Breastfeeding

Resepi Susu Kurma untuk Ibu Menyusu

Kongsikan Artikel Ini

Bulan Ramadhan semakin hampir. Ramai ibu-ibu menyusu sudah mula ganti puasa.

Dan sudah tentu ibu menyusu perlukan tenaga yang mencukupi kerana ibu perlu menyusu dalam masa yang sama, serta perlu berpuasa selama 13 jam.

Saya kongsikan resepi susu kurma ditambah dengan rolled oat yang sering saya lakukan.

Oat ialah milk booster saya dan saya memang akan cuba tambah oat dalam semua smoothies yang saya buat semasa masih menyusu dulu.

Lain orang lain makanan penambah susu. Oleh itu boleh cuba dan lihat kesannya.

Milk booster ni sebenarnya hanya pembantu sampingan.

Jika ibu-ibu tidak kerap kosongkan breast dengan kerap menyusu atau kerap pam susu, milk booster ini tidak akan membantu dan tidak memberi apa-apa kesan.

Rolled oat dalam resepi ni sebenarnya akan bantu ibu-ibu kenyang lebih lama. Tetapi jika minum untuk sahur, pastikan ada makanan lain selain susu kurma ini kerana susu kurma ini sahaja tidak cukup untuk membekalkan ibu tenaga untuk seharian berpuasa sambil menyusu.

Bahan-bahan Susu Kurma

  • 6 biji kurma
    Jika guna kurma yang kering, boleh rendam dulu dalam air untuk melembutkannya.
  • 3 sudu besar rolled oat.
    Saya suka guna rolled oat berbanding instant oat atau quick oat kerana ia kurang diproses.
  • 1 cawan susu segar
    Boleh juga guna air dan susu tepung.

Cara penyediaan:

  1. Campur semua bahan ke dalam blender.
  2. Blend sehingga semua bahan hancur.

Rolled oat tu boleh letak mentah tanpa perlu dimasak terlebih dahulu. Jangan risau sebab rasanya sedap je, tak ada rasa oat mentah pun.

Boleh kurangkan atau tambah bilangan kurma tu ikut tahap kemanisan yang ibu-ibu mahukan.

Selamat mencuba 🙂

Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.

Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:

https://www.instagram.com/cozy_lady/

Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:

http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire

Mari sertai komuniti Cozy Lady untuk menjadi antara yang terawal mendapat update tentang new post di blog ini. Masukkan nama dan email dalam kotak di bawah

admin

View Comments

Recent Posts

Susu Beku Cair – Adakah Boleh dibekukan Kembali?

Insiden stok susu beku cair adalah mimpi ngeri semua para ibu menyusu. Masakan tidak, stok…

5 years ago

Tambah Susu Badan yang Dipam: Teknik Breast Compression untuk Menambah Kelajuan Aliran Susu

Ramai yang bertanya tentang aliran susu ibu yang perlahan serta cara tambah susu badan yang…

5 years ago

Cara Menguruskan EBM (Susu Perahan) Semasa Travel

Sebagai ibu, sudah tentu kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun terpaksa travel beberapa hari…

5 years ago

Covid-19 : Kutipan Sumbangan untuk Food Bank

Kali terakhir kami buat charity adalah kutipan baju menyusu terpakai, yang mana baju-baju ini dijual…

6 years ago

Cara Hilangkan Bengkak Susu

Bengkak susu adalah situasi yang kerap berlaku kepada ibu yang menyusukan bayi terutamanya pada awal…

6 years ago

Cooler Bag yang Muat Breastpump Spectra S1

Kebiasannya, ibu-ibu akan memilih saiz pam yang kecil supaya mudah dibawa ke tempat kerja. Tetapi…

6 years ago