Tanda Susu Ibu Rosak
Bagi ibu yang bekerja, adalah baik jika mengetahui cara penyimpanan susu ibu yang betul dan tempoh masa penyimpanan yang sesuai untuk jenis peti sejuk tertentu.
Hal ini demikian kerana, ruang peti sejuk yang berbeza menyebabkan perbezaan tempoh kesegaran susu.
Sebagai contoh, susu ibu yang dibekukan dalam peti sejuk 1 pintu hanya tahan selama 2 minggu, manakala susu ibu yang dibekukan dalam peti sejuk 2 pintu boleh bertahan selama 3 bulan.
Ibu-ibu perlu memastikan sama ada susu masih elok atau tidak sebelum diberikan kepada bayi.
Bagi ibu yang membekalkan susu kepada pengasuh atau nurseri, boleh semak kesegaran susu semasa mengisi susu ke dalam botol sebelum diletakkan di dalam cooler bag untuk di hantar ke rumah pengasuh.

Boleh download PDF file ini, print dan tampal pada peti sejuk anda untuk rujukan cara mencairkan dan memanaskan susu ibu dengan betul.
Masukkan nama dan email, kemudian tekan butang send. Anda akan dapat PDF file ini melalui email.
Susu rosak boleh diperiksa dengan 2 tanda mudah seperti di bawah:
Tanda susu rosak #1 – Rasa masam
Jika anda pernah menghidu bau susu ibu, memang susu ibu ada sedikit bau.
Ada juga susu ibu yang berbau sedikit tengik apabila dibekukan kerana enzim lipase memecahkan lemak dalam susu dan menyebabkan susu berbau tengik.
Oleh itu, agak sukar untuk mengesan susu masih elok atau tidak dengan hanya menghidu.
Walaupun terdapat ramai orang yang mencadangkan cara melihat susu rosak dengan menghidu, saya agak kurang yakin dengan cara ini kerana saya keliru dengan bau masam susu dan bau tengik sebab enzim lipase tadi.
Oleh itu, lebih selamat jika kita menggunakan deria lidah, iaitu merasa sedikit susu ibu untuk tahu sama ada ia masih elok atau tidak.
Bunyinya sedikit menggelikan.
Tetapi rasa di sini bukan bermaksud minum sebotol tau. hehe. Cukup sekadar dapat beberapa titis untuk dirasa.
Semua ibu perlu tahu rasa susu ibu yang masih elok dengan cara mengambil sedikit susu ibu yang baru diperah dan rasa.
Ia rasa seakan-akan santan kelapa. Mungkin kerana ini ada lagu rakyat berbunyi begini:
“Susu lemak manis, santan kelapa muda, adik jangan nangis mama nak buat kerja”
Hanya apabila tahu rasa susu ibu ketika ia masih elok, kita dapat kesan dengan cepat rasa susu yang sudah rosak.
Susu yang sudah tidak elok mempunyai rasa masam.
Tanda susu rosak #2: Berketul
Susu yang disejukkan memang akan terpisah kepada lapisan air dan lemak.
Lemak akan kelihatan berketul di bahagian atas. Ia adalah situasi yang normal jika susu itu sejuk.

Gambar kredit kepada: http://www.kellymom.com
Tetapi, susu yang elok, setelah dipanaskan dengan cara yang betul dan botol digoyang sedikit, lapisan lemak yang terpisah ini akan cepat bercampur kembali.
Jika selepas dipanaskan dengan betul dan digoyang sedikit dan susu masih berketul, itu mungkin tanda-tanda susu sudah rosak.

Gambar oleh https://community.babycenter.com
Apa yang Menyebabkan Susu Rosak?
Mari kita lihat apa yang menyebabkan susu rosak supaya kita dapat mengelakkan ia berlaku dan dapat membuat ramalan awal sekiranya ia berlaku.
Sebab Susu Rosak #1 : Disimpan Melebihi Tempoh Tertentu Mengikut Tempat Simpanan.
Semua ibu perlu tahu tempoh kesegaran susu apabila disimpan di tempat berbeza. Boleh lihat ringkasan seperti di bawah:
Susu yang baru dipam tahan selama 4 jam dalam suhu bilik.
Susu yang disejukkan tahan selama 3-5 hari dalam peti sejuk (bahagian chiller)
Susu yang dibekukan tahan dalam tempoh berbeza mengikut tempat ia disimpan:
- 6 Bulan dalam deep freezer
- 3 bulan dalam peti sejuk 2 pintu
- 2 minggu dalam peti sejuk 1 pintu
Susu beku yang dicairkan tahan selama 24jam (simpan dalam peti bahagian chiller)
Susu sejuk yang dipanaskan tahan selama 1 jam sahaja
(perlu dihabiskan dalam masa 1 jam. Jika tidak habis, tidak boleh disejukkan semula dan tidak boleh disimpan kembali).
Tips: panaskan kuantiti yang sedikit sahaja, cukup untuk sekali minum sahaja. Jika bayi perlukan lagi, panaskan lagi.
Pastikan susu ditutup dengan baik ketika disimpan. Susu tidak boleh diletakkan dalam bekas terbuka apabila disimpan di dalam peti sejuk atau peti beku.
Jika melebihi tempoh seperti dinyatakan di atas, sebaiknya tidak lagi diberi kepada bayi kerana dikhuatiri susu sudah rosak.
Sebab susu rosak #2 : Susu tidak ditutup dengan baik
Untuk simpan susu ibu dalam peti sejuk atau peti beku, pastikan ibu-ibu menggunakan botol yang bertutup kemas.
Hal ini demikian kerana, susu akan rosak jika dibiarkan terdedah tidak bertutup atau tidak ditutup dengan kemas.
Sebaiknya susu disimpan di dalam botol BPA free atau plastik khas untuk menyimpan susu kerana botol dan plastik susu ini menggunakan bahan yang selamat untuk menyimpan susu ibu.
Bagi ibu-ibu yang ingin tahu cara menyusun susu di dalam peti sejuk beku dengan kemas, boleh lihat cara-caranya dalam video di bawah. Jangan lupa untuk like dan subscribe ke Youtube Channel kami sebagai tanda sokongan
Saya harap perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu semua.
Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/
Setiap pembelian anda di Cozy Lady amat bermakna buat kami. Sebahagian daripada pembelian anda akan kami gunakan untuk menyumbang kembali kepada komuniti ibu menyusu melalui penulisan di blog, FB group dan video di Youtube.
Juga, mari sertai komuniti Cozy Lady untuk mendapat update bagi setiap post bermanfaat yang bakal dikongsi dalam blog ini nanti.
August 19, 2019 @ 11:24 am
Boleh ke guna pkai semula plstik susu tu.?
August 26, 2019 @ 3:31 pm
Plastik simpan susu boleh guna sekali sahaja 🙂 tak boleh reuse macam botol susu
December 15, 2019 @ 11:53 pm
Sy tertinggal ebm di chiller.. Ebm tarikh 5hb dis.. Sy balik kampung.. Setelah 15hb sy pulang ke rumah.. Sy try bau tapi sy xpasti susu masih elok atau tidak.chiller tidak buka tutup. Susu ada 2 lapisan. Masih boleh minum lagi ke susu ebm tu?
January 3, 2020 @ 5:04 pm
Susu 2 lapisan bukan tanda susu basi.
Susu tu dah 10 hari, kalau ikutkan dah melebihi waktu tempoh susu elok dalam chiller.
Kalau ragu2 boleh buang, tp kalau sayang, boleh rasa dulu sebelum beri kpd bayi utk kepastian.
December 28, 2019 @ 8:34 pm
Saya simpan susu di bahagian chiller sejak semalam. Petang tadi pintu peti x tutup rapat dlm setengah jam lebih. Suhu susu dah kurang sejuk dari asal. Rasanya tidak rosak. Boleh kah saya simpan utk guna hari esok?
January 3, 2020 @ 5:02 pm
Maaf lewat, boleh puan. Cuma nanti masa nak bagi kepada bayi, boleh rasa dulu untuk pastikan susu masih ok
January 30, 2020 @ 2:23 pm
salam ape kesan jika penaskan susu beku di dalam periuk berisi air menggelegak
December 8, 2020 @ 10:37 am
Ada isu overheating dan ini akan merosakkan/ menghilangkan zat dalam susu ibu
August 17, 2020 @ 1:04 am
Susu baru perah terus simpan dalam freezer….madih boleh guna ka?
November 3, 2020 @ 3:11 pm
Boleh puan. Cuma utk susu seterusnya better sejukkan dulu susu dalam chiller, lepas dah sejuk baru naikkan ke freezer kalau nak smpan susu tu melebihi 5 hari. Kalau nak guna dalam masa 5 hari, tak perlu simpan freezer.
August 20, 2020 @ 8:40 am
Saya bekukan susu dalam deep freezer. Ada banyak dr tarikh 10 ogos 2020. Takde letrik. Semua susu dlm deep freezer cair tp masih sejuk. Boleh tak bekukan semula.atau kena habiskan dlm masa 24 jam?
November 3, 2020 @ 3:10 pm
Kalau susu tu dah cair sepenuhnya, dah tak boleh bekukan kembali dan kena habiskan dalam masa 24 jam 🙁
August 25, 2020 @ 8:53 am
Boleh ke susu dari chiller, kita panaskan, then tuangkan sikit quantity yang baby nak minum, selebihnya kita simpan semula ? Sebab storage bag boleh simpan 5onz, baby minum cuma 2onz setiap dua jam.
November 3, 2020 @ 3:08 pm
Tak boleh simpan lebih 1 jam untuk susu yang dah dipanaskan. Kami cadangkan utk puan tuang 2oz sahaja dalam botol, panaskan 2oz tu sahaja. Baki 5oz tu simpan balik dalam storage bag (jangan panaskan yg ni) dan sejukkan balik
November 17, 2020 @ 9:05 pm
hi..saya simpan susu ebm dalam chiller dari 8.11.20,sampai skrang belum guna lagi 17.11.20..bole ke saya naikkan ke freezer? tapi saya tengok ada 2 lapisan..masih bole simpan dala freezer ke or buang je huhu
November 23, 2020 @ 3:52 pm
susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk memang akan menjadi 2 lapisan. itu bukan tanda susu rosak. Susu puan dah 9 hari di dalam chiller (tempoh yang disarankan adalah 5 hari sahaja dalam chiller). Boleh bekukan, cuma kami sarankan untuk rasa dulu susu ini sebelum diberi kepada bayi nanti. Jika rasa masam, bermaksud susu ini sudah rosak.
December 22, 2020 @ 10:55 am
Salam admin. Boleh ke simpan susu ke freezer dalam storage bottle ?
January 3, 2021 @ 11:01 pm
Salam. Boleh puan, tiada masalah simpan dalam apa2 pun asalkan bekas itu tertutup 🙂
January 3, 2021 @ 12:37 pm
Susu freezer memang bau macam muntah baby ke puan ? Saya was2 nak bagi walhal susu baru 1minggu dibekukan. Sometimes rasa ok tp bau x ok. Sometimes bau & rasa sama mcm muntah baby.
January 3, 2021 @ 11:01 pm
macam yg saya tulis dalam post ni, saya lebih prefer untuk rasa berbanding bau untuk lihat susu masih elok atau tidak. Sebab susu ada bermacam-macam bau bergantung kepada apa yang ibu makan. Cuba rasa, kalau ada rasa masam, bermaksud susu dah rosak. Jika tidak, susu masik elok.