Cara Atasi Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse)

Kongsikan Artikel Ini

Nipple confuse atau kekeliruan puting adalah keadaan di mana bayi lebih sukakan puting botol susu berbanding puting payudara ibu dan mengalami kesukaran (atau akan terus menolak) menghisap susu melalui puting payudara ibu.

Mengapa ia terjadi?

Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada keadaan ini:

  1. Bayi diberi puting tiruan (pacifier) atau botol susu terlalu awal.
  2. Hisapan puting botol lebih mudah. Apabila bayi sudah selesa dengan hisapan botol, bayi akan menolak hisapan pada payudara kerana hisapan pada payudara lebih sukar
Tips elakkan nipple confuse

Salah satu cara untuk elakkan nipple confuse adalah dengan mengelakkan pemberian susu kepada bayi melalui botol terutamanya pada 4 minggu terawal selepas kelahiran bayi.

Ibu-ibu perlu melakukan perkara ini, supaya bayi biasa dengan hisapan pada payudara dan seterusnya memahirkan hisapan pada payudara.

Hisapan susu melalui payudara, memerlukan bayi menggunakan otot pipi dan lidah untuk menekan payudara ibu sehingga susu keluar
(biasanya mengambil masa lebih kurang 1 minit)

Berbeza dengan hisapan susu pada botol susu, dengan bantuan graviti, bayi hanya perlu menggerakkan sedikit bibir untuk mendapatkan susu.

Jauh bezanya bukan?

Hisapan pada payudara lebih banyak menggunakan otot mulut dan lidah, lebih sukar berbanding hisapan puting botol.

Bila terbiasa dengan hisapan yang lebih mudah pada botol susu, sudah tentu bayi akan memilih botol susu dan mula menolak hisapan pada payudara.

Walaubagaimana pun, jika bayi sudah mengalami nipple confuse dan lebih sukakan puting botol berbanding menyusu pada payudara, jangan risau kerana ibu-ibu masih boleh pujuk bayi untuk direct feeding atau menghisap susu pada payudara semula.

Atasi nipple confuse keliru puting

Berikut merupakan 6 langkah yang perlu ibu-ibu lakukan untuk atasi nipple confuse dan pujuk bayi menyusu semula di payudara.

Saya terangkan langkah tersebut di bawah:

Cara Atasi Nipple Confuse #1 : Hentikan penggunaan botol susu.

Penggunaan botol susu yang terlalu awal sebelum bayi mahir dan selesa dengan hisapan pada payudara adalah punca kenapa bayi tidak mahu menyusu pada payudara.

Seperti yang diberitahu tadi, bayi perlu bekerja keras dan menggunakan semua otot mulut untuk menghisap susu pada payudara. Oleh sebab itu, bayi lebih mahu botol susu kerana hisapan botol susu lebih mudah.

Langkah pertama yang perlu ibu buat adalah hentikan penggunaan botol susu serta merta.

Ada cara lain untuk memberikan bayi susu perahan sementara menunggu bayi mahu menghisap payudara semula.

Boleh lihat lebih lanjut dalam artikel di bawah:

Dalam masa yang sama, ibu perlu tahu cara untuk dapatkan lekapan yang baik kerana ia memerlukan teknik yang betul supaya bayi mendapat deep latch yang tidak menyakitkan puting payudara ketika bayi menyusu.

Apakah teknik dan ciri lekapan yang baik? Boleh baca artikel di bawah:

Cara Atasi Nipple Confuse #2: Skin to Skin.

Atasi nipple confuse keliru puting

Skin to skin adalah keadaan di mana ibu memeluk bayi di dada tanpa memakai baju dan pakaian dalam. Bayi juga tidak dipakaikan baju. Jadi kulit bayi bersentuh dengan kulit ibu.

Boleh tutup badan bayi dengan selimut atau kain nipis jika bayi kesejukan.

Kaedah ini bertujuan untuk:

  • Membantu bayi mengenali payudara ibu adalah tempat yang selamat dan tenang.
  • Membiasakan bayi dengan bau susu pada payudara ibu.

Ibu-ibu perlu lakukan skin to skin setiap hari selama mana yang boleh. Lebih kerap lebih baik.

Cara Atasi Nipple Confuse #3: Pujuk Bayi

Semasa skin to skin, ibu-ibu boleh bercakap dengan bayi. dan memujuk bayi untuk menghisap susu pada payudara.

Usap kepala bayi sambil bercakap dengan bayi. Pujuk bayi untuk hisap susu pada payudara.

Elakkan memaksa bayi untuk menghisap payudara.

Semasa mencuba untuk latch kan bayi pada payudara, jika bayi mula meraung dan menolak, hentikan dahulu usaha tersebut. Jauhkan bayi daripada payudara seketika dan tenangkan bayi. Berikan bayi susu dengan cara lain sementara waktu, tetapi elakkan penggunaan botol susu.

Langkah tersebut penting, kerana jika dibiarkan bayi menangis pada payudara terlalu kerap, bayi berkemungkinan akan declare kawasan payudara sebagai ‘war zone’ yang tidak disukainya.

Dan ini akan lebih menyukarkan proses memujuk payi kembali menghisap pada payudara.

Jauhkan daripada payudara seketika, tidak bermaksud ibu tidak boleh memegang bayi. Cukup sekadar ibu memegang bayi rapat ke dada tanpa memaksa puting payudara ke mulut bayi seketika.

Cara Atasi Nipple Confuse #4 : Beri Payudara Apabila Bayi Menunjukkan Tanda Awal Mahu Menyusu

Tips keempat, elakkan memberi payudara kepada bayi ketika bayi sudah terlalu lapar.

Menangis adalah tanda akhir bayi mahukan susu dan ini tanda bayi sudah terlalu lapar.

Pastikan ibu mula cuba beri payudara dan dapatkan lekapan yang baik semasa bayi menunjukkan tanda-tanda awal mahukan susu.

Pada waktu ini, bayi masih tenang dan ibu juga lebih tenang untuk memposisikan bayi dengan baik pada payudara supaya dapat lekapan yang baik.

Apakah tanda-tanda awal bayi mahu menyusu?

Boleh refer artikel di bawah:

Jadi apabila nampak tanda-tanda awal ini, terus dukung dan posisikan bayi dengan betul supaya dapat lekapan yang baik.

Namun begitu, jika ibu terlepas tanda awal ini dan bayi sudah mula menangis, ibu boleh beri sedikit susu kepada bayi sebagai alas perut (sedikit sahaja, bukan sehingga bayi kenyang). Ingat, jangan gunakan botol. Gunakan cara alternatif yang dicadangkan dalam artikel di atas.

Apabila bayi sudah agak tenang, ibu boleh cuba berikan bayi payudara.

Cara Atasi Nipple Confuse #5 : Beri Bayi Susu Apabila Susu Mula Keluar.

Bantu bayi untuk menjadikan beberapa sesi awal lebih mudah untuk bayi mendapat susu.

Kebiasaannya, bayi perlu menghisap pada payudara selama lebih kurang 30 saat ke satu minit sebelum susu mengalir keluar. Ada waktunya lebih cepat.

Untuk bayi yang nipple confuse, adalah baik jika ibu marmet (teknik perahan susu dengan tangan) sehingga susu mula menitis keluar.

Titiskan susu ini sedikit pada bibir bayi.

Ini bertujuan untuk menarik perhatian bayi supaya menghisap pada payudara. Seterusnya, ibu boleh mula posisikan bayi dengan betul dan mula lekapkan bayi pada payudara.

Cara ini sebenarnya untuk permulaan sahaja, sehingga bayi mula biasa dan tidak menolak lagi hisapan pada payudara.

Boleh lihat artikel di bawah untuk teknik perahan susu dengan tangan atau marmet:

Cara Atasi Nipple Confuse #6 : Buat Urutan Pada Mulut Bayi (Oral Stimulation)

Hisapan pada payudara memerlukan bayi menggunakan banyak otot pada pipi termasuklah mengunakan lidah untuk menekan payudara bagi mengeluarkan susu.

Urutan ini membantu merangsang lidah dan otot sekitar mulut bayi supaya bayi dapat buat hisapan yang mencukupi pada payudara untuk mengeluarkan susu.

Oral stimulation untuk bayi nipple confuse keliru puting

Caranya:

  1. Gosok pada bahagian dalam pipi bayi. Usap dalam urutan membulat.
  2. Gosok pada lelangit bayi. Bayi akan mula menghisap. Ini akan membantu bayi
  3. Gosok atas lidah bayi dalam urutan membulat.
  4. Urut secara membulat di sekitar luar mulut bayi.

Ulang langkah 1-4 sebanyak 3 kali.

Bila masa yang sesuai untuk lakukan langkah ini?

Cuba lakukan selepas ibu nampak tanda awal bayi ingin menyusu. Ambil sedikit masa untuk buat oral stimulation ini dan kemudian cuba untuk berikan bayi payudara.

Kemas kini pada 26 Ogos : Saya menghadiri kursus Peer Counselor pada 26 Julai 2019 – TIDAK DIGALAKKAN untuk buat oral stimulation walaupun teknik ini dicadangkan oleh kebanyakan peer counselor.
Mulut bayi banyak saraf yang mana dikhuatiri akan terganggu jika oral stimulation dibuat oleh ibu yang sudah tentu tidak mahir dalam urutan ini.
Oral stimulation hanya boleh dilakukan oleh occupational therapist yang terlatih. Jadi, tidak perlu buat langkah ini.

Kesimpulan.

Usaha untuk memujuk bayi kembali menyusu di payudara mengambil masa yang lama.

Oleh itu, penting untuk dapatkan sokongan suami dan orang terdekat supaya boleh terus beri ibu-ibu semangat untuk meneruskan semua langkah di atas sehingga bayi ingin menyusu semula pada payudara.

Langkah 1-5 ini mungkin mengambil masa beberapa hari hingga beberapa minggu.

Terus lakukannya setiap hari sehingga bayi menerima kembali hisapan pada payudara.

Ramai ibu-ibu telah berjaya. Anda juga tentu boleh lakukannya 🙂

Diharapkan perkongsian ini membantu ibu-ibu. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.

Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.

Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:

https://www.instagram.com/cozy_lady/

Join FB support group kami, tekan link ni:

https://www.facebook.com/groups/Malaysiabreastfeedingsupportgroup

Boleh download Free PDF untuk print gambar-gambar seperti dalam artikel ini jika ibu-ibu mahu simpan sebagai rujukan. Masukkan email dan nama, kemudian tekan butang send.

    Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak untuk memudahkan penyusuan, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:

    http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire

    Baju menyusu selak

    Setiap pembelian anda di Cozy Lady amat bermakna buat kami.

    Sebahagian daripada pembelian anda akan kami gunakan untuk menyumbang kembali kepada komuniti ibu menyusu melalui penulisan di blog, FB group dan video di Youtube.

    Jom sertai Komuniti Cozy Lady

    Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini