Pengalaman Buka Booth di Gema Lebaran 2018
Alhamdulillah, pada 25 Mei 2018, Cozy Lady telah berada di booth pertama kami di Maeps Serdang, menerusi Gema Lebaran 2018.
Ianya pengalaman pertama kami dengan jualan fizikal selain jualan di butik kami di Ampang.
Seawal 9 pagi, booth Cozy Lady dikerumuni ibu-ibu yang mencari pakaian menyusu untuk hari raya. Kebanyakannya datang daripada sekitar Selangor.
Walaupun berpuasa, pasukan Cozy Lady tidak penat dan jemu melayan pelanggan yang tidak putus-putus keluar masuk booth.
Pasukan Cozy Lady dan Ameena Apparel bersedia untuk berbuka puasa.
Terima kasih kepada semua Cozy Lady Lovers yang datang ke booth kami di Gema Lebaran 2018. InsyaAllah jika ada rezeki, kami akan cuba buka booth di expo-expo lain lagi 🙂