Petua Hilangkan Selesema dan Batuk pada Anak Kecil

Kongsikan Artikel Ini

Minggu lepas adalah minggu yang agak mencabar kerana ketiga-tiga anak saya diserang selsema.

Dan seperti biasa, selepas selesema, datang pula episod batuk berkahak. Memang mencabar.

Apabila anak selesema, apa yang selalu saya lakukan adalah memastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi.

Kebiasaannya, anak-anak saya akan ada 1 jam tidur petang, tetapi apabila mereka selesema, saya akan cuba untuk memastikan mereka tidur lebih lama. Antara yang dilakukan adalah:

  • Memastikan bilik tidur gelap
  • Pasang aircond supaya bilik tidak terlalu panas (tetapi elakkan terlalu sejuk)
  • Diffuse essential oil (seperti lavender)

Selain daripada itu, saya akan menyediakan madu halia dan balm bawang putih untuk membantu melegakan dan menghilangkan batuk dan selesema ini.

Dua petua ini sangat berkesan untuk menghilangkan batuk dan selesema anak kecil dan saya telah lakukannya untuk anak pertama saya sejak 6 tahun lepas.

Petua hilangkan Selesema – Balm Bawang Putih

Petua ini sangat mudah untuk disediakan.

Bahan yang diperlukan juga cuma 2 bahan wajib dan 1 bahan optional.

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang putih
  • 1/4 cawan minyak kelapa
  • 10 titis essential oil lavender (ini optional, tak ada pun tidak mengapa)

Cara-caranya:

  • Kupas bawang putih dan bersihkan.
  • Blend sehingga hancur bersama minyak kelapa.
  • Tapis hampas bawang putih tadi dan tuang minyak ini ke dalam bekas.
  • Titiskan lavender essential oil, kacau dan tutup bekas.
  • Simpan dalam peti sejuk seketika.

Sapu pada dada (depan dan belakang) dan kaki anak kecil untuk melegakan selesema. Boleh sapu beberapa kali setiap hari sehingga selesema hilang.

Sebab minyak kelapa dipilih berbanding minyak lain adalah kerana minyak kelapa berubah menjadi pepejal apabila berada dalam suhu atas 24 darjah selsius.

Pada suhu bilik di Malaysia, minyak kelapa ini berada dalam bentuk cecair, jadi saya akan simpan garlic balm ini dalam peti sejuk untuk dia berubah menjadi pepejal.

Ia juga menyebabkan balm ini tahan lebih lama sehingga sebulan jika disimpan dalam peti sejuk.

Sebelum sapu pada anak, keluarkan sekejap daripada peti sejuk (dalam 5 minit) supaya mudah untuk dicalit pada jari sebelum disapu pada anak kecil.

Ps: Terus berjumpa doktor jika selesema berlarutan.

Petua hilangkan Batuk – Madu Halia

Petua hilangkan batuk berkahak pada anak kecil

Ini juga sangat mudah untuk disediakan. Kenapa ia berkesan melegakan batuk?

  • Madu boleh mengurangkan penebalan mukus yang menghalang laluan pernafasan.
  • Halia pula membantu mengurangkan keradangan (inflammation) pada saluran pernafasan.

Oleh itu, campuran madu dan halia sangat berkesan sebagai rawatan melegakan batuk dan selesema.

PENTING: Madu hanya boleh diberikan kepada anak berusia 1 tahun ke atas sahaja.

Bahan-bahan:

  • 2 inci halia
  • 4 sudu madu
  • bekas kecil

Cara-cara:

  • Halia dibuang kulit dan dibersihkan
  • Kemudian, halia dihiris halus.
  • Masukkan hirisan halia ini ke dalam bekas.
  • Masukkan madu. Kacau sedikit untuk memastikan semua madu melitupi halia itu tadi.
  • Simpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.

Boleh berikan sedikit madu ini kepada anak kecil.

Berikan madu sahaja, bukan sekali dengan halia. Boleh beri beberapa kali setiap hari sehingga batuk hilang.

Ps: Terus berjumpa doktor jika batuk berlarutan.

Saya harap perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang mencari petua yang boleh dibuat dengan bahan yang mudah didapati di rumah untuk menghilangkan batuk dan selsema anak kecil. Semoga anak cepat sembuh.

Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:

http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/

nursing dress malaysia

Juga, mari sertai komuniti Cozy Lady untuk mendapat update bagi setiap post bermanfaat yang bakal dikongsi dalam blog ini nanti.

Jom sertai Komuniti Cozy Lady

Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini