Uncategorized

Carry Baby on Back – Step by step

Kongsikan Artikel Ini

Untuk ibu-ibu yang menggunakan baby carrier, apabila bayi sudah mencecah umur 8 bulan dan berat bayi mula meningkat, tentu akan rasa lenguh dan sakit pinggang jika terpaksa menggendong bayi dalam tempoh yang panjang. 30 minit pun sudah agak lenguh jika kita gendong bayi seberat 11kg! Inilah masanya untuk mula cuba back carry atau carry baby on back!

Lenguh pinggang! Ini apa yang saya alami semasa menggendong anak pertama saya yang agak chubby dulu. Beratnya sudah melebihi 10kg sebelum umur masuk 1 tahun. Saya mula back carry anak pertama saya dulu ketika dia berusia 8 bulan. Pada umur ini, dia sangat suka melihat persekitaran ketika digendong. Jadi pada umur ini, adalah baik jika ibu bapa yang menggendong bayi ini dapat menukar posisi daripada front carry kepada back carry.

Front carry vs back carry

Carry Baby on Back

Seperti ibu-ibu lain, saya mula search di carian google cara untuk back carry dengan SSC. Saya masih ingat waktu tu saya google saja “carry baby on back” dan menonton beberapa video step by step to back carry with SSC.

Secara jujurnya, ianya memerlukan latihan bagi memastikan kita betul-betul yakin untuk meletakkan anak di belakang, lebih-lebih lagi jika tiada sesiapa yang membantu. Jadi, jika anda baru nak cuba back carry, saya nasihatkan agar tidak putus asa jika percubaan pertama gagal. Cuba lagi dan lagi sehingga anda yakin untuk melakukannya seorang diri.

Oh ya, tips: ibu-ibu boleh praktis di depan cermin dan berlantaikan tilam sebagai langkah berjaga-jaga. hehe. Ini apa yang saya lakukan dulu. 

Umur berapa sesuai untuk back carry?

Anda boleh mula cuba back carry apabila umur bayi masuk 8 bulan atau apabila bayi sudah boleh duduk tanpa bantuan kerana ini petanda tulang belakang bayi sudah cukup kuat untuk kita gendong di belakang. 

Jenama apa yang sesuai? Semua jenama SSC (Soft structured carrier) sesuai untuk back carry. Dalam video di bawah, saya gunakan Andrea SSC. Ini adalah jenama kesukaan saya kerana ianya ergonomic, corak cantik dan harga berpatutan. Boleh beli di website Cozy Baby

High Back Carry

Inilah adalah terma yang digunakan untuk gendong anak cukup tinggi di belakang sehingga mata bayi melepasi paras bahu ibu. Boleh rujuk gambar di bawah. Sekiranya anda cuba back carry, cuba dapatkan HIGH back carry kerana dengan posisi ini, bayi dapat lihat apa yang kita lihat. Jadi, bayi yang kita gendong di belakang akan rasa gembira kerana dapat meneroka dan melihat sama seperti apa yang kita lihat.

Saya ada tunjukkan dalam video di bawah cara bagaimana untuk dapatkan high back carry. Pastikan anda menonton sehingga ke hujung video 🙂

Back carry vs HIGH back carry. Perhatikan mata bayi berada melepasi bahu ibu untuk high back carry.

Step by step

Untuk cara-cara back carry dengan SSC, boleh tonton video di bawah 🙂 Selamat mencuba dan kongsikan pengalaman anda di ruangan komen

Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.

Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:

https://www.instagram.com/cozy_lady/

Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:

http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/

Juga, mari sertai komuniti Cozy Lady untuk mendapat email bagi setiap post bermanfaat yang bakal dikongsi dalam blog ini nanti.

admin

Share
Published by
admin

Recent Posts

Susu Beku Cair – Adakah Boleh dibekukan Kembali?

Insiden stok susu beku cair adalah mimpi ngeri semua para ibu menyusu. Masakan tidak, stok…

5 years ago

Tambah Susu Badan yang Dipam: Teknik Breast Compression untuk Menambah Kelajuan Aliran Susu

Ramai yang bertanya tentang aliran susu ibu yang perlahan serta cara tambah susu badan yang…

5 years ago

Cara Menguruskan EBM (Susu Perahan) Semasa Travel

Sebagai ibu, sudah tentu kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun terpaksa travel beberapa hari…

5 years ago

Covid-19 : Kutipan Sumbangan untuk Food Bank

Kali terakhir kami buat charity adalah kutipan baju menyusu terpakai, yang mana baju-baju ini dijual…

5 years ago

Cara Hilangkan Bengkak Susu

Bengkak susu adalah situasi yang kerap berlaku kepada ibu yang menyusukan bayi terutamanya pada awal…

6 years ago

Cooler Bag yang Muat Breastpump Spectra S1

Kebiasannya, ibu-ibu akan memilih saiz pam yang kecil supaya mudah dibawa ke tempat kerja. Tetapi…

6 years ago