Review GabaG vs Natural Moms
Seperti yang semua tahu, website Cozy Baby menjual kedua-dua jenama cooler bag ini. Dan kami adalah pengedar tunggal bagi jenama Natural Moms di Malaysia.
Jadi, hampir setiap hari kami menerima mesej melalui FB page Cozy Lady dan DM di Instagram @cozy_lady bertanyakan tentang review GabaG dan Natural Moms.
Bagi membantu ibu-ibu membuat keputusan, kami kongsikan beberapa persamaan dan perbezaan bagi kedua-dua jenama ini dalam post kali ini.
Kami harap review Gabag vs Natural Moms ini membantu ibu-ibu yang sedang mencari cooler bag membuat keputusan jenama apa yang bakal dibeli.
Persamaan GabaG dan Natural Moms.
1. Tahan sejuk 20 jam
Kedua-dua jenama ini berasal daripada Indonesia. GabaG mula masuk ke Malaysia pada tahun 2015 manakala Natural Moms masuk setahun selepas itu, iaitu pada tahun 2016.
Kedua-dua jenama ini terkenal dengan satu kelebihan utama mereka iaitu ketahanan sejuk sehingga 20 jam.
Dari segi ketebalan penebat, kedua-dua jenama ini mempunyai penebat yang sama tebal iaitu setebal kira-kira 10mm. Ini menyebabkan kedua-dua bag ini mempunyai ketahanan sejuk yang sama iaitu 20 jam.
Gambar di bawah adalah perbandingan ketebalan penebat bagi kedua-dua cooler bag daripada jenama Gabag dan Natural Moms. (Dalam gambar ini, kami gunakan GabaG Zebra dan Natural Moms Grey Iznik)
2. Percuma 2 ice packs dengan setiap pembelian bag
Untuk kedua-dua jenama ini, anda akan dapat percuma 2 ice packs dengan setiap pembelian cooler bag.
Ada beza ke ice packs kedua-dua jenama ini?
Dari segi ketebalan plastik ice pack, kedua-dua jenama sama tebal kerana kedua-dua jenama sudah upgrade material luar ice pack mereka dengan plastik yang lebih tebal. Boleh tonton video yang kami letakkan pada akhir post ini untuk melihat ice pack bagi kedua-dua jenama ini.
Gambar di atas adalah perbezaan ice pack versi baru dan lama bagi Natural Moms. Versi baru sudah ditambah baik dengan penggunaan material plastik yang lebih tebal supaya ice pack ini tidak cepat koyak dan dapat digunakan lebih lama.
3. Waterproof
Thermal compartment iaitu tempat yang diletak susu sejuk bersama ice packs adalah waterproof untuk kedua-dua jenama.
Ini sebenarnya adalah untuk cooler bag edisi terkini.
Untuk edisi lama, bahagian thermal bagi kedua-dua jenama ini tidak waterproof, tetapi ianya telah di ubah kepada material lain sekaligus mengubah bahagian ini menjadi waterproof.
Jadi, tidak ada lagi isu bag basah kerana ice packs terkondensasi.
Boleh tonton video pada akhir post ini untuk melihat lebih lanjut tentang ciri waterproof bagi kedua-dua jenama cooler bag ini.
Ps: Oh ya, air masih boleh lalu melalui zip, jadi pastikan bag tidak terbalik dan sentiasa diletakkan tegak ‘berdiri’ di atas tempat rata ya 🙂
ok, seterusnya kita lihat apa perbezaan kedua-dua jenama ini.
Perbezaan GabaG dan Natural Moms
1. Berat ice packs
Ice packs Natural Moms adalah berat sedikit berbanding ice packs GabaG. Namun, ianya hanya perbezaan kecil dan tidak akan mengganggu tempoh sejuk susu dalam cooler bag.
2. Harga dan design
Sudah tentu jenama berbeza mempunyai design dan harga yang berbeza bagi setiap design mereka.
Boleh lihat semua design GabaG di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/baby-feeding/gabag-thermal-bag/
Boleh lihat semua design Natural Moms di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/baby-feeding/natural-moms-thermal-bag/
Yang membezakan kedua-dua jenama ini adalah harga dan design yang ditawarkan kepada ibu-ibu.
Tonton video di bawah untuk penerangan tentang persamaan dan perbezaan GabaG dan Natural Moms.
Saya harap perkongsian ini dapat membantu para ibu yang sedang mencari cooler bag yang sesuai dan membantu memudahkan urusan para ibu sekalian.
Free Cooler Bag Checklist
Para ibu bekerja tentu risau setiap kali mengemas cooler bag sebelum ke tempat kerja, risau kalau-kalau ada barang yang tertinggal.
Malam tak cukup tidur kerana susukan anak. Pagi terpaksa bangun sedikit awal untuk siapkan barang keperluan anak ke pengasuh. Maka waktu ibu berada dalam kepenatan seperti ini, checklist ini sangat membantu supaya tiada barang yang tertinggal.
Checklist ini saya tampal di dapur, sebab ini kawasan saya ambil corong pam yang sudah dibasuh untuk dimasukkan ke dalam cooler bag. Checklist ini saya ada buatkan dalam format pdf, ibu-ibu hanya perlu print dan tampal di dinding rumah.
Masukkan nama, email dan tekan butang send untuk dapatkan checklist ini dalam format pdf.
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Bagi yang berminat untuk mendapatkan pakaian menyusu selak, boleh lihat pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/
Mari sertai komuniti Cozy Lady untuk mendapat update bagi setiap post yang bermanfaat dalam blog ini