Cara Breastfeeding yang Betul – Ciri Lekapan Baik

Kongsikan Artikel Ini

Proses menyusukan bayi kerap kali dianggap mudah dan akan berlaku secara natural selepas kelahiran.

“Masukkan je breast dalam mulut baby, selesai masalah.” Ini yang seringkali difikirkan.

Mungkin kerana ini kebanyakan ibu tidak melengkapkan diri dengan ilmu yang sepatutnya sebelum kelahiran bayi. Dan mereka mula mengesan masalah penyusuan apabila berlaku puting luka dan sebagainya.

Adalah penting untuk ibu-ibu tahu cara lekapan yang baik (deep latch) ketika menyusukan anak kerana ini adalah faktor UTAMA kejayaan penyusuan ibu sehingga anak berusia 2 tahun.

Dan amat bagus jika ibu-ibu dapat bersedia dengan ilmu ini sebelum melahirkan anak.

Kenapa Lekapan yang Baik Penting?

Lekapan yang baik penting :

  1. Supaya susu dapat dikeluarkan dengan efisyen dan bayi akan mendapat susu yang mencukupi.
  2. Apabila susu dikeluarkan dengan efisyen, ibu mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat bengkak susu.
  3. Mengelakkan puting payudara ibu melecet dan luka.

Ps: Boleh lihat tanda-tanda bayi sudah cukup susu dalam post di bawah:

Ciri Lekapan yang Baik

Ini ciri lekapan yang baik. Boleh perhatikan ciri-ciri ini semasa bayi menyusu.

  • Mulut bayi terbuka luas
  • Bibir bayi terjuih keluar sedikit
  • Lebih banyak aerola kelihatan di atas mulut berbanding di bawah mulut
  • Dagu bayi menyentuh payudara.
Deep latch lekapan yang baik

Semasa menyusu dengan lekapan yang baik juga, ibu perlu perhatikan:

  • Bunyi hisapan yang perlahan dan bunyi menelan susu secara beritma (berselang-seli)
  • Pipi bayi kembung

Boleh refer video di bawah.

Cara Mendapatkan Lekapan yang Baik (Deep Latch)

Sebenarnya lebih mudah untuk faham tentang cara untuk mendapatkan lekapan yang baik melalui video tadi.

Persediaan awal:

  1. Ibu mesti berada dalam keadaan yang selesa
    Pastikan bersandar dengan selesa dan letak bantal di belakang pinggang.
  2. Pusing badan bayi supaya SELURUH badan bayi menghadap ke arah ibu.
    Perut bayi ketika ini perlu bersentuh dengan perut ibu.
  3. BAWA BAYI KE PAYUDARA. (Bukan payudara kepada bayi).
    Bermaksud, ibu pastikan terus bersandar.
    Gerakkan bayi ke arah payudara ibu, bukan ibu yang membongkok dan gerakkan badan ke mulut bayi.
  4. Sebelah tangan ibu menyokong kepala bayi dan sebelah tangan lagi menyokong payudara.

Kemudian, masa untuk dapatkan lekapan yang baik (deep latch):

Lekapan yang baik semasa menyusu
  1. Dagu bayi menyentuh payudara.
  2. Halakan puting payudara ke bahagian bibir atas bayi iaitu bahagian di antara hidung dan bibir atas bayi.
  3. Tunggu sehingga bayi mengangakan mulut dengan sendirinya.
    Ini akan mengambil sedikit masa.

    Apabila bayi mengangakan mulut, cepat-cepat tolak kepala bayi supaya aerola masuk ke mulut bayi.
    Bahagian bawah aerola sepatutnya berada lebih banyak di dalam mulut bayi berbanding aerola bahagian atas. me

Selepas baca 6 langkah di atas, saya sarankan ibu-ibu tonton sekali lagi dan perhatikan sekali lagi apa yang berlaku dalam video tadi.

InsyaAllah akan lebih mudah faham.

Tanda-tanda Awal Bayi Mahukan Susu.

Ini juga penting untuk ibu-ibu tahu dan kenalpasti kerana jika diperhatikan, langkah di atas, ibu-ibu perlukan masa untuk bayi buka sendiri mulut selepas ibu merangsang bibir atas bayi dengan puting payudara.

Oleh itu, penting untuk ibu mula beri susu kepada bayi selepas melihat tanda awal bayi ingin menyusu.

Bayi menangis sebenarnya menunjukkan tanda lewat untuk menyusukan bayi.

Jika bayi sudah menangis, perkara yang perlu ibu lakukan dahulu adalah pujuk bayi.

Selepas bayi lebih tenang, barulah cuba sekali lagi untuk dapatkan lekapan yang baik.

Apakah tanda awal itu?
Boleh baca artikel di bawah:

Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu yang baru pertama kali ingin menyusukan anak untuk mendapatkan lekapan yang baik semasa menyusukan anak.

Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.

Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:

https://www.instagram.com/cozy_lady/

Jemput join FB Support Group ini, tekan link ini:

https://www.facebook.com/groups/Malaysiabreastfeedingsupportgroup/

Malaysia Breastfeeding Support Group

Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:

http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire

Baju Menyusu Selak

Setiap pembelian anda di Cozy Lady amat bermakna buat kami.

Sebahagian daripada pembelian anda akan kami gunakan untuk menyumbang kembali kepada komuniti ibu menyusu melalui penulisan di blog, FB group dan video di Youtube.

Mari sertai komuniti Cozy Lady untuk menjadi antara yang terawal mendapat update tentang new post di blog ini. Masukkan nama dan email dalam kotak di bawah

Jom sertai Komuniti Cozy Lady

Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini