Marmet – Teknik Perahan Tangan
Seperti yang kita tahu, mulut bayi adalah cara paling efektif untuk keluarkan susu daripada payudara.
Semasa menyusu, bayi menggunakan otot pipi dan lidah untuk menekan aerola dan menyedut susu. Jadi, ini cara paling baik untuk mengeluarkan susu daripada payudara.
Susu kolostrum pada awal kelahiran, cirinya sangat likat pekat seperti gam dan dapat dikeluarkan dengan baik oleh sedutan mulut bayi sahaja.
Sebab itu pada awal kelahiran, ibu tidak perlu sibukkan diri mengepam susu. Ibu hanya perlu fokus untuk dapatkan lekapan yang baik dan susukan anak pada payudara sahaja.
Jika ibu terpaksa berjauhan dengan bayi, sebagai contoh, bayi dimasukkan ke wad kerana jaundice, ibu boleh memerah susu kolostrum dengan perahan tangan (marmet).
Pada awal kelahiran, perahan tangan (atau marmet) lebih efektif untuk mengeluarkan susu kolostrum berbanding pam kerana sifatnya yang pekat dan likat ini.
Jadi, adalah baik jika ibu pelajari teknik perahan susu dengan tangan kerana ia sangat berguna ketika awal kelahiran.
Marmet – Teknik Efektif untuk Keluarkan Susu
Marmet atau teknik perahan susu dengan menggunakan tangan adalah teknik yang sangat berkesan untuk mengeluarkan susu daripada payudara.
Selepas hisapan bayi, marmet teknik kedua yang efektif mengeluarkan susu daripada payudara. Selepas itu barulah pam susu.
Saya selalunya akan akhiri setiap sesi pam dengan marmet, kerana pam susu tidak mampu mengosongkan payudara dengan baik sebaik mulut bayi. Boleh refer artikel ini:
Kenapa Penting Belajar Marmet
Bagi saya, penting untuk semua ibu belajar dan cuba praktis teknik perahan tangan atau marmet ini.
Ia akan jadi penyelamat jika ibu tertinggal pam susu (atau bahagian pam) di rumah dan perlu perah susu di pejabat tanpa pam.
Ibu-ibu yang direct feeding juga boleh belajar dan praktis cara untuk marmet. Jadi ibu tidak perlu pun beli pam susu. Direct feeding sahaja bayi, tetapi jika ada keadaan kecemasan yang memerlukan ibu perah susu, ibu boleh marmet sahaja.
Langkah-langkah Marmet.
Seperti biasa, sebelum memulakan marmet, cuci kedua-dua tangan ibu.
Ambil 1 bekas. Boleh guna botol susu atau cup handsfree.
Ibu boleh bersandar dan duduk dalam keadaan selesa. Penting untuk berada dalam keadaan selesa sebelum menyusu atau memerah susu kerana ini akan melancarkan pengeluaran susu.
Mulakan dengan urutan pada payudara selama 1 minit untuk dapatkan let down reflex. Boleh refer gambar di bawah:
Kemudian boleh mula marmet dengan langkah di bawah:
Semasa marmet, dua jari ini tidak perlu diangkat. Hanya perlu tekan ke arah badan, lepas tu slide ke arah puting sambil menekan.
Ada yang mencadangkan untuk guna opposite hand (maksudnya jika perah payudara kanan, guna tangan kiri).
Tetapi pengalaman saya sendiri, ok sahaja marmet dengan mana-mana tangan. Dan bagus jika ibu biasakan diri untuk marmet dengan kedua-dua belah tangan, bila lenguh dengan tangan kiri, boleh tukar marmet dengan tangan kanan.
Marmet – Kenapa Saya Buat Tak Keluar Susu?
Teknik marmet yang betul adalah tekanan diberi pada luar aerola, bukan pada puting.
Jika aerola ibu besar, ibu boleh tekan pada jarak dua jari daripada puting. (ini lebih kurang 1 inci daripada puting)
Jadi, jika susu tidak keluar, semak kembali tempat ibu letakkan jari. Bukan pada puting tetapi pada jarak 2 jari daripada puting.
Normal untuk beberapa tekanan pertama tidak mengeluarkan susu. Teruskan tekan seperti teknik di atas sehingga susu keluar.
Penting untuk mulakan dengan breast massage dulu, kemudian boleh marmet sehingga susu keluar.
Panduan Video
Selepas baca langkah-langkah di atas, ibu boleh tonton video ni untuk lebih faham cara untuk marmet.
Penting untuk ibu praktis beberapa kali. Jangan risau jika kekok untuk beberapa sesi pertama, lama-kelamaan ibu akan biasa dengan teknik ni.
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Join FB support group kami – Malaysia Breastfeeding Support Group 🙂
Tekan link di bawah untuk join.
https://www.facebook.com/groups/Malaysiabreastfeedingsupportgroup
Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak untuk memudahkan penyusuan, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire
Setiap pembelian anda di Cozy Lady amat bermakna buat kami.
Sebahagian daripada pembelian anda akan kami gunakan untuk menyumbang kembali kepada komuniti ibu menyusu melalui penulisan di blog, FB group dan video di Youtube.