Iluvislam Baby Starter Kit Project

Kongsikan Artikel Ini

Setiap kali memikirkan projek kebajikan apa yang boleh dilakukan, saya terasa lebih mudah membantu kesukaran yang pernah saya alami dahulu.

Mengenang kembali persediaan kami sekeluarga menyambut kelahiran kembar Amir dan Amirah, selain daripada kesukaran mengandungkan anak kembar, antara yang saya rasakan adalah betapa banyaknya duit mengalir dalam menyediakan keperluan mereka.

Daripada pakaian siang, baju tidur, barut, bedung, tuala, stokin, dan keperluan lain. Semua ini tidak murah walaupun saiznya kecil-kecil.

Dan untuk kes saya, saya perlu menyediakan dua kali ganda setiap barang keperluan ini. Jika orang lain perlukan hanya 2 bedung, saya perlukan 4 bedung kerana waktu itu saya bakal menerima kelahiran kembar!

Jadi, mengingatkan betapa banyaknya duit terpaksa digunakan untuk menyediakan keperluan ini, saya tergerak hati untuk menjayakan projek Baby Starter Kit.

Kali ini Cozy Lady tidak keseorangan kerana mendapat bantuan kerjasama daripada Iluvislam.

Jualan Pakaian Preloved

Antara perkara yang difikirkan untuk menjayakan projek ini adalah bagaimana cara untuk kami dapatkan dana bagi membeli barangan dalam baby starter kit ini.

Jadi kami terfikir untuk mengadakan jualan baju menyusu selak preloved di butik.

Alhamdulillah buat permulaan, kami mendapat sumbangan pakaian sebanyak hampir 60 helai. Pakaian ini kami basuh, baiki jika ada koyak dan kami jual dengan harga RM10.

Sambil mengumpul dana untuk baby starter kit, kami turut dapat bantu ibu-ibu menyusu yang memerlukan pakaian menyusu dengan harga murah. Serampang dua mata! Alhamdulillah

Jualan baju menyusu selak preloved ini terjual sebanyak 55 helai dalam masa 3 hari. Sekarang kami ada RM550 untuk dana baby starter kit.

Baby Starter Kit

Setiap baby starter kit akan dilengkapi dengan

  • 2 pasang baju siang baru
  • 2 pasang baju tidur baru
  • 2 pasang baju siang preloved
  • 1 tuala
  • 2 bedung
  • 3 barut
  • 1 minyak angin
  • 3 pasang stokin

Bajet untuk setiap set baby starter kit ini adalah RM150.

Alhamdulillah kutipan pertama kita mampu sediakan 4 set dan bakal diserahkan kepada ibu yang memerlukan.

Terima kasih kepada semua yang membantu projek ini:

1. Penyumbang baju menyusu selak preloved

2. Pembeli baju menyusu ini

3. Pihak Iluvislam kerana sudi bekerjasama dengan Cozy Lady

4. Dan tidak lupa semua Cozyladylovers yang membantu kami menyebarkan tentang projek ini di media sosial mereka dengan cara share, tag, dan like post kami.

Follow instagram @iluvislam_official untuk update terkini tentang projek ini.