Cara Buat ‘Power Pumping’ untuk Tambah Susu

Kongsikan Artikel Ini

Konsep asas untuk tambah susu ibu adalah dengan memastikan payudara dirangsang sekerap mungkin.

Tindakan ini dapat memberi signal kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Cara merangsang (stimulate) payudara ini boleh terjadi dengan dua cara:

1. Kerap susukan bayi.

  • Kalau bayi tidur dalam tempoh yang lama, perlu kejutkan bayi untuk bangun menyusu
  • Tidak perlu mengikut jadual menyusu.
    –> Susukan sahaja bayi mengikut permintaan bayi.
    –> Bayi akan menyusu setiap 1 ke 2 jam pada awal kelahiran. Oleh itu, beri sahaja bayi susu kerana ia akan membantu untuk menambah susu kita.

2. Kerap pam susu

  • Perlu kerap pam susu jika ibu berjauhan dengan bayi.
    –> contohnya ibu keluar bekerja atau anak warded kerana masalah kesihatan
  • Suri rumah yang ingin cuba menambah susu badan, boleh kerapkan pam susu kerana ini akan memberi signal kepada otak untuk tambah susu badan.
    –> Boleh cuba pam selama 15 minit setiap kali selepas anak selesai menyusu.
  • Power pumping. Ini yang akan kita lihat dengan lebih terperinci dalam post kali ini.

Apa itu power pumping?

Power pumping merupakan usaha meniru tindakan bayi yang menyusu secara kerap ketika growth spurt, tetapi dengan menggunakan pam.

Ibu perlu pam dalam jangka masa pendek, tetapi kerap iaitu selang 10 minit. Perkara ini perlu berterusan selama satu jam.

Tujuan power pumping ini dilakukan adalah untuk memberi signal kepada otak untuk menambah susu.

Ianya perlu dilakukan sekali sahaja setiap hari sehingga ibu-ibu dapat hasil yang diinginkan.

Terdapat sesetengah ibu yang berjaya melihat hasil selepas melakukan sekali power pumping sahaja.

Ada yang perlu membuat power pumping setiap hari selama beberapa hari.

Saya sendiri perlu buat sehingga 4-5 hari baru mendapat hasil yang saya inginkan.

Oleh itu, ibu-ibu perlu sabar dan terus istiqamah untuk buat power pumping setiap hari sehingga mendapat hasil yang diingini.

Soalan yang kerap ditanya: Perlu ke saya terus buat power pumping walaupun sesi kedua ketiga itu sudah tiada susu yang keluar dan hanya keluar angin?

Jawapannya: Perlu. Teruskan pam sehingga lengkap 1 pusingan power pumping. Perlu ingat, power pumping ni bukan untuk kumpul susu pada waktu itu. Teruskan buat walaupun keluar angin. Teruskan buat walaupun yang dapat tu sedikit.

Tujuan UTAMA power pumping dibuat adalah untuk memberi signal kepada otak untuk meningkatkan penghasilan susu.

Cara Power Pumping untuk Double Pump

Power pumping double pump

Gambar di atas adalah cara untuk power pumping dengan double pump. Boleh download PDF file pada akhir post ini. Print manual ini dan tampal di dinding bilik untuk dilihat setiap kali nak buat power pumping.

Lakukan sekali setiap hari pada bila-bila masa, dan cuba untuk buat selama beberapa hari berterusan sehingga dapat melihat pertambahan susu.

1 sesi memerlukan lebih kurang 60 minit

Oleh itu, cari tempat yang selesa dan bersandar di kerusi yang selesa. Sediakan bahan bacaan yang menarik atau video menarik untuk ditonton semasa sesi power pumping ini.

Pendek kata, jadikan sesi 1 jam ini sesi untuk ibu-ibu berehat.

Cara Power Pumping untuk Single Pump

Cara power pumping single pump

Gambar di atas pula merupakan cara power pumping untuk single pump (ikut anak panah).

Langkahnya agak panjang, jadi boleh download PDF file pada akhir post ini. Print manual ini dan tampal di dinding bilik untuk dilihat setiap kali nak buat power pumping.

Untuk single pump, ibu-ibu memerlukan 70 minit untuk 1 sesi power pumping, lebih 10 minit berbanding double pump.

Sebaiknya ibu-ibu guna double pump untuk menjimatkan masa.

Tetapi, jika tiada double pump, ibu-ibu tidak perlu risau kerana masih boleh buat power pumping dengan menggunakan single pump.

Download Manual Power Pumping Di sini

Ibu-ibu boleh download PDF file yang mengandungi manual seperti 2 gambar di atas tadi untuk memudahkan ibu-ibu print dan tampal pada dinding rumah. Jadi lebih mudah untuk refer setiap kali nak buat power pumping.

Masukkan nama dan email, kemudian tekan butang send.

    Kenapa Power Pumping Berkesan untuk Menambah Susu?

    Penting untuk ibu-ibu tahu kenapa power pumping berkesan untuk menambah susu ibu. Barulah semangat nak buat power pumping.

    Jika diperhatikan, cara untuk membuat power pumping ini sama seperti cluster feeding, di mana bayi akan menyusu secara kerap kerana growth spurt.

    Pada waktu ini, berat badan bayi akan bertambah secara mendadak. Oleh itu, bayi akan lebih kerap menyusu dan ini sekaligus menambah kuantiti susu untuk menampung keperluan bayi yang semakin bertambah.

    Tindakan kita membuat power pumping (iaitu pam secara berterusan dalam selang masa yang singkat iaitu selang 5 ke 10 minit) akan bantu menambah susu.

    Perlu ke saya terus pam walaupun tiada susu keluar?

    Ada waktunya, tiada susu keluar langsung dan ketika ini ibu-ibu hanya pam ‘angin’ sahaja. Waktu ini, teruskan mengepam dan habiskan sesi power pumping mengikut manual di atas.

    Walaupun tiada susu keluar, tindakan mengepam ini sebenarnya memberi signal kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu kerana terdapat rangsangan pada payudara (pam tadi).

    Jadi, walaupun kelihatan seperti pam ‘angin’ sahaja, teruskan mengepam dan habiskan 1 sesi penuh power pumping itu.

    Sebaiknya akhiri setiap sesi power pumping dengan marmet, iaitu perahan susu dengan tangan. Boleh rujuk post ini untuk langkah-langkah marmet.

    Diharap perkongsian ini membantu ibu-ibu yang sedang berusaha menambah susu badan.

    Saya sangat sarankan untuk lakukan power pumping di samping mendapatkan rehat yang secukupnya dan makanan yang berkhasiat supaya ibu-ibu nampak pertambahan susu seperti yang diinginkan.

    Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:

    http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/

    Baju menyusu selak

    Juga, mari sertai komuniti Cozy Lady untuk mendapat update bagi setiap post bermanfaat yang bakal dikongsi dalam blog ini nanti.

    Jom sertai Komuniti Cozy Lady

    Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini