Cara Pilih Saiz Corong Pam yang Betul

Kongsikan Artikel Ini

Pengalaman sebagai EP (exclusive pumping) mom selama 2 tahun untuk anak pertama saya, telah mengajar saya banyak perkara tentang aktiviti mengepam susu.

Anak saya yang pertama ini tidak direct feeding, bermaksud dia tidak menyusu di payudara saya.

Oleh itu, saya memang bergantung 100% kepada breast pump untuk membekalkan susu kepadanya.

Saya juga agak familiar dengan isu-isu seperti saiz corong pam kerana saya pernah mencuba beberapa corong pam (handsfree)Freemie, Youha Cup dan Freedom dan membandingkan kesesuaian semua corong ini dengan diri saya.

Saya dapati, saiz corong pam yang sesuai sangat mempengaruhi keselesaan ketika mengepam. Ini bermaksud kita tidak merasa sakit ketika mengepam.

Apabila kita memilih saiz corong pam yang betul, payudara juga dapat dikosongkan dengan lebih baik.

Ps: saya guna perkataan ‘dikosongkan dengan lebih baik’ dan bukan ‘kosong sepenuhnya’ kerana fakta yang anda perlu tahu adalah, tiada pam dan corong pam yang mampu mengosongkan payudara sebaik mulut bayi yang menyusu direct pada payudara ibunya.

Kesan jika memilih saiz corong pam yang salah

  • Payudara tidak kosong dengan baik selepas sesi pam. Kita akan dapati payudara masih berat dan tidak ringan selepas sesi pam.
  • Sakit pada puting ketika mengepam.

Untuk poin kedua, iaitu sakit pada puting ketika mengepam, sebenarnya ada dua sebab kenapa ia boleh terjadi.

Pertama, puting sakit ketika mengepam kerana kita memilih suction yang terlampau kuat. Anda perlu guna suction yang tak terlalu lemah, tetapi tidak terlalu kuat sehingga menyakitkan puting anda.

Oleh itu, semak level suction yang dipilih semasa mengepam terlebih dahulu.

Setiap sesi pam juga harus dimulakan dengan stimulation mode iaitu sedutan yang lebih pendek dan laju sebelum expression mode dimulakan.

Kebanyakan pam susu ada dua butang ini iaitu stimulation mode dan expression mode.

Sekiranya selepas semak suction pam, anda dapati anda sudah gunakan suction yang tidak terlalu kuat dan memulakan semua sesi pam dengan stimulation mode, tetapi masih ada rasa sakit pada puting, ini bermakna saiz corong yang anda gunakan tidak sesuai dengan saiz puting payudara anda.

Oleh itu, sangat penting untuk anda memilih saiz corong yang betul supaya sesi mengepam menjadi lebih selesa (tak sakit) dan efisyen (di mana susu dapat dikeluarkan secara optimum)

Cara memilih saiz corong pam yang betul

Kebanyakan saiz corong pam di pasaran datang dalam standard size corong 24mm. Dan Alhamdulillah saya selesa dengan saiz corong standard ini. Jadi tidak perlu bersusah payah mencari saiz lain.

Saiz corong pam adalah bergantung kepada saiz puting payudara anda, jadi anda perlu tahu cara untuk ukur puting payudara anda.

Kami buat satu ebook khas menerangkan tentang

  • Peralatan yang diperlukan untuk ukur saiz puting
  • Cara mudah ukur saiz puting dengan kertas ukuran puting
  • Cara mudah ukur saiz puting dengan pembaris
  • FAQ cara memilih saiz corong pam

E-book ini berharga RM10 dan kami yakin ianya pelaburan berbaloi dan membantu ibu-ibu untuk memilih saiz corong pam yang sesuai

Selepas menggunakan saiz corong pam yang sesuai dengan saiz puting payudara kita, tiada lagi isu payudara tidak rasa ringan selepas 30 minit mengepam dan tiada lagi isu puting sakit selepas mengepam.

Boleh tekan link ini 👇 untuk membuat pembelian e-book ini. Kami akan email e-book selepas bayaran dibuat

cara pilih saiz corong pam

Saya harap perkongsian dan ebook yang kami hasilkan ini membantu ibu-ibu yang sedang memilih pam yang sesuai kerana selain melihat kepada bajet dan penggunaan, sangat penting untuk tahu saiz corong yang akan diterima sekiranya membeli pam jenama tersebut.

Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:

http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/

Baju Menyusu selak

Juga, mari sertai komuniti Cozy Lady untuk mendapat update bagi setiap post bermanfaat yang bakal dikongsi dalam blog ini nanti.

Jom sertai Komuniti Cozy Lady

Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini