Pam Susu di Pejabat – Part 2

Kongsikan Artikel Ini

Dalam entri sebelum ini, kita dah lihat apa kelengkapan wajib dan optional yang perlu disediakan sebelum masuk bekerja.

Dalam entri kali ini, saya akan kongsikan beberapa ilmu penyusuan asas yang bagi saya sangat penting untuk diketahui supaya ibu-ibu terus kekal bersemangat mengepam susu di pejabat.

Jaga Jadual Pam. 

Bila saya perlu mengepam di tempat kerja? Soalan ini adalah soalan yang saya sendiri tanya sebelum masuk ke tempat kerja.

Untuk memastikan penghasilan susu berterusan, kita perlu pam dengan kerap, iaitu setiap 3 jam.

Elakkan jarak terlalu jauh bagi setiap sesi pam.

Fakta:

  1. Susu akan terus dihasilkan jika susu kerap dikeluarkan daripada payudara.
  2. Semakin kerap susu dikeluarkan daripada payudara, ini memberi signal kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu

Jadi, jika ibu skip sesi pam –> susu tidak dikeluarkan daripada payudara dalam tempoh masa yang lama –> ini memberi signal kepada otak untuk mengurangkan penghasilan susu pada sesi seterusnya.

Ya benar, bila skip sesi pam, kita akan dapat banyak pada sesi seterusnya. Tetapi jika ianya dibiarkan berterusan, ibu akan perasan susu akan mula berkurang.

Jadi ibu-ibu perlu cuba sebaiknya untuk pam sekerap setiap 3 jam ketika berjauhan dengan bayi supaya susu terus dihasilkan dan tak drop.

Tahu Cara Mengendalilan Susu Perahan Dengan Betul

Bila di pejabat, kita perlu simpan susu perahan di tempat sejuk, sama ada dalam peti sejuk pejabat atau dalam cooler bag yang berisi ice packs. Susu ini kemudiannya kita akan bekalkan kepada pengasuh anak. Jadi, amat penting untuk tahu cara mengendalikan susu perahan terutamanya berapa lama susu dapat bertahan dalam keadaan tertentu.

Antara soalan yang kerap kali menjadi persoalan adalah:

  1. Boleh ke campur susu yang baru diperah dengan susu yang dah duduk lama dalam cooler bag?
  2. Saya terlupa simpan susu yang dipam 2 jam lepas dalam cooler bag. Susu masih elok ke?

Artikel di bawah menerangkan tentang tempoh kesegaran susu dalam beberapa situasi yang biasa kita hadapi

Tahu teknik efektif mengepam.

Gunakan teknik ini untuk dapatkan hasil yang sama tetapi dalam masa yang lebih singkat.

Kebisaannya saya hanya pam 15 minit kemudian akhiri sesi dengan marmet. Ini adalah apa yang selalu saya lakukan untuk setiap sesi pam.

Sebelum memulakan sesi mengepam, urut payudara dengan urutan seperti dalam gambar ini. Tujuannya untuk lancarkan pengaliran susu. Masa ni pun susu dah mula keluar sedikit.

Lepas tu pakai pam seperti biasa dan mulakan sesi dengan mode stimulate selama 1 hingga 2 minit. Teruskan mode stimulate ni jika susu masih belum keluar. Mode stimulate ialah mode pada pam di mana sedutannya pendek dan cepat.

Selepas susu mula keluar, tukar kepada expression mode. Mode ini sedutannya panjang dan bertujuan mengeluarkan susu.

Katalah selepas 5 minit susu berhenti keluar, tukar kembali kepada mode stimulate dan teruskan mode stimulate ni sehinggalah susu mula keluar kembali. Bila susu dah keluar, tukar semula ke expression mode.

Teruskan mengepam selama 15 hingga 20 minit.

Sentiasa akhiri setiap sesi pam dengan marmet, iaitu perah susu dengan menggunakan tangan. Ini penting sebab TIADA breast pump yang mampu mengeluarkan susu sepenuhnya sama seperti hisapan anak.

Masa marmet ni, anda akan dapati, walaupun tadi semasa guna pam susu dah berhenti keluar, masih agak banyak susu diperoleh bila buat perahan guna tangan (atau marmet). Boleh dapat dalam 0.5oz susu lagi dengan marmet!

Marmet ni perlukan latihan. Selepas cuba beberapa kali, saya dapati ianya menjadi semakin mudah.

Boleh baca artikel di bawah untuk belajar cara perahan tangan atau marmet:

Teruskan marmet sehingga payudara terasa ringan.

Susu memang akan terus menitis bila kita marmet ni sebab payudara kita memang takkan pernah kosong tau. Penggunaan terma kosongkan breast setiap kali pam adalah salah. Penerangan lanjut boleh baca perkongsian Kak Nad founder Feed By Ummi Najla di bawah. Tekan see more untuk baca penerangan lanjut daripada Kak Nad.

Semoga perkongsian ini membantu ibu-ibu yang perlu mengepam susu di tempat kerja.

Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu selak Cozy Lady, boleh layari laman web ini:

http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/

Pam susu di pejabat

Jom sertai Komuniti Cozy Lady

Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini