Tanda Awal Bayi Mahu Menyusu
Bayi yang masih kecil belum pandai berkata-kata. Mereka hanya menunjukkan tanda-tanda dengan gerak badan untuk berkomunikasi dengan ibu bapa.
Seperti yang diterangkan dalam post yang lepas, penting untuk ibu tahu tanda awal bayi mahu menyusu.
Hal ini demikian kerana, lekapan yang baik memerlukan sedikit masa untuk bayi mengangakan mulut dengan sendirinya.
Kesilapan yang biasa dilakukan adalah memberikan bayi susu (melalui payudara) apabila bayi sudah menangis.
Menangis adalah tanda lewat untuk menyusukan bayi.
Kebanyakan ibu mengatakan bahawa bayi mereka menangis dan tidak mahu latch apabila diberikan puting payudara.
Sekiranya perkara ini berlaku, pujuk bayi terlebih dahulu dengan memeluk dan mendukung bayi. Selepas tangisan bayi sedikit reda, barulah cuba kembali untuk latch kan bayi.
Boleh lihat video dan baca cara untuk dapatkan lekapan yang baik dalam post di bawah:
Tanda-tanda Awal Bayi Mahu Menyusu
Mari lihat apa tanda-tanda awal bayi mahu menyusu.
Berikut merupakan beberapa tanda awal bayi mahu menyusu.
Ibu-ibu perlu cekap mengenalpasti tanda-tanda ini.
Sejurus melihat tanda-tanda awal bayi ingin menyusu, sebagai contoh, bayi mula mengeluarkan lidah dan mencari payudara, ibu -ibu boleh mula posisikan bayi dengan posisi yang ibu selesa dan mula latch kan bayi pada payudara.
Oleh sebab itu, adalah baik jika ibu tidur bersama dengan bayi sejak dari awal kelahiran agar dapat mengesan tanda-tanda ini dengan cepat.
Normal ke Bayi Menyusu Setiap Sejam atau Dua Jam?
Kapasiti perut bayi sangat kecil pada awal kelahiran. Seperti yang Dr Hairin Anisa sentiasa katakan, kapasiti perut bayi hanya 3-5ml pada hari pertama kelahiran.
Susu ibu juga cepat hadam berbanding susu formula. Oleh itu, adalah normal untuk bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu setiap sejam atau setiap dua jam.
Anak kerap menyusu bukan tanda bayi tidak cukup susu.
Pengalaman saya sewaktu melahirkan anak pertama dulu, ramai orang sekeliling* yang meminta saya top up susu formula kerana anak mahu menyusu setiap satu ke dua jam.
Kata mereka, anak tidak puas menyusu dan tidak tidur lama kerana susu saya sedikit, tak cukup untuk bayi.
*(ibu berpantang biasanya ada orang datang membantu).
Perkara ini sangat menjatuhkan motivasi saya.
Oleh itu, penting untuk ibu-ibu faham sebab anak kerap menyusu terutamanya pada awal kelahiran.
Ianya adalah normal.
Perkara yang perlu ibu lakukan adalah terus menyusukan bayi mengikut permintaan bayi.
Apabila bayi menunjukkan tanda-tanda mahu menyusu seperti di atas, berikan sahaja payudara untuk bayi menyusu.
PENTING: Menyusukan bayi dengan kerap dan mengikut demand bayi juga adalah faktor yang menyebabkan susu bertambah seiring dengan keperluan bayi yang semakin membesar.
Juga, jika ibu-ibu masih risau, boleh semak adakah bayi mendapat cukup susu, boleh baca lanjut artikel di bawah:
Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu memahami ‘baby feeding cues’ dan dapat melekapkan bayi ke payudara sebelum bayi memberi tanda akhir ingin susu iaitu menangis.
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Jemput join FB Support Group ini, tekan link ini:
https://www.facebook.com/groups/Malaysiabreastfeedingsupportgroup
Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire