pdf, ibu-ibu hanya perlu print dan tampal di dinding rumah.
Masukkan nama, email dan tekan butang send untuk dapatkan checklist ini dalam format pdf.
Checklist ini juga sebenarnya membantu jika suami bantu kemaskan beg pam saya. Suami jadi lebih confident sebab dia ada satu senarai untuk semak dan pastikan semua ada.
Kelengkapan wajib saya ke tempat kerja. Pam beserta corong, cooler bag dan botol untuk simpan susu. Pam tu dah guna sejak anak pertama, lepas tu servis je dan sambung guna untuk anak kedua dan ketiga. Botol saya suka guna botol kaca Babypax ni, satu sebab comel, kedua sebab dia tak perlu tukar setiap 6 bulan macam botol BPA free lain. Saya bawa 3 je botol dan spare satu paket plastik susu just in case susu dapat banyak melebihi 3 botol. Cooler bag sejak guna Natural Moms, memang tak beralih kepada cooler bag lain sebab puas hati susu sejuk lama dalam cooler bag ni.
Oh ya, jika tempat kerja jauh daripada rumah pun anda kena sediakan cooler bag supaya susu kekal segar sepanjang perjalanan anda pulang ke rumah.
Kelengkan Optional Pam Susu di Pejabat.
Untuk senarai ini, ianya adalah optional, yang bermaksud, OK saja jika tiada, tetapi jika ada, ianya sangat membantu anda ketika mengepam sambil bekerja.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai jadual padat di pejabat, saya sarankan ibu-ibu usahakan untuk sediakan kelengkapan optional ini. Jika tidak dapat beli sekaligus, usahakan untuk beli sedikit demi sedikit. Bulan ini beli satu, bulan depan beli lagi satu.
Walaupun agak mahal, saya cuba usahakan untuk menyediakan kelengkapan optional ini supaya saya dapat mengepam sambil membuat kerja di pejabat.
Pertama, sediakan corong handsfree. Seperti namanya, corong ini tidak perlu dipegang semasa sesi mengepam. Hanya selitkan dalam bra dan boleh terus mula mengepam. Kedua-dua tangan bebas melakukan perkara lain tanpa perlu sibuk untuk pegang corong pam.
Corong sebegini sangatlah membantu kita mengepam sambil bekerja. Jadi, tiada ada halangan untuk patuh kepada jadual pam walaupun jadual di tempat kerja tersangat padat.
Ada banyak jenama di pasaran, antaranya adalah Autumnz Trulee, Freemie, Youcup dan Cimilre Handsfree.
Masa anak pertama, saya guna Freemie sebab masa tu masih belum ada corong handsfree jenama lain. Saya terus gunakan corong yang sama untuk anak kedua dan ketiga sehingga saya diperkenalkan dengan Youcha Cup. Dan saya terus gunakan Youha Cup sehingga sekarang. Saya kongsikan pendapat saya tentang Freemie vs Youha Cup di SINI
Kedua, sediakan nursing cover. Secara peribadi, saya rasakan nursing cover sangat membantu menutup bahagian badan supaya tidak terdedah semasa kita memasukkan corong pam di dalam bra. Jika tiada nursing cover, ibu-ibu boleh juga gunakan selendang, shawl atau pashmina.
Pengalaman saya, nursing cover yang ada pengeras pada leher (atau peek a boo window) sangat memudahkan saya untuk marmet selepas pam sebab saya tak reti untuk marmet kalau tak tengok tangan yang menekan breast tu T_T risau susu terpancut ke tempat lain dan bukan masuk ke dalam botol.
Bagi yang nak tahu bagaimana nursing cover yang ada peek a boo window, boleh tonton video pendek ni.
Nursing cover ni available di website Cozy Baby, tekan sini jika berminat untuk beli –> NURSING COVER
Ketiga adalah baju menyusu atau jika tiada, boleh pakai baju yang ada zip di hadapan atau yang ada butang di hadapan. Baju seperti ini akan memudahkan kita menyelitkan corong pam dalam pakaian dalam walaupun berada di cubicle.
Pengalaman saya mengepam susu di tempat kerja sebagai seorang guru, dengan adanya tiga kelengkapan optional ini, saya mampu mengepam susu di cubicle sambil memeriksa buku dan kertas pelajar, key in markah pelajar dan menyiapkan tugasan lain yang tidak memerlukan saya untuk bergerak banyak. Dan bagi saya, ianya adalah faktor utama saya tidak skip jadual mengepam kerana saya masih dapat siapkan kerja walaupun perlu mengepam setiap 3 jam. Saya juga tidak perlu balik terlalu lewat untuk siapkan kerja sebab masa waktu pam pun saya boleh gunakan untuk menyiapkan kerja.
Dalam entri seterusnya, saya akan kongsikan ilmu penyusuan asas yang ibu perlu tahu dan hadam sebelum mula bekerja. Ianya mungkin kelihatan simple, tetapi jika tiada ilmu ini, agak sukar untuk ibu menyusu kekal bersemangat mengepam di tempat kerja. Jika tiada semangat, ada segala kelengkapan menyusu pun tiada guna kan?
Jadi, jom baca entri seterusnya di sini:
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
NURUL ANIYYAH
September 23, 2019 @ 10:19 am
Hi nak tnya cmne cara cuci breastpump selepas pump di opis? Mmg setiap kali kena cuci dgn air ke sbb susah nak cari tmpt dkt opis utk air dry semua spareparts. Thanks
admin
October 3, 2019 @ 6:01 pm
Tak perlu. Boleh je nak basuh sekali sehari sahaja lepas balik daripada pejabat.
Puan perlu simpan corong yg dah guna tu dalam tempat tertutup (sama ada bekas atau ziplock bag) dan letakkan di tempat sejuk (Sama ada cooler bag berisi ice pack atau peti sejuk)
siti hajar
December 15, 2020 @ 9:59 am
salam terima kasih atas perkongsian saya suka membaca di blog ini, bley saya tahu botol pump perlu tukar setahun sekali ke 6 bulan sekali sama dengan botol susu anak? botol simpanan susu jgk mcm mane ye? hanya buat simpanan susu shaja botol itu. terima kasih jika membaca soalan ini dan sudi menjawab.
admin
January 3, 2021 @ 11:04 pm
Salam puan 🙂 botol pam sebaiknya tukar setiap 6 bulan sama seperti botol susu anak. Botol simpanan susu juga boleh tukar setiap 6 bulan. Alternatif yang lebih jimat adalah botol kaca, yang mana ianya tidak perlu tukar selagi botol tu tidak pecah. Boleh pakai selama-lamanya, Cuma kelemahan botol kaca adalah ianya lebih berat berbanding botol plastik untuk dijadikan botol simpanan susu.
Botol kaca https://www.cozybaby.biz/product/babypax-rainbow-glass-bottle-6-bottles/