4 Jenama Handsfree di pasaran Malaysia

Kongsikan Artikel Ini

Ibu-ibu yang bakal masuk bekerja sudah tentu mempunyai dilema dengan breastpump dan corong apa yang perlu diguna. Sama ada nak gunakan sahaja corong pam yang biasa atau melaburkan wang dengan membeli handsfree.

Handsfree pula bukan murah, perlu sediakan RM200 ke atas juga untuk sepasang. Dan adalah perkara biasa bagi ibu-ibu untuk menimbang tara tentang keperluan mendapatkan handsfree atau tidak.

Pendapat peribadi tentang handsfree

Sebagai ibu yang pernah bekerja dan pernah mengepam susu untuk anak, saya memilih untuk melaburkan wang dengan membeli handsfree. Alasannya mudah, supaya saya dapat pam sambil bekerja dan tidak terjadi insiden skip jadual pam. Saya laburkan RM300++ untuk membeli Freemie Collection Cups (pada waktu itu hanya ada jenama ini di pasaran) dan bagi saya walaupun mahal, ianya berbaloi kerana saya dapat pam susu di mana-mana, pada bila-bila masa.

Prinsip saya dalam berbelanja (disebabkan saya ada limited amount of money), tangguh dahulu kepuasan membeli perkara lain yang kurang penting dan utamakan perkara yang penting. Dalam kes ini, saya tangguhkan keinginan membeli hp baru, tambah barang make up baru dan membeli handbag baru. Hasil simpanan beberapa bulan, saya dapat membeli handsfree ini.

Dan Alhamdulillah, saya tidak kecewa dengan keputusan mendapatkan handsfree kerana ia benar-benar membantu saya mengepam susu tanpa skip jadual pam di pejabat.

Sekarang, semasa post ini ditulis (31 Ogos 2018), sudah ada 4 jenama handsfree di pasaran Malaysia. At least ini yang saya tahu sekarang. Jika ada jenama lain, kongsikan di ruangan komen ya, supaya ibu-ibu yang membaca dapat survey jenama-jenama lain.

Saya senaraikan jenama-jenama ini seperti di bawah:

Freemie Collection Cups

Ini adalah jenama yang pertama sekali mengeluarkan handsfree, mungkin atas sebab inilah jenama ini menjadi antara jenama yang popular di Malaysia.

  1. Range harga lebih kurang RM370++ untuk sepasang
    (bergantung kepada kedai atau kedai online mana anda beli)
  2. Kapasiti setiap corong adalah 8oz.
    Ini bermaksud, maksimum susu yang boleh muat dalam corong ini sebelum ia tumpah membasahi baju adalah 8oz.
  3. Full set akan dapat 2 saiz corong iaitu 25mm dan 28mm.
  4. Update 21 Mac 2019 – Freemie collection cups versi baru ada anti backflow di dalam corong. Banyak kelebihan anti backflow dalam corong, boleh scroll ke bawah dan cari review Freedom kerana Freedom mempunyai anti backflow di dalam corong dan saya ada tulis beberapa kelebihan untuk ciri ini 🙂

Nota: Saiz corong mempengaruhi pengeluaran susu yang optimum, jadi pastikan anda beli saiz corong yang betul. Download FREE ebook cara memilih saiz corong pam berdasarkan saiz puting anda pada hujung post ini.

Youha Cups

Ini adalah jenama kedua yang saya beli selepas Freemie. Saya ada tulis sedikit review Freemie vs Youha Cups di dalam post di bawah:

Berikut adalah sedikit ringkasan tentang Youha Cups.

  1. Range harga lebih kurang RM300 untuk sepasang (again, ini bergantung kepada kedai mana anda beli)
  2. Kapasiti setiap corong adalah 8oz.
  3. Full set akan dapat 1 saiz corong sahaja, bersaiz 24mm.
  4. Corong nya daripada silikon, jadi ianya lembut.
    Boleh tengok video di bawah untuk melihat dengan lebih jelas tentang corong silikon ini.
    Di dalam video ini, saya juga ada mengulas tentang benarkah corong silikon ini membantu mengurangkan sakit ketika pam.

Freedom Handsfree

Ini adalah handsfree yang agak baru di pasaran Malaysia, daripada jenama Milk Planet.

  1. Range harga RM259 untuk sepasang.
  2. Full set akan dapat 1 saiz corong iaitu 26mm
  3. Corong plastik, sama seperti Freemie Collection Cups.
  4. Kelebihan Freedom dengan handsfree jenama lain adalah anti-backflow nya berada dalam corong.
    – Tidak seperti Youha Cups, yang mana anti-backflow jenama ini berada di luar.
    – Kelebihannya, ia mengurangkan sambungan tubing daripada corong kepada pam. Jadi sambungan menjadi kurang kompleks dan berselirat. Tak adalah serabut sangat dengan tubing semasa ibu mengepam. Susu pun tidak mudah masuk ke dalam tubing jika badan senget sedikit ketika mengepam.

Boleh baca post khas tentang review Freedom di bawah, dan ada video juga dalam post di bawah.

Spectra Handsfree

Ini juga adalah handsfree yang agak baru di pasaran Malaysia, daripada jenama Spectra.

  1. Harga RM299 untuk sepasang.
  2. Full set akan dapat 1 saiz corong iaitu 28mm.
  3. Corong daripada plastik, sama seperti Freemie dan Freedom.
  4. Anti backflow berada di dalam corong, sama seperti handsfree Freedom tadi.
  5. Yang menarik tentang handsfree jenama Spectra ini adalah ianya corong handsfree tadi boleh ditukar dan disambung kepada botol jika kita mahu kumpul susu dalam botol dan bukan dalam cup handsfree ini. Boleh tukar ikut mood, nak guna sebagai handsfree atau botol dengan corong biasa. Hehe. Canggih! InsyaAllah sekiranya berkelapangan, saya akan buat post khas review tentang Spectra handsfree ini.

Jadi, mahu pilih jenama mana?

Apabila ada banyak pilihan, sudah tentu ibu-ibu semakin sukar untuk memilih. Berbeza dengan zaman saya dulu yang hanya ada 1 jenama Freemie, suka atau tidak, tiada pilihan, perlu guna sahaja jenama itu.

Jika ditanya soalan ini, saya nasihatkan untuk pilih jenama berdasarkan saiz corong yang sesuai dengan saiz anda. Ini kerana, pemilihan saiz corong yang salah akan mempengaruhi pengeluaran susu dan menyebabkan rasa sakit.

Ini contoh gambar daripada blog Medela.

Jangan pula nanti, saiz anda 24mm tetapi beli jenama Spectra yang mana corong handsfree Spectra 28mm. Sudah tentu tidak selesa ketika menggunakannya, rasa sakit dan susu tidak dapat dikeluarkan dengan optimum. Boleh dapatkan ebook cara ukur saiz puting supaya dapat buat pilihan saiz corong pam yang betul. Tekan post di bawah untuk dapatkannya:

Saya harap perkongsian saya kali ini sedikit sebanyak membantu para ibu yang dalam dilema memilih handsfree apa yang patut dibeli sebelum masuk bekerja.

Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.

Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:

https://www.instagram.com/cozy_lady/

Bagi para ibu yang berminat mendapatkan pakaian menyusu selak Cozy Lady, boleh dapatkan di laman web berikut:

http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/

nursing dress malaysia

Juga, bagi yang berminat mendapatkan update terbaru di blog ini, boleh subscribe dengan mengisi borang di bawah:

Jom sertai Komuniti Cozy Lady

Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini