Cara Beri Bayi Susu Perahan Tanpa Gunakan Botol Susu
Penggunaan botol susu terlalu awal iaitu pada 4 minggu pertama kelahiran bayi adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan bayi mengalami kekeliruan puting (nipple confuse).
Pada 4 minggu terawal, bayi masih dalam fasa membiasakan dan memahirkan diri untuk mendapatkan susu pada payudara.
Seperti yang kita tahu, bayi menggunakan banyak otot pipi dan lidah untuk mengeluarkan susu daripada payudara ibu.
Dengan kata lain, bayi perlu bekerja keras untuk mendapatkan susu daripada payudara.
Ini berbeza dengan penggunaan botol susu di mana bayi hanya menggunakan gusi dan sedikit gerakan bibir sahaja untuk mengeluarkan susu.
Oleh itu, apabila diberikan botol susu terlalu awal, bayi akan mendapati penggunaan botol lebih mudah.
Bayi akan memilih botol susu dan mula menolak payudara ibu. Ini adalah situasi nipple confuse.
EBM – Expressed Breast Milk.
Susu ibu yang diperah daripada payudara menggunakan pam atau tangan untuk diberikan kepada bayi.
Sekiranya semasa awal kelahiran bayi memerlukan ibu untuk membekalkan bayi EBM, elakkan penggunaan botol.
Ibu-ibu boleh gunakan salah satu daripada peralatan di bawah:
Alat Beri Susu #1: Cawan
Ini adalah cara yang paling popular dan digunakan di kebanyakan hospital untuk membekalkan bayi susu sekiranya bayi warded (berjauhan dengan ibu).
Cawan apa yang sesuai guna? Cuba cari apa-apa cawan kecil yang berdinding nipis dan tidak tajam pada sekeliling cawan.
Cara yang betul untuk beri bayi susu menggunakan cawan:
- Bayi dipegang supaya berada dalam posisi duduk (bukan baring).
- Susu daripada cawan tidak perlu dituang ke dalam mulut bayi kerana ia akan menyebabkan bayi tersedak.
- Ibu cuma perlu letakkan susu pada hujung cawan, dan rapatkan cawan ini pada bibir bayi.
- Bayi akan hisap/ jilat sendiri susu ini daripada hujung cawan.
Alat Beri Susu #2 : Picagari
Ini juga cara yang banyak disarankan kerana picagari agak mudah diperoleh di mana-mana farmasi dan harganya murah.
Cari picagari yang bersaiz kecil, iaitu saiz 3ml atau 1ml.
Hal ini demikian kerana picagari bersaiz kecil, hanya mengeluarkan susu dalam kuantiti yang sedikit walaupun piston picagari ditekan banyak.
Penggunaan picagari bersaiz kecil ini sesuai kerana dapat mengelakkan bayi tersedak.
Caranya, usap bibir atas bayi, dan bayi akan buka mulut. Ketika ini, titiskan sedikit susu ke dalam mulut bayi.
Penting:
Ada risiko piston ditekan terlalu banyak dan susu memancut ke tekak bayi.
Untuk elakkan perkara ini berlaku, halakan muncung picagari ke arah pipi bayi dan tekan piston picagari perlahan-lahan. Cukup sekadar susu menitis dan tidak memancut keluar.
Alat Beri Susu #3 : Sudu
Cara berikan bayi susu melalui sudu sama seperti cawan tadi, iaitu ibu tidak perlu tuang susu ini ke dalam mulut bayi, cukup sekadar merapatkan bibir bayi kepada sudu yang berisi susu. Bayi akan hisap atau jilat sendiri susu tersebut.
Boleh guna apa-apa sudu cuma pastikan sekeliling sudu tidak tajam.
Alat Beri Susu #4 : Dropper
Dropper ini saya dapat daripada ubat Appeton. Boleh cuba cari di farmasi jika ibu nak cuba beri susu dengan menggunakan dropper.
Ia sama seperti picagari tadi tetapi susu lebih mudah dikawal.
Titiskan sedikit dalam mulut bayi selepas usap bibir atas bayi.
Alat Beri Susu #5 : Sudu Puree Bayi
Sudu jenis ini biasanya digunakan untuk memberi puree kepada bayi.
Ibu boleh gunakan sudu jenis ini untuk beri bayi susu.
Caranya sama seperti sudu dan cawan tadi, iaitu ibu tidak perlu tuang susu ini ke dalam mulut bayi, cukup sekadar merapatkan bibir bayi kepada sudu yang berisi susu, bayi akan hisap sendiri susu tersebut.
Diharapkan perkongsian ini membantu ibu-ibu yang perlu memberi bayi susu perahan tanpa menggunakan botol untuk mengelakkan nipple confuse (atau keliru puting)
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang bakal mendapat cahaya mata, semoga ia membantu mereka sekiranya mereka terpaksa beri susu perahan kepada bayi atas apa-apa sebab.
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire
Setiap pembelian anda di Cozy Lady amat bermakna buat kami.
Sebahagian daripada pembelian anda akan kami gunakan untuk menyumbang kembali kepada komuniti ibu menyusu melalui penulisan di blog, FB group dan video di Youtube.