Review Freedom – Milk Planet Handsfree

Kongsikan Artikel Ini

Corong pam jenis handsfree, walaupun harganya lebih mahal daripada corong biasa, namun sangat membantu saya untuk disiplin dengan jadual mengepam.

Corong handsfree bermaksud corong pam yang boleh digunakan tanpa perlu dipegang semasa mengepam.

Kedua-dua corong hanya perlu diselit dalam pakaian dalam ibu (bra) dan pam sahaja seperti biasa. Jadi, kedua-dua tangan ibu bebas melakukan apa sahaja tugasan lain. Kerana itu ia dinamakan handsfree.

Corong handsfree pertama saya adalah Freemie yang saya beli semasa anak pertama lebih kurang 5 tahun lalu.

Selepas itu saya cuba Youha Cups dan berpuas hati dengan kelebihan Youha Cups, iaitu corongnya yang diperbuat daripada silikon.

Boleh baca review saya tentang Youha cup di sini.

Handsfree ketiga yang saya beli adalah Freedom daripada jenama Milk Planet. Harganya RM259 untuk sepasang (bermaksud dapat 2 corong).

Review Freedom Milk Planet – Spesifikasi Asas

Ini barang yang akan kita dapat dalam kotak:

  • 2 corong handsfree lengkap dengan valve dan anti backflow.
  • Corong saiz 26mm.
  • 2 tubing atau wayar untuk menyambungkan handsfree ini kepada pam.
  • 1 extra valve (jika valve sedia ada rosak, boleh digantikan dengan yang extra ini)
  • 1 Y-connector.

Y-connector ini sangat berguna untuk membuat sambungan 2 corong Freedom kepada 1 lubang pada pam seperti pam jenis Medela Freestyle dan Spectra M1.

Bagi pam yang mempunyai 2 lubang pada pam seperti pam Cimilre dan banyak lagi jenama pam lain, Y-connector ini tidak diperlukan dan boleh disimpan sahaja.

Boleh refer gambar di bawah untuk lihat apa yang saya maksudkan dengan 1 lubang dan 2 lubang pada pam.

Medela vs Cimilre

Dengan range harga RM259 untuk 2 corong handsfree, bagi saya ianya berbaloi dengan masa yang dapat dijimatkan selepas memiliki handsfree ini.

Review Freedom Milk Planet – Anti back flow di dalam corong

Perbezaan paling ketara Freedom handsfree ini dengan handsfree jenama lain adalah, anti back flow nya berada di dalam corong. Berbeza dengan handsfree jenama Freemie dan Youha Cups, anti backflow untuk kedua-dua jenama ini berada di luar corong.

Ps: New Freemie Collection Cups, anti backflow nya sudah ditukar dan diletak di dalam corong.

Adakah ia memudahkan kita sebagai pengguna? Ini pendapat peribadi saya dan ini bergantung kepada personaliti setiap orang. Oleh itu, tidak semestinya pendapat ini betul untuk semua orang.

Freedom Handsfree Milk Planet

Kelebihan Anti Backflow di dalam Corong #1

Apa yang saya dapati, apabila anti backflow berada di dalam corong, kurang tubing atau wayar diperlukan untuk memasang corong ini kepada pam.

Jadi, pemasangan corong kepada pam menjadi lebih ringkas dan kurang berselirat dengan wayar.

Semasa saya guna Freemie handsfree dan Youha Cups, saya rasa agak rimas kerana ada ketika, apabila saya bergerak terlalu aktif, tubing yang bersambung dengan anti backflow dan pam tertanggal dan ini menyebabkan suction pam terhenti.

Apabila ini berlaku, saya terpaksa menghentikan sesi pam, pasang semula tubing kepada anti backflow dan corong dan kemudian baru menyambung semula sesi pam tersebut.

Bagi saya ini agak mengganggu jika saya terpaksa bergerak aktif semasa mengepam seperti pam sambil berjalan.

Perkara ini jarang berlaku jika saya pam sambil duduk dan menggunakan komputer di meja.

Bagi saya, ini satu kelebihan untuk Freedom handsfree. Anti backflow nya berada di dalam corong, jadi kurang tubing diperlukan untuk pemasangan dan ia lebih kemas jika anda perlu bergerak aktif semasa mengepam.

Boleh refer 2 gambar di bawah. Saya tunjukkan beza 2 Freedom handsfree yang memerlukan 3 tubing manakala Freemie (versi lama) yang memerlukan 4 tubing.

Sambung Freedom Handsfree ke pam

Kelebihan Anti Backflow di dalam Corong #2

Bagi ibu-ibu yang sudah biasa menggunakan Freemie Collection Cups jenis lama (anti backflow di luar corong) tentu ada pengalaman susu termasuk ke dalam tubing.

Perkara ini jarang berlaku tetapi apabila badan tidak tegak ketika mengepam, susu akan masuk ke dalam tubing dan berhenti pada anti backflow.

Sambungan Freemie handsfree

Bila ini berlaku, agak sukar untuk membersihkan tubing ini dengan baik.

Jadi, kelebihan kedua Freedom handsfree ini adalah, tiada isu tubing kotor apabila badan tidak tegak ketika mengepam. Yang mana saya rasa ini sangat berbaloi untuk ibu-ibu yang perlu pam ketika berjalan dan menyiapkan tugasan di pejabat.

Kelemahan Anti Backflow di dalam Corong #1

Antara soalan yang kerap ditanya dalam post review Youha Cup saya sebelum ini adalah, sejauh manakah kesukaran untuk menguruskan corong Freedom ini.

  • Susah ke nak basuh?
  • Banyak ke bahagian yang perlu dibasuh?

Ibu-ibu yang ada anak kecil semestinya mencari peralatan yang mudah diurus. Tugasan lain sebagai ibu bekerja sudah terlalu banyak

Oleh itu, peralatan menyusu yang mudah dibasuh adalah satu bonus.

Pendapat peribadi saya selepas menggunakan corong Freedom ini, ianya tidak terlalu sukar diurus.

Hanya perlu basuh 5 bahagian bagi setiap corong manakala Freemie (versi lama) ada 4 bahagian yang perlu dibasuh.

Hanya lebih 1 bahagian untuk dibasuh. Jadi, ini bukan kelemahan besar Freedom handsfree.

Freedom vs Freemie

Kelemahan Freedom Handsfree #2

Bagi saya, ini dikira sebagai satu kelemahan kerana saya selesa dengan corong saiz 24-25mm. Maksud selesa di sini adalah, dengan menggunakan saiz corong ini, saya tak rasa sakit ketika mengepam dan susu juga keluar secara optimum berbanding dengan menggunakan corong saiz lebih besar seperti corong Freedom yang bersaiz 26mm.

Bagi ibu-ibu yang masih belum tahu saiz corong apa yang sesuai, saya sarankan untuk sewa dahulu corong ini atau cuba dahulu di mana-mana kedai yang menjual pam susu.

Atau boleh download ebook percuma untuk tahu cara ukur saiz puting supaya dapat memilih saiz corong yang betul. Lihat post di bawah:

Kesimpulan

Lain orang lain keperluan. Bila ditanya, bagus ke Freedom Milk Planet ini? Agak sukar untuk saya jawab dalam sepatah perkataan sahaja, ya atau tidak. Jadi saya tulis post ini untuk bacaan ibu-ibu yang sedang membuat pilihan handsfree mana yang sesuai.

Sebagai contoh, ibu yang perlu mengepam sambil berjalan akan rasa pam ni sangat membantu kerana anti backflow berada di dalam corong. Sambungan wayar lebih ringkas dan tiada isu susu masuk ke dalam wayar jika badan terbongkok sedikit ketika mengepam.

Tetapi, bagi ibu yang hanya perlu mengepam sambil bekerja di meja dan di depan komputer, tentu merasakan dua ciri ini tidak perlu dan anti backflow menyebabkan ibu terpaksa basuh lebih banyak bahagian pam.

Juga, bagi ibu yang memerlukan saiz corong yang besar seperti saiz 28mm akan rasa kurang selesa menggunakan corong Freedom ini kerana corong Freedom hanya datang dengan satu saiz corong iaitu 26mm.

Jadi, sebenarnya handsfree mana yang sepatut menjadi pilihan anda adalah bergantung kepada keperluan dan nature pekerjaan anda. Oh ya, dan juga bergantung kepada saiz corong yang anda sesuai gunakan.

Saya harap perkongsian saya ini membantu ibu-ibu yang sedang memilih corong handsfree jenama apa yang bakal dibeli.

Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:

http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/

Baju Menyusu selak

Juga, mari sertai komuniti Cozy Lady untuk mendapat update bagi setiap post bermanfaat yang bakal dikongsi dalam blog ini nanti.

Jom sertai Komuniti Cozy Lady

Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini