Tips Tambah Susu Ibu
Ketika awal-awal disahkan mengandung, saya terus tekad untuk menyusukan anak sendiri sehingga 2 tahun. Perjalanan menyusu saya agak mencabar kerana anak saya mempunyai masalah lekapan (latching), hingga akhirnya menyebabkan saya mengepam susu sepenuh masa, atau lebih dikenali sebagai exclusive pumping mom (ep mom). Bagi mereka yang ep mom pasti tahu cabarannya, terutama apabila pengasuh memberitahu susu yang dibekalkan tak cukup semasa di nurseri.
Jadi, hampir setiap hari saya google bagaimana tips tambah susu ibu. Ini tips yang saya amalkan sehingga masuk anak seterusnya, si kembar berdua.
Tips tambah susu ibu #1: Fahami konsep demand dan supply.
Semakin kerap kita menyusu atau pam, semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Setiap sesi menyusu atau pam akan memberi isyarat kepada badan kita untuk menghasilkan lebih banyak susu, seolah-olah memahami yang “susu tak cukup, jadi marilah bekerja keras untuk menghasilkan lebih lagi”.
Ada yang risau mengatakan bila mereka pam atau menyusu secara kerap (2-3 jam sekali), susu yang dikeluarkan adalah sangat sedikit, jadi mereka tunggu gap masa yang lebih lama (4-5 jam sekali) supaya lebih banyak hasil yang diperoleh. Pada awalnya memang akan nampak seperti gap pam lama menghasilkan susu lebih banyak, tapi lama kelamaan badan kita akan menyesuaikan diri dengan tempoh masa itu. Lama kelamaan hasil pam secara keseluruhan berkurang. Jadi, pam atau menyusulah dengan kerap, sekerap setiap 2 jam kalau anda memang sedang berusaha untuk tambah susu ibu.
Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak, adalah normal untuk susu pada awal kelahiran keluar beberapa titik sahaja bila payudara dipicit. Waktu ini memang susu belum memancut keluar. Apa yang perlu dilakukan pada awal kelahiran adalah pastikan bayi menyusu dengan lekapan (atau latching) yang betul. Dan susukan bayi sekerap yang mungkin. Bila kita susukan anak kerap (demand tinggi), ini akan beri signal kepada badan untuk hasilkan susu lebih banyak (supply akan tinggi).
Tips tambah susu ibu #2: Gembirakan hati anda.
Ramai yang sudah maklum, hormon yang bertanggungjawab dalam penghasilan susu ibu ialah hormon oksitosin. Hormon ini juga dikenali sebagai hormon gembira atau hormon cinta, kerana penghasilan hormon oksitosin sangat dipengaruhi oleh keadaan emosi kita.
Formulanya begini:
Emosi tenang dan gembira → oksitosin tinggi → tambah susu ibu
Jadi penting untuk kita supaya kawal stress semasa tempoh penyusuan anak. Kadang kala stress semasa sibuk mencari tips tambah susu ibu sendiri boleh menyebabkan susu jadi berkurang (opps)
Stress susu tak cukup → oksitosin rendah → susu berkurang → stress bertambah
Bagi ibu-ibu yang membaca dan risau memikirkan cara tambah susu ibu, gembirakan hati anda! Ajak suami sama-sama belajar tentang konsep tambah susu ibu supaya suami boleh jadi cheer leader ketika anda sedang stress. Manalah tau boleh dapat handbag baru juga. 😉
Tips tambah susu ibu #3: Kenali milk booster anda.
Tak semua makanan memberi reaksi yang sama kepada semua orang. Contoh paling biasa ialah, kopi sering dikaitkan sebagai milk killer bagi kebanyakan ibu, tetapi bagi mereka yang memang suka minum kopi, ia memang milk booster terbaik!
Tips: Kalau anda risau kandungan kafein dalam kopi menyebabkan anak jadi gelisah atau sukar tidur, cuba minum kopi yang telah dinyahkafein (decaffeinated).
Jika anda tidak pasti apa milk booster anda, cuba ambil makanan yang membuatkan anda gembira. Contoh paling mudah ialah coklat, sama ada coklat bar atau minuman coklat panas (hot chocolate). Cuma pastikan kandungan gula atau lemak yang diambil dalam kuantiti yang terkawal!
Makanan kegemaran → hati gembira → oksitosin tinggi → susu ibu bertambah!
Makanan seperti oat dan lobak putih juga dikenali sebagai antara milk booster yang berkesan kepada kebanyakan ibu, jadi boleh cuba dua makanan ini dan lihat kesannya terhadap pengeluaran susu anda.
Tips tambah susu ibu #4: Minum air secukupnya.
Ramai yang kata ibu menyusu perlukan lebih kalori. Tapi tak ramai yang turut sama berpesan untuk minum air yang mencukupi. Kajian menunjukkan ibu menyusu memerlukan sekitar 3.1 liter air dalam sehari, berbanding 2.3 liter bagi yang tidak menyusu! Namun setiap individu memerlukan jumlah air yang berbeza, jadi amat penting untuk anda minum air apabila dahaga.
Para ibu juga lebih cenderung untuk mengabaikan rasa dahaga mereka apabila terlalu sibuk dengan kerja atau anak-anak. Antara cara mudah untuk memastikan anda minum air secukupnya ialah dengan memastikan anda bawa sebotol besar air (sekurang-kurangnya 1 liter) setiap masa.
Tips tambah susu ibu #5: Rehat secukupnya.
Dalam banyak-banyak tips, ini mungkin yang paling mencabar, terutamanya bagi ibu yang mempunyai lebih daripada satu anak. Atau bagi anak yang baru lahir dan masih dalam fasa newborn. Memang meletihkan sampai kadang kala rasa nak bahagikan badan kepada 2-3 untuk buat kerja rumah, jaga anak, dan juga kerja di pejabat..
Dalam situasi ini, bantuan daripada suami dalam menguruskan kerja-kerja rumah sangatlah penting. Kita sendiri pun tak perlu terlalu teliti dengan kerja rumah. Kalau sink penuh tapi jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam, biarkan dulu. Semua itu boleh diuruskan esok. Atau minta sahaja suami yang basuhkan.
Sleep when the baby sleeps. Ini penting sebab fizikal yang penat membuatkan anda stress, dan stress menyebabkan susu berkurang!
Kesimpulan
Semua tips diatas sebenarnya sudah sangat tipikal dan biasa didengari. Namun, itulah sebenarnya tips untuk tambah susu ibu yang berkesan.
Dalam keadaan tertekan, kebanyakan ibu akan mula mencari penyelesaian mudah, dan mula mencuba pil milkbooster yang banyak dijual di pasaran. Namun, ketahuilah, sekiranya konsep demand dan supply tidak dipenuhi, pil tersebut tidak akan memberi kesan.
Kerapkan menyusu anak (atau jika anda ep mom, kerapkan mengepam susu). Ini akan menghantar signal kepada otak untuk mengeluarkan susu yang lebih banyak.
Selain itu, fizikal yang sihat, cukup rehat serta emosi yang gembira juga memainkan peranan yang sangat penting bukan sekadar untuk menghasilkan susu ibu berkualiti, tetapi juga untuk menjadi ibu yang sentiasa tenang dan penyayang untuk anak-anak.
Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/
Juga, mari sertai komuniti Cozy Lady untuk mendapat email bagi setiap post bermanfaat yang bakal dikongsi dalam blog ini nanti.