Petua Puting Luka
Menyusukan anak dalam keadaan puting sedang luka (cracked nipple) adalah satu pengalaman ngeri setiap ibu.
Sakitnya hanya yang pernah merasai sahaja tahu. Memang perit.
Dan dalam kesakitan itu, ibu masih perlu membekalkan bayi susu sama ada melalui menyusu melalui payudara atau pam (sekiranya ibu itu EP mom atau ibu bekerja). Ya, itulah pengorbanan seorang ibu.
Faktor yang menyebabkan puting luka adalah:
- Lekapan (latching) anak yang tidak betul, atau
- Pemilihan saiz corong pam yang salah atau ibu memilih suction yang terlalu kuat dalam tempoh yang lama.
Banyak tips yang dikongsikan untuk puting luka, tetapi ramai yang terlupa langkah pertama yang paling penting, iaitu menghentikan punca puting luka.
Tiada guna jika ibu menyapu krim pada puting payudara tetapi tidak menghentikan punca penyebab puting luka.
Petua seterusnya adalah untuk melegakan puting luka dan membantu ibu menyusukan anak sementara menunggu puting luka itu sembuh.
Petua puting luka #1: Hentikan Punca Puting Luka
Ini perkara pertama yang perlu dilakukan. Jadi, ibu perlu kenalpasti apa penyebab puting luka.
Semak:
- Lekapan bayi.
Adakah lekapan bayi betul? - Jika lekapan ok, semak corong pam, adakah ibu guna saiz corong yang betul?
Atau adakah ibu guna suction yang kuat dalam jangka masa lama sebelum ni?
Untuk lekapan, jika ibu sudah periksa lekapan bayi dan semuanya kelihatan baik, tetapi latching masih ada rasa sakit, cuba lihat jika anak ada tongue tie atau lip tie. Keduanya boleh mengganggu penyusuan.
Boleh lihat cara dapat lekapan yang baik dalam artikel di bawah:
Pengalaman saya menggunakan pam 8 kali sehari (sebab saya EP mom untuk anak pertama), tak pernah alami puting luka kerana saya selesa dengan corong yang digunakan.
Corong yang betul dan suction pam yang selesa tidak akan menyebabkan puting luka walaupun perlu pam setiap 3 jam.
Kebiasaannya, ibu hadapi puting luka kerana menggunakan saiz corong yang tidak betul. Jadi, semak kembali saiz corong pam yang digunakan.
Boleh lihat cara memilih saiz corong pam yang betul dalam artikel di bawah:
Tetapi, jika dilihat saiz corong yang digunakan itu sudah betul, semak adakah ibu-ibu ada terguna suction tinggi dalam tempoh yang lama?
Penting untuk ibu-ibu cuba kenalpasti apa punca puting luka, kemudian hentikan punca tersebut terlebih dahulu sebelum beralih ke petua seterusnya.
Petua seterusnya adalah cara untuk melegakan puting luka.
Petua Puting Luka #2: Guna Nipple Shield Ketika Menyusu
Nipple shield berfungsi sebagai pelindung ketika puting luka dan mengurangkan rasa sakit puting luka semasa menyusukan anak.
Ia berbentuk seperti puting asal dan dilekatkan ke payudara sebelum menyusukan anak.
Pastikan juga nipple shield sentiasa dibasuh dan dikeringkan setiap kali selepas penggunaan. Ini penting untuk mengelakkan pembiakan bakteria.
Apa-apa pun, perlu diingat, ini hanyalah solusi sementara untuk mengurangkan rasa sakit ketika menyusu, ibu masih perlu belajar teknik latching yang betul supaya puting luka tidak berlaku lagi!
Petua Puting Luka #3: Marmet atau Guna Suction Rendah ketika Mengepam
Sekiranya anda adalah EP mom (exclusive pumping mom), ketika puting luka, ibu boleh cuba guna suction rendah ketika mengepam.
Suction tinggi akan menyebabkan puting lebih sakit dan luka, jadi sentiasa gunakan suction rendah walaupun kadang kala mengambil masa yang lebih lama.
Kalau breast masih belum kosong selepas mengepam, boleh marmet perlahan-lahan untuk keluarkan susu selebihnya.
Atau lebih baik jika ibu belajar cara untuk marmet (iaitu perah susu menggunakan tangan) kerana ketika marmet, kita menekan kawasan aerola dan bukan puting. Jadi ibu dapat memerah susu tanpa rasa sakit pada kawasan puting luka.
Boleh refer artikel di bawah untuk belajar teknik perahan tangan atau marmet:
Petua Puting Luka #4: Bilas puting luka menggunakan air garam
Air garam atau saline water berfungsi untuk mengeringkan luka dan menggalakkan penyembuhan.
Untuk memudahkan, boleh gunakan saline solution yang biasanya didapati di farmasi untuk membilas kanta lekap. Cuma pastikan bahan yang tertulis ialah saline water atau 0.9% sodium chloride.
Atau boleh buat campuran air garam sendiri dengan:
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 cawan air suam (lebih kurang 8oz air, boleh sukat guna botol susu anak)
Lap kering menggunakan kain atau tisu bersih selepas membilas puting dengan cara menekap perlahan-lahan.
Petua puting luka #5: Keringkan Puting Selepas Menyusu atau Mengepam
Selepas menyusu atau pam, anginkan puting dan biarkan kering sendiri untuk menggalakkan penyembuhan. Puting luka yang sentiasa dalam keadaan lembap melambatkan proses penyembuhan dan lebih teruk lagi, boleh menjadi sumber pembiakan bakteria dan jangkitan.
Antara tanda-tanda jangkitan sudah berlaku ialah perasaan seperti tidak sihat atau demam dan puting kelihatan bernanah. Puting bernanah merupakan perkara serius, jadi rujuk doktor anda secepat mungkin!
Selain menyusu atau mengepam, perkara yang paling menyakitkan ketika puting luka ialah geseran dengan baju atau kain. Gunakan milk collection cup untuk mengelakkan daripada puting luka lebih teruk. Ini juga memberi sedikit ruang untuk pengudaraan puting ketika di berada di luar seharian.
Antara contoh collection cup yang boleh digunakan ialah seperti di bawah.
Selain memberi ruang pengudaraan, Autumnz milk collection cup juga berfungsi mengumpul susu ibu ketika 'let down reflex' berlaku. Ia boleh dibeli di sini.
Petua puting luka #6: Guna Balm atau Krim untuk Mempercepatkan Penyembuhan
Ini antara petua puting luka yang paling kerap diamalkan. Selepas puting dianginkan, sapu sedikit balm atau krim untuk mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan penyembuhan.
Cuma penting untuk pastikan sama ada krim yang digunakan selamat untuk penyusuan anak atau tidak. Sesetengah krim perlu dibilas terlebih dahulu, manakala ada yang boleh digunakan terus untuk menyusu anak.
Ini adalah contoh krim-krim yang selamat digunakan terus untuk menyusu anak.
Sebaiknya lap sedikit lebihan sisa krim tetapi tidak perlu basuh dan bilas puting payudara sebelum susukan anak.
Saya pernah guna Medela Purelan 100 tu sahaja, jadi saya tidak dapat kongsikan tentang krim jenama lain. Setakat yang saya guna, Purelan 100 itu memang berkesan dan mempercepatkan penyembuhan puting luka.
Kesimpulan
Kesimpulannya, puting luka memang memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia selalunya berlaku ketika anak masih kecil dan kerap menyusu.
Amalkan petua puting luka di atas dan yang paling penting, sentiasa awasi akan kemungkinan berlaku jangkitan daripada luka tersebut.
Sekiranya puting luka disebabkan thrush atau jangkitan kulat pada puting payudara, cepat-cepat berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Boleh download Free PDF untuk print gambar-gambar seperti dalam artikel ini jika ibu-ibu mahu simpan sebagai rujukan. Masukkan email dan nama, kemudian tekan butang send.
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak untuk memudahkan penyusuan, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire