Diari Cozy Lady

Packing for Babybox Malaysia

Kongsikan Artikel Ini

Hujung minggu adalah waktu ibu-ibu bekerja seperti saya mengemas rumah. Kebiasannya saya akan gunakan masa 1-2 jam untuk mengemop seluruh rumah dan menyusun baju yang penuh di ampaian ke dalam almari.

Minggu ini ada sedikit masa terluang, jadi saya bercadang untuk mengosongkan sedikit almari Amir dan Amirah yang dah semakin penuh. Sudah agak banyak baju yang tidak muat tetapi saya belum sempat untuk keluarkan dan susun untuk dihantar kepada Babybox Malaysia.

Babybox Malaysia

Saya mula kenal Babybox Malaysia semasa melahirkan anak pertama kira-kira 3 tahun lepas. Apa yang saya tahu, mereka mengumpulkan pakaian terpakai yang masih elok dan mereka agihkan kepada ibu yang memerlukan. Selain itu, mereka juga ada sediakan babykit untuk membantu anak kecil di kawasan bencana.

Oh ya, mereka kumpulkan pakaian bayi berusia setahun ke bawah sahaja (mereka tidak menerima pakaian kanak-kanak berumur setahun ke atas)

Berita Sinar Harian pernah menulis panjang tentang Babybox Malaysia di sini –> LINK

Facebook page mereka:

Cara menyumbang

Bagi yang nak menyumbang, mereka menerima sumbangan dalam bentuk barangan bayi terpakai dan juga sumbangan wang.

Sumbangan wang tunai boleh dibuat ke akaun berikut:

Untuk pakaian terpakai, sebaiknya periksa dahulu kondisi pakaian. Asingkan pakaian yang sudah tidak elok seperti butang tercabut, ada kotoran teruk, koyak dan lusuh.

Pakaian yang masih elok pula, sebaiknya asingkan mengikut umur, jantina dan jenis baju seperti baju tidur dan baju siang. (biasanya baju tidur berlengan dan berseluar panjang)

Sesi menyemak kondisi pakaian. Yang elok berlipat itu sahaja yang boleh dihantar kepada Babybox Malaysia. Separuh lagi perlu dibuang kerana sudah terlalu lusuh, ada yang terlalu kotor. 

Baju yang sudah diasingkan mengikut umur, jantina dan jenis baju. Saya letak dalam ziplock bag supaya mudah untuk sukarelawan Babybox Malaysia mengagihkannya kepada bayi yang bersesuaian. Snap gambar dulu baru label sebab marker pen tertinggal di ofis. 

T shirt ni mama simpan untuk flatlay mama nanti. Hehe. 

Pakaian ini kemudiannya akan saya poskan ke alamat berikut:

Fara Hariri
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh,
Tingkat 1 Bangunan Persekutuan,
28000 Temerloh, Pahang.
012-6246374

Alamat ini sebenarnya saya dapat selepas bertanya di facebook Babybox Malaysia. Mereka maklumkan bahawa kawasan Pahang memerlukan sumbangan pakaian sekarang. Jika ada yang nak poskan pakaian, boleh mesej facebook mereka dahulu untuk dapatkan alamat, kerana mungkin ada kawasan lain yang memerlukan sumbangan ini pada waktu lain.

Bagi yang ada pakaian terpakai untuk bayi berusia setahun ke bawah, boleh usahakan untuk poskan baju ini kepada Babybox Malaysia. Sekurang-kurangnya pakaian tadi dapat digunakan oleh orang yang memerlukan. Sayang juga jika dibiar tidak digunakan dalam almari kita kan?

admin

Recent Posts

Susu Beku Cair – Adakah Boleh dibekukan Kembali?

Insiden stok susu beku cair adalah mimpi ngeri semua para ibu menyusu. Masakan tidak, stok…

5 years ago

Tambah Susu Badan yang Dipam: Teknik Breast Compression untuk Menambah Kelajuan Aliran Susu

Ramai yang bertanya tentang aliran susu ibu yang perlahan serta cara tambah susu badan yang…

5 years ago

Cara Menguruskan EBM (Susu Perahan) Semasa Travel

Sebagai ibu, sudah tentu kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun terpaksa travel beberapa hari…

5 years ago

Covid-19 : Kutipan Sumbangan untuk Food Bank

Kali terakhir kami buat charity adalah kutipan baju menyusu terpakai, yang mana baju-baju ini dijual…

5 years ago

Cara Hilangkan Bengkak Susu

Bengkak susu adalah situasi yang kerap berlaku kepada ibu yang menyusukan bayi terutamanya pada awal…

6 years ago

Cooler Bag yang Muat Breastpump Spectra S1

Kebiasannya, ibu-ibu akan memilih saiz pam yang kecil supaya mudah dibawa ke tempat kerja. Tetapi…

6 years ago