Cara Pasang Freemie ke Pam Medela Freestyle

Kongsikan Artikel Ini

Dalam post yang lalu, saya ada berkongsi perbandingan antara Freemie dan Youha Cup melalui pengalaman peribadi saya.

Saya terima banyak permintaan untuk tunjukkan bagaimana sambungan Freemie atau Youha Cup ini ke pam Medela Freestyle. Bagi ibu-ibu yang menggunakan pam jenis ini, tentu sedar yang tubing pam ini sedikit berbeza daripada pam lain. Jadi sambungan ke Freemie atau Youha Cup atau apa-apa corong handsfree lain memerlukan sedikit ubahsuai supaya tubing tidak terlalu panjang dan kompleks.

Kelebihan ubahsuai ini selain ia tidak kompleks (bermaksud tubing berselirat semasa pam susu), ia juga dapat mengelakkan suction pam berkurang. Jadi, amat penting untuk kita pastikan sambungan tidak terlalu panjang untuk jaga suction pam.

Saya akan kongsikan cara sambungan itu dalam post ini 🙂 Jika ada sebarang cadangan tambahan, jangan segan silu untuk tinggalkan komen.

Cara Menyambung Freemie ke Pam Medela Freestyle

Kita mulakan dengan apa barang-barang yang diperlukan untuk sambungan ini.

Pertama dan paling penting, perlu ada tubing asal Medela Freestyle. Saya gunakan tubing lama sebab sayang nak ubah suai dengan menggunakan tubing baru, kebetulan saya ada satu tubing lama yang sudah berlubang kerana digigit si Bulus, kucing peliharaan saya. Tiada masalah jika tubing ni berlubang digigit kucing sebab kita hanya perlukan bahagian kuning itu sahaja.

Kedua, anda perlu dapatkan t-connector. Untuk ini, boleh search sahaja di google perkataan ‘Spectra t-connector’ dan google akan senaraikan beberapa kedai online yang menjualnya. Kita perlukan satu sahaja t-connector ini.

Seterusnya, anda hanya perlu gunakan tubing yang sedia diberi dalam kit handsfree anda (tak kisah la jenama apa sebab sekarang sudah sangat banyak jenama handsfree di pasaran seperti yang telah kami tuliskan dalam post di bawah)

4 Jenama Handsfree di pasaran Malaysia

 

Selesai kumpul semua barang-barang seperti di atas, tiba masanya untuk kita membuat sambungan pada pam.

Boleh tonton video di bawah 🙂

Kami akan terus berkongsi tentang tips ibu menyusu, review kepada beberapa jenama dan perkakasan ibu menyusu dalam bentuk video di Youtube. Pastikan anda subscribe Youtube channel kami 🙂

Saya harap perkongsian kali ini dapat sedikit sebanyak membantu para ibu yang menggunakan pam Medela Freestyle.

Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.

Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:

https://www.instagram.com/cozy_lady/

 

Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu selak, boleh layari laman web Cozy Lady seperti di bawah:

 

http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/

Juga, mari sertai komuniti Cozy Lady dengan mendapatkan update terbaru blog ini:

Jom sertai Komuniti Cozy Lady

Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini