Cara Hantar Susu ke Rumah Pengasuh

Kongsikan Artikel Ini

Ibu bekerja sudah tentu akan hantar anak ke rumah pengasuh atau daycare (pusat jagaan anak atau nursery). Dan bagi ibu menyusu yang bekerja, sudah tentu perlu menyediakan susu ibu untuk dihantar ke rumah pengasuh.

Cara hantar susu ke rumah pengasuh

Sebelum kita lihat langkah-langkah menyediakan susu ibu untuk dihantar ke rumah pengasuh, kita lihat info asas yang perlu kita tahu.

Info Asas yang Perlu Ibu Tahu untuk Hantar Susu ke Rumah Pengasuh

  • Mudahkan pengasuh.
    – Sentiasa ada fikiran ini semasa menyediakan susu kepada pengasuh.
    – Apabila urusan pengasuh dimudahkan, pengasuh akan gembira dan dapat jaga anak kita dengan baik.
Cara hantar susu ke rumah pengasuh
  • Sukat susu untuk satu kali minum anak dalam setiap botol.
    – Sebaiknya terus letakkan susu ini dalam botol susu berputing.
    – Ini bertujuan untuk memudahkan pengasuh. Pengasuh tidak lagi perlu salin susu ke dalam botol berputing untuk beri anak susu.
  • Cairkan susu beku sebelum diberi kepada pengasuh.
    – Susu beku perlukan masa untuk dicairkan, jadi elakkan beri susu beku kepada pengasuh.
    – Berikan susu beku yang sudah dicairkan, jadi pengasuh hanya perlu panaskan sahaja susu ini.
  • Sediakan cooler bag jika perlu.
    – Susu ibu perlu diletakkan di tempat sejuk, sama ada peti sejuk atau cooler bag berisi ice pack beku.
    – Jika peti sejuk pengasuh tidak cukup ruang, mudahkan pengasuh dengan menyediakan cooler bag.
    – Guna cooler bag yang berpenebat tebal seperti cooler bag jenama Natural Moms untuk ketahanan sejuk sehingga 20 jam.

EBM

Beberapa istilah ini akan kerap diguna dalam post ini, jadi kita lihat dulu apa maksudnya.

EBMExpressed Breast Milk. Yang bermaksud susu ibu yang diperah (dipam) dan disimpan.
Fresh EBM – Susu ibu yang baru diperah (dipam) dan belum disejukkan dalam peti sejuk.
Chilled EBM – Susu ibu yang disejukkan (dalam peti sejuk atau cooler bag berisi ice packs)
Frozen EBM – Susu ibu yang dibekukan.

Langkah-langkah Menyediakan Susu ke Rumah Pengasuh.

Langkah 1: Labelkan Botol Susu

Setiap botol susu yang diberi kepada pengasuh perlu dilabelkan dengan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Boleh guna sticker kemudian tulis nombor dengan pen, tampal pada botol. Namun saya kurang suka cara ini kerana ia akan mengotorkan botol.

Di bawah adalah contoh lain untuk melabel botol susu tanpa perlu kotorkan botol. Ini sebenarnya free gift sempena kempen working moms Cozy Lady tahun lepas. Boleh beli di sini jika berminat.

Cara hantar susu ke pengasuh

Minta pengasuh ikut urutan nombor pada botol ini. Beri anak botol nombor 1 dahulu, kemudian botol nombor 2 dan seterusnya.

Kenapa botol perlu dilabelkan dengan nombor?
Kerana kita akan susun chilled EBM dan frozen EBM (yang dicairkan) ini pada nombor tertentu. Dan ada sebab kenapa chilled EBM diletak pada 2 atau 3 botol terakhir dan bukan pada nombor awal. Boleh rujuk langkah 2.

Berapa bilangan botol yang diperlukan bergantung kepada keperluan anak?
Boleh cuba dahulu beri 4-6 botol. Selepas beberapa hari, perhatikan kembali keperluan susu bayi, kemudian kurangkan atau tambah bilangan botol susu.
Ingat – perhatikan keperluan bayi.

Langkah 2 : Isi susu dalam botol ikut sukatan 1 kali bayi minum.

Penting untuk isi susu dengan kuantiti susu 1 kali minum sahaja dalam setiap botol.
Kerana susu yang dipanaskan, perlu dihabiskan dalam masa sejam (selepas dipanaskan).
Jika kita letak terlebih kuantiti, susu ini akan terbazir jika bayi tidak dapat dihabiskan dalam masa sejam selepas dipanaskan.

cara hantar susu ke rumah pengasuh

Tips: Letak dalam botol bersaiz kecil seperti ini jika setiap botol diisi 2-3oz susu. Walaupun kuantiti susu sedikit, pengasuh akan nampak ia sebagai banyak dan tak complain susu sedikit.

Ramai sebenarnya ibu-ibu mengeluh apabila pengasuh campur 2 botol susu dalam 1 botol susu kerana susu 3oz diletak dalam botol saiz 5oz dan pengasuh nampak ia sebagai sedikit sedangkan ia sebenarnya cukup je untuk sekali minum anak kita. Jadi boleh cuba aplikasikan tips di atas.

cara hantar susu ke rumah pengasuh

Botol terawal, isi dengan frozen EBM yang dicairkan.

Letak chilled EBM dalam 2-4 botol susu terakhir mengikut stok yang ada.

Tujuan chilled EBM diisi pada botol nombor terakhir adalah kerana, sekiranya susu botol terakhir ini tidak habis, susu ini boleh disimpan kembali dalam peti sejuk dan diguna kembali keesokan harinya.
Ps: Chilled EBM boleh tahan selama 5 hari dalam peti sejuk (jika belum dipanaskan lagi)

Fresh EBM boleh isi pada mana-mana nombor sekiranya anda ada stok fresh EBM.

Boleh lihat cara cairkan susu dengan betul dalam post ini:

Langkah 3 : Letak dalam Cooler Bag

Susun semua ini dalam cooler bag yang berisi ice pack beku.

Cooler bag Natural Moms
Kalau guna 2 ice packs, boleh letak satu di tengah, satu di atas susu (seperti ditunjukkan dalam gambar di atas)
Ps: Cooler bag corak Geometry daripada Natural Moms

Berapa bilangan ice pack yang diperlukan?

  • 1 ice pack beku sudah mencukupi jika susu ibu ini disimpan dalam peti sejuk di rumah pengasuh. Jadi susu ibu ini hanya berada dalam cooler bag dalam perjalanan daripada rumah kita ke rumah pengasuh sahaja.
  • 2 ice packs beku jika susu ibu disimpan dalam cooler bag sepanjang berada di rumah pengasuh. Kerana kebiasaannya 1 ice pack sahaja tidak cukup untuk memastikan suhu sejuk dalam cooler bag sehingga kita habis kerja (dalam 8-9 jam bekerja)

Tips: Tanya pengasuh tentang penggunaan peti sejuk.
Saya cadangkan untuk kita sediakan cooler bag sendiri untuk mengelakkan kita mengambil ruang besar dalam peti sejuk di rumah pengasuh. Jadi, untuk ini, masukkan 2 ice packs beku bersama susu ibu yang dibekalkan tadi.

Cara hantar susu ke nursery daycare
Summary untuk langkah penyediaan susu untuk dihantar ke rumah pengasuh
Cara sediakan susu ke rumah pengasuh

Bagi yang nak download dan print dua gambar ini , boleh download PDF file percuma, masukkan nama, email dan tekan butang send dalam kotak di bawah.

    Diharap perkongsian ini membantu ibu-ibu dalam menguruskan dan menyediakan susu perahan untuk dihantar ke rumah pengasuh.

    Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:

    http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/

    Baju menyusu selak

    Juga, mari sertai komuniti Cozy Lady untuk mendapat update bagi setiap post bermanfaat yang bakal dikongsi dalam blog ini nanti.

    Jom sertai Komuniti Cozy Lady

    Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini