Natural Moms Cooler Backpack – Review
Untuk ibu-ibu yang bekerja dan mengepam susu di tempat kerja, selain pam susu, antara keperluan penting yang lain adalah cooler bag untuk menyimpan susu yang dipam tadi.
Saya agak cerewet dalam memilih barang penyusuan sebab sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk memudahkan perjalanan penyusuan saya.
Untuk cooler bag, saya mencari cooler bag yang mempunyai ciri-ciri:
- Bahagian cooler yang besar dan muat 2 corong handsfree, beberapa botol susu dan ice packs.
- Penebat tebal supaya susu tahan sejuk untuk jangka waktu yang lama.
- Bahagian pam yang luas supaya dapat meletakkan barang selain daripada pam dan charger.
Dan saya menemui cooler bag jenama Natural Moms.
Kelebihan cooler bag Natural Moms
Terdapat banyak jenama cooler bag di pasaran dan antara sebab UTAMA kenapa saya memilih cooler bag Natural Moms adalah kerana penebat bahagian cooler nya yang cukup tebal.
Kesannya, susu sejuk untuk jangka waktu yang lama di dalam cooler bag ini.
Oleh itu, kita tidak perlu risau jika perlu meletakkan susu yang dipam untuk waktu yang lama sehingga berbelas jam.
Cooler bag penebat tebal ini sangat penting lebih-lebih lagi untuk ibu-ibu yang bekerja di tempat yang tiada aircond.
Saya masih ingat ketika saya bekerja sebagai guru 4 tahun lepas. Sebagai seorang guru di sebuah sekolah di perkampungan kecil, bilik gurunya serba daif dan tiada aircond.
Waktu itu saya gunakan cooler bag Vcool, penebatnya tidak terlalu tebal.
Hasilnya, jam 11 pagi, ice packs dah cair sepenuhnya, dan ini hanya selepas 5 jam ice packs diletak dalam cooler bag vcool ini.
Cooler bag Vcool yang pernah saya gunakan Ice box Coleman. Tahan sejuk lama tapi susah nak bawa sebab ada banyak lagi beg lain yang perlu dibawa
Ini agak merisaukan saya kerana saya hanya boleh pulang ke rumah jam 3 petang.
Masih berbaki 4 jam lagi sebelum boleh pulang ke rumah untuk menyimpan susu ini dalam peti sejuk.
Oleh itu, apa saya buat waktu itu adalah bawa ice box Coleman ke sekolah. Walaupun susu tahan sejuk lebih lama, agak susah untuk saya bawa beberapa bag sekaligus di mana saya perlu bawa handbag, bag galas untuk laptop dan fail dan ice box Coleman.
Pengalaman ini membuatkan saya mencari cooler bag yang mempunyai penebat yang tebal supaya susu tahan sejuk lebih lama dan inilah sebab utama kenapa saya suka cooler bag Natural Moms dan menggunakan jenama ini sehingga sekarang.
Review Natural Moms Backpack – Bahagian Cooler
Bahagian cooler untuk backpack ni ialah di bahagian bawah depan. Ruang yang luas dan ini yang biasa saya bawa:
- 2 corong handsfree
- 3-4 botol susu 200 ml
- 2 ice packs (satu di belakang, satu di atas)
Apa yang paling saya suka dengan bahagian cooler ini ialah penebatnya tebal, susu tahan sejuk lebih lama, iaitu sehingga 20 jam (dalam suhu bilik).
Oleh itu, saya sudah tidak perlu risau susu rosak dan saya tidak perlu lagi membawa ice box Coleman.
Bawa 1 backpack ini sudah cukup untuk bawa pam susu, cooler bag dan laptop.



Review Natural Moms Backpack – Bahagian Pam

Bahagian letak breast pump ni agak luas dan boleh diletakkan banyak barang.
Ini merupakan contoh barang yang saya selalu bawa dalam backpack ini pada bahagian pam.
Selepas letak barang-barang di atas, masih ada sedikit ruang untuk saya letak apa-apa barang adhoc lain seperti bekas kecil letak kacang dan kurma (untuk makan apabila lapar) dan plastik susu (selalu saya akan bawa plastik susu juga sebagai kecemasan sekiranya 3 botol susu 200ml yang dibawa ini tidak mencukupi.
Bagi yang mempunyai pam yang lebih besar daripada pam Medela Freestyle ini, jangan risau sebab ruang ini boleh letak pam yang besar seperti Spectra S1 dan Cimilre S3.
Gambar contoh seperti di bawah.
Oleh itu, jika pam yang anda lebih kecil daripada ini, sudah tentu muat dalam ruang ini dan boleh letak beberapa barang lain lagi seperti charger dan purse.
Cimilre S3 Spectra S1
Pada bahagian ini juga, terdapat 1 lubang untuk kita masukkan tubing pam.
Ini sangat berguna jika ibu-ibu nak pam sambil berjalan (dan sambil galas backpack ini).
Pam boleh letak di bahagian pam, lalukan tubing melalui lubang ini dan boleh sambung tubing kepada corong pam atau handsfree. Boleh lihat gambar di bawah:

Apabila menyebut tentang handsfree, saya ada kongsikan review 3 jenama handsfree iaitu Freemie, Youha Cup dan Freedom. Boleh tekan link di bawah untuk membaca atau menonton video review handsfree yang telah saya kongsikan.
- Freemie vs Youha Cup
- Review Freedom Handsfree
- Video Freemie vs Youha Cup
- Video Review Freedom Handsfree
Review Natural Moms Backpack – Bahagian laptop

Paling best backpack ni adalah ruang khas untuk letak apa-apa fail atau laptop saiz A4.
Ruang ni memang sangat membantu kerana saya tak perlu lagi bawa 2 beg berasingan (beg laptop dan cooler bag).
Semua boleh masuk 1 backpack ini sahaja dan galas 1 beg sahaja ke tempat kerja.
Free cooler bag checklist
Para ibu yang bekerja tentu risau setiap kali mengemas cooler bag sebelum ke tempat kerja, risau kalau-kalau ada barang yang tertinggal.
Malam tak cukup tidur kerana susukan anak. Pagi terpaksa bangun sedikit awal untuk siapkan barang keperluan anak ke pengasuh.
Maka ketika ibu-ibu berada dalam kepenatan seperti ini, cooler bag checklist ini sangat membantu supaya tiada barang yang tertinggal.

Checklist ini saya tampal di dapur, kerana ini kawasan saya mengambil corong pam yang sudah dibasuh untuk dimasukkan ke dalam cooler bag.
Checklist ini saya buatkan dalam format pdf, ibu-ibu hanya perlu download, print dan tampal di dinding rumah.
Masukkan nama, email dan tekan butang send untuk dapatkan checklist ini dalam format pdf.
Checklist ini juga sebenarnya membantu jika suami bantu kemaskan beg pam saya.
Suami jadi lebih confident kerana mempunyai satu senarai untuk semak dan pastikan semua ada.
Video bahagian dalam cooler backpack Natural Moms
Boleh tonton video di bawah untuk video bahagian dalam cooler backpack Natural Moms.
Saya harap perkongsian saya tentang backpack Natural Moms dengan gambar yang lengkap seperti ini dapat membantu ibu-ibu membuat keputusan memilih cooler bag untuk kegunaan ke pejabat. Bagi yang berminat dapatkan cooler bag ini, boleh tekan link ini
http://www.cozybaby.biz/product-category/baby-feeding/natural-moms-thermal-bag/
Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/
Juga, mari sertai komuniti Cozy Lady untuk mendapat update bagi setiap post bermanfaat yang bakal dikongsi dalam blog ini nanti.