Review Freemie vs Youha Cup
Dalam entri sebelum ini, saya ada kongsikan tentang peralatan menyusu yang bagus jika ada, salah satunya adalah corong pam handsfree. Ada banyak jenama di pasaran sekarang. Dan baru-baru ini saya berpeluang membeli dan mencuba Youha Cup, jadi dalam entri kali ini, saya akan kongsikan pendapat saya tentang Freemie vs Youha Cup.
Entri saya sebelum ini:
Semasa anak pertama, saya gunakan Freemie cups untuk memudahkan saya mengepam susu sambil membuat kerja lain. Pada ketika itu, sekitar tahun 2013, belum ada jenama lain selain Freemie yang mempunyai corong handsfree. Harganya pun boleh tahan mahal, mungkin sebab ianya adalah handsfree yang pertama berada di pasaran dan diimport daripada USA.
5 tahun kemudian, pada bulan Mac 2018, semasa menyusukan anak kembar Amir dan Amirah, saya tertarik untuk mencuba Youha Cups. Melihatkan harganya yang lebih murah berbanding Freemie dan kualitinya yang dikatakan bagus melalui feedback di facebook group, saya kira, Youha Cups adalah pesaing besar untuk Freemie.
Freemie vs Youha Cups
Tentu ibu-ibu yang sedang mencari corong handsfree tertanya-tanya, apa perbezaan antara dua jenama ini.
Sebelum saya menulis perbezaan tersebut, suka untuk saya ingatkan bahawa ini adalah pendapat peribadi saya. Mungkin orang lain akan mempunyai perasaan berbeza daripada ini ketika menggunakan corong handsfree ini.
Jika ditanya, antara dua jenama ini, yang mana lagi best?
Saya akan jawab, saya lebih sukakan Youha Cups.
Di bawah ini saya senaraikan kelebihan Youha Cups berbanding Freemie.
Harga Youha Cups lebih murah.
Saya rasa harga Youha Cups lebih mampu milik berbanding Freemie.
Harga pasaran (semasa entri ini ditulis) bagi Youha Cup adalah RM299 untuk sepasang corong handsfree. Bermakna akan dapat dua dengan harga ini.
Freemie pula sekarang dijual dengan harga RM443 untuk sepasang.
Beza harga sebanyak RM143 tetapi mempunyai fungsi yang sama dengan kualiti yang sama bagus. Kenapa perlu bayar lebih kan?
Penutup Corong Lebih ketat
Ini adalah sebab utama saya sukakan Youha Cup berbanding Freemie.
Penutup corong Youha Cup diperbuat daripada getah lembut. Maka, sambungan setiap bahagian corong ini lebih ketat berbanding Freemie.
Bila sambungan ketat, suction akan menjadi lebih baik dan stabil.
Semasa menggunakan Freemie, saya kurang selesa apabila terpaksa membuka dan memasang bahagian corong terutamanya membran kecil di dalam corong beberapa kali sehinggalah dapat rasa sedutan pam.
Ini menjadikan sedutan pam lebih stabil kerana ada kalanya ketika menggunakan Freemie, saya berjalan sedikit laju atau terhentak, sedutan tiba-tiba hilang kerana membran kecil di dalam corong bergerak dan menjadi longgar.
Saya ada tunjukkan dalam video di bawah kalau puan-puan masih kurang dapat fahami penerangan ini.
Corong Lembut Kurangkan Sakit Ketika Mengepam?
Ada yang mengatakan penutup corong yang lembut ini mengurangkan rasa sakit ketika mengepam.
Pendapat peribadi saya setelah menggunakan Youha Cup dengan penutup getah lembut dan Freemie dengan penutup plastik keras, tiada beza terhadap rasa sakit ini.
Saya maksudkan di sini adalah, sedutan pam dengan kedua-dua corong memberikan rasa yang sama dan saya berpendapat corong getah lembut pada Youha Cup tidak membantu kurangkan sakit ketika mengepam.
Jika anda cari corong yang kurang sakit, ciri Youha Cup yang mempunya corong bergetah lembut ini saya rasa bukanlah penyelesaiannya.
Pelaburan berbaloi
Sebagai ibu menyusu yang sentiasa sibuk dengan jadual kerja, saya sangat hargai rekaan corong pam yang membolehkan ibu mengepam susu tanpa perlu dipegang seperti Youha Cup dan Freemie.
Walaupun harga corong ini ratusan ringgit, saya masih merasakan ianya pelaburan berbaloi kerana manfaat yang diperoleh setelah menggunakannya jauh lebih besar.
Dengan bantuan handsfree, saya dapat mengepam susu di meja kerja sambil tangan menyiapkan kerja di komputer.
Saya juga ada baca bagaimana corong handsfree ini membantu ibu-ibu yang perlu banyak bergerak ketika bekerja seperti nurse dan doktor untuk mengepam sambil menyiapkan kerja.
Diharap perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu bekerja di luar sana membuat pilihan corong handsfree yang sesuai dengan diri masing-masing.
Free cooler bag checklist
Sebelum post ini ditamatkan, saya nak kongsikan 1 checklist yang sangat membantu saya mengemas cooler bag setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Waktu pagi dalam mamai dan kepenatan sebab tak cukup tidur, setiap kali mengemas cooler bag, saya rasa risau ada barang tertinggal. Checklist ni sangat membantu untuk memudahkan saya semak apa yang sudah ada dan belum ada dalam cooler bag saya setiap pagi.
Checklist ini saya tampal di dapur, sebab ini kawasan saya ambil corong pam yang sudah dibasuh untuk dimasukkan ke dalam cooler bag. Checklist ini saya ada buatkan dalam format pdf, ibu-ibu hanya perlu print dan tampal di dinding rumah.
Masukkan nama, email dan tekan butang send untuk dapatkan checklist ini dalam format pdf.
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Last but not least, bagi yang ingin mendapatkan pakaian menyusu selak Cozy Lady, boleh dapatkan melalui laman web ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/
Juga, bagi yang berminat mendapatkan update terkini blog ini, boleh subscribe dengan mengisi borang di bawah:
Ray Mak
July 30, 2018 @ 9:47 pm
Terima kasih banyak banyak. Saya sedang mencari review untuk kedua dua produk ini dan review you lah yang paling bagus sekali.
admin
August 7, 2018 @ 9:08 pm
Alhamdulillah 🙂 seronok dengar perkongsian saya bermanfaat utk ibu-ibu lain
Ida
August 7, 2018 @ 8:49 pm
Adakah youha cup ini boleh digunakan dgn medela swing maxi?
safi
August 11, 2018 @ 11:16 am
Tahniah puan, skrg sy dah tau dgn jelas perbezaan kedua handfree ni.
Saya pernah guna Freemie, mungkin juga size tidak sesuai. Dan seperti yg puan beritahu dlm video, suction akan terganggu. Ada masa level dah 5 pun suction pun tak terasa sangat. Berbza dgn pam, mungkin sy lagi biasa dgn Lacte Duet Heavy Duty shj tanpa handsfree. Jadi saya tidak guna freemie dah sekarang ni, harga pun mahal.
nazihah
August 16, 2018 @ 10:24 am
assalamualaikum saya menggunakan breast pump youha dan juga youha youcup. mula-mula resah juga kenapa selalu sangat susu masuk ke tubing dan susah nak pasang tubing ke youcup… susah nak dapatkan suction. bila tengok youtube rupanya salah kedudukan valve. sejak tu masalah backflow takda langsung. best sangat dan berbaloi. memang motivasi bagi diri ni untuk mengepam susu esp bila waktu malam.
Amila Saliza Abdul Wahab
September 1, 2018 @ 5:57 pm
Tksh puan. Vdeo puan sgt membantu sy utk decide yg mana satu nak pilih.
admin
March 1, 2019 @ 4:48 pm
Sama2 🙂
Ibu
September 8, 2018 @ 10:24 pm
Bagaimana puan tuang susu dari cup yooha ye? Susah tak kalau guna yooha?
admin
September 11, 2018 @ 2:00 pm
Saya buka dlu penutup silikon tu baru tuang.
Kalau freemie saya xsuka buka penutup tu sbb parts dalam dia akan jd longgar kalau asyik buka tutup. Youha ok je kalau buka tutup banyak kali sbb parts dlm dia ketat 🙂
ibu
September 25, 2018 @ 8:44 am
oh i see. terima kasih atas jawapan. just nak kepastian lagi, okay tak kalau saya just cabut getah tube tu je and tuangkan melalui lubang kecik tu. sebab saya takot tertumpah kalau buka getah silikon tu. saya ni kasar sikittt. hehe
Mar
September 8, 2018 @ 10:56 pm
Salam..puan kalau yang freedom milk planet ok tak?atau ada sesiapa yg pernah guna
admin
September 11, 2018 @ 1:57 pm
InsyaAllah kami akan buat review tentang freedom tak lama lagi 🙂 ada video dan blog post
Farhah
September 13, 2018 @ 2:47 pm
Hi. Youcup ni blh guna dgn medela swing maxi x?
admin
September 15, 2018 @ 10:16 pm
Boleh 🙂
Nur
September 23, 2018 @ 8:12 am
Bagaimana pula perbezaan membasuh parts selepas pumping session untuk keduanya? Terima kasih.
admin
March 1, 2019 @ 4:51 pm
Ni saya akan tulis dalam next post, Review Freedom handsfree 🙂
Lin
September 27, 2018 @ 6:07 pm
Can medela freestyle use with youcup? If yes do I need to modify or buy anything extra to connect to it ?
Aries
November 29, 2018 @ 10:54 pm
I am about to ask the same question
admin
March 1, 2019 @ 4:51 pm
Boleh, puan boleh refer video ni: https://www.youtube.com/watch?v=FsPTHi_08So&t=187s
Hidayah
October 5, 2018 @ 4:58 pm
Sy kerap back flow. Susu msk tubing bila guna youcup. Y ya?
admin
March 1, 2019 @ 4:50 pm
Kena duduk tegak, elak condongkan badan
Diana
October 24, 2018 @ 10:29 am
Hello Puan. Really appreciate your reviews here. Can youha cups be used together with Spectra 9+ double electric pump?
admin
March 1, 2019 @ 4:49 pm
Boleh 🙂
Zihah
December 19, 2018 @ 11:31 pm
Kalau Saya terus ja tuang melalui lubang yang Ada. Lagi senang. Dah habis tuang Susu ke dalam botol baru buka penutup silikon.
Reen
March 4, 2019 @ 5:06 am
Sis. Sy guna youcup + youha cherry X. Tapi bila pump guna level 1 je pun nipple rasa sakit. Size corong btul dah. Knape ye jd cmni
admin
March 9, 2019 @ 10:11 pm
Mungkin saiz puting tak sesuai dengan saiz corong. InsyaAllah next post saya akan share tentang cara nak pilih saiz corong ikut saiz puting kita. Boleh subscribe kalau nak dapatkan notification utk next article dalam blog ni 🙂
Linda
March 20, 2019 @ 11:05 pm
Sis..antara spectra handfree dengan autumn trulee hands free mane lagi better?sy pun nk tahu macam nk pilih saiz corong?
admin
March 21, 2019 @ 2:55 pm
Depends pd keperluan sebenarnya kalau nk tahu mana lg ok. Dan penting utk pilih saiz corong yg betul. blh tgk latest post tentang ni kat sini https://www.cozylady.com.my/2019/03/15/cara-pilih-saiz-corong-pam-yang-betul-ebook-percuma/
Aishah Noordin
June 28, 2019 @ 10:19 pm
Salam. Nk tny since u have both cup. Boleh ke corong youha digunakan pada freemie cup? Fit atau tidak ye? Thanks.
admin
July 3, 2019 @ 12:14 pm
Maaf tak berapa faham soalan. Maksud puan youha cup sambung pada Freemie breast pump ke?
Priyanka
August 23, 2019 @ 11:25 am
Hai.. Does youha cup can be connected to freemie breast pump?
admin
September 11, 2019 @ 10:07 pm
Hi, maaf lewat reply. yes boleh. Apa-apa jenama handsfree boleh sambung dengan apa-apa jenama pam 🙂
Joan
December 28, 2019 @ 10:28 am
Hi, can youha cup connected to autumnz hybrid duo pump?
admin
January 3, 2020 @ 5:02 pm
Yes, Youha cup can connect to any breast pump brand.