Resepi Oat Pancake – Sarapan Sihat Bayi
Kebiasaannya kita jumpa resepi pancake yang menggunakan tepung.
Dalam masa saya sedang cuba turunkan berat badan, saya cuba gantikan tepung dengan rolled oat, dan saya terjumpa resepi pancake yang guna oat. Saya dah cuba beberapa kali dan ternyata rasanya sedap setanding dengan pancake yang menggunakan tepung.
Kenapa Oat?
Oat mempunyai banyak zat seperti iron dan juga banyak serat. Oat pancake ini juga sesuai diberi kepada anak kecil kerana bahannya tiada garam dan gula.
Anak-anak saya sukakan oat pancake ni untuk sarapan pagi mereka.
Oat pancake ini sesuai untuk diberi kepada anak kecil berumur 1 tahun ke atas kerana ada madu dalam bahannya. Boleh buang madu tu untuk beri kepada bayi 6 bulan ke atas. Tetapi sebaiknya berikan kepada anak selepas anak pass 4 days rule* untuk semua bahan dalam pancake ini.
*4 days rule : adalah cara untuk melihat sama ada bayi sesuai atau tidak dengan makanan tersebut. Ibu perlu memperkenalkan setiap bahan makanan selama 4 hari berturut-turut, jika bayi tiada alergi atau masalah seperti sembelit teruk, boleh terus berikan bayi bahan ini dalam menu makanan bayi.
Telur sesuai diberi kepada bayi bermula umur 6 bulan – boleh refer artikel ini.
https://www.eggs.ca/eggs101/view/165/for-your-baby
![Resepi sarapan bayi](https://www.cozylady.com.my/wp-content/uploads/2019/04/65-1024x768.jpg)
Pristine adalah contoh jenama rolled oat yang murah di pasaran berbanding jenama terkenal Quaker Oat.
Resepi Oat Pancake
Baik, ini resepi untuk oat pancake.
![Resepi oat pancake](https://www.cozylady.com.my/wp-content/uploads/2019/04/78-1024x768.jpg)
Bahan-bahan:
- 1 cawan rolled oat
- 1 biji pisang
- 2 biji telur
- 1 sudu besar madu
- 1 sudu kecil baking powder
- 80ml (atau 1/3 cawan) susu segar
Cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan ke dalam blender.
- Blend sehingga oat halus.
- Panaskan kuali, ratakan sedikit minyak. Masukkan 2 sudu campuran yang dikisar tadi.
- Terbalikkan apabila satu bahagian bertukar perang.
- Ulang langkah 3 dan 4 sehingga campuran pancake habis.
Boleh dihidang dengan sedikit madu, yogurt atau peanut butter.
Untuk cara penyediaan berbentuk video, boleh refer video di bawah:
Semoga perkongsian ini membantu ibu-ibu dalam menyediakan makanan sihat untuk anak-anak 🙂
Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire
Juga, mari sertai komuniti Cozy Lady untuk mendapat update bagi setiap post bermanfaat yang bakal dikongsi dalam blog ini nanti.