6 Resepi Sarapan Pantang
Ibu berpantang perlu mendapatkan makanan berkhasiat dan ia perlulah menu yang mudah untuk disediakan.
Saya memilih 6 resepi ini kerana faktor mudah disediakan dan bahan-bahannya terdiri daripada bahan berkhasiat seperti rolled oat, kurma dan susu segar.
Bila mudah disediakan, suami pun boleh bantu sediakan sebelum ke tempat kerja.
Oat memang terkenal sebagai makanan penggalak susu (milk booster). Ia juga kaya dengan iron dan serat dan sangat bagus diamalkan di dalam tempoh berpantang.
Sebaiknya guna rolled oat kerana ia adalah oat yang kurang diproses berbanding instant atau quick oat. Jenama Pristine ini yang saya selalu gunakan kerana ia murah berbanding jenama Quaker Oat.
Ibu-ibu boleh dapatkan resepi penuh beserta manual berbentuk video untuk kesemua 6 sarapan pantang ini pada hujung artikel ini.
Download percuma, dan boleh print untuk ditampal pada peti sejuk. Jadi suami pun boleh bantu untuk sediakan.
Sarapan Pantang #1: Susu Kurma
Resepi ni pernah saya kongsikan dalam entri dalam blog ini untuk ibu menyusu minum pada waktu sahur.
Beza resepi ini dengan kebanyakan resepi susu kurma lain adalah tambahan rolled oat di dalamnya yang menjadikannya lebih mengenyangkan.
Bahan-bahan: Kurma, rolled oat, susu segar.
Sarapan Pantang #2: Susu Badam
Minuman ini mudah disediakan dan berkhasiat. Hanya perlu rendam badam semalaman, kemudian masukkan badam, susu segar dan kurma ke dalam blend dan blend halus.
Ibu-ibu boleh minum susu badam ini dengan apa-apa makanan ringkas lain untuk sarapan seperti roti bakar.
Bahan-bahan: Badam mentah, susu segar, kurma.
Sarapan Pantang #3 : Bubur Ayam Simple
Bubur ayam yang saya share dalam resepi ini adalah bubur ayam versi campak dalam slow cooker dan siap dihidang selepas beberapa jam di masak dalam slow cooker.
Alternatif jika tiada slow cooker, ibu-ibu boleh masak dalam periuk yang diletak atas api dapur, kemudian direneh dengan api kecil sehingga beras masak dan hancur.
Bahan-bahannya juga mudah dan ringkas : Beras, ayam, bawang putih, halia. Boleh tambah apa-apa sayur pilihan.
Sarapan Pantang #4 : Lempeng Oat Kelapa
Lempeng kelapa agak sinonim dengan ibu berpantang. Ia kerap menjadi pilihan makanan petang atau sarapan para ibu kerana mudah disediakan dan mengenyangkan.
Dalam resepi ini, saya ubahsuai sedikit dengan menukar tepung gandum dengan rolled oat. Jadi ia lebih berkhasiat.
Bahan-bahan: Rolled oat, susu segar, kelapa parut, madu, baking powder dan secubit garam.
Sarapan Pantang #5 : Homemade Granola
Granola adalah oat yang dibakar dengan madu dan butter. Rasanya sama seperti cereal yang selalu kita makan untuk sarapan, cuma ianya versi yang jauh lebih sihat kerana bahannya adalah rolled oat.
Rolled oat ini selain daripada tinggi serat dan zat besi, ia juga mempunyai glisemik indeks yang rendah, bermaksud glukosa diurai dengan lebih perlahan, menjadikan kita kenyang lebih lama.
Anak-anak saya pun sangat sukakan granola ni dan sejak buat sendiri granola, saya sudah tidak beli cereal yang kurang sihat (seperti Koko Krunch dan Cornflakes) di pasaran.
Bahan-bahan : Rolled oat, madu, butter, kismis.
Sarapan Pantang #6 : Overnight Oat.
Overnight oat ini sangat sinonim dengan menu untuk kuruskan badan.
Tetapi saya tetap masukkan sekali resepi overnight oat dalam 6 resepi sarapan pantang pilihan kerana ia sangat berkhasiat, mengenyangkan dan sangat mudah disediakan.
Ibu berpantang tidak digalakkan untuk minum dan makan makanan sejuk, jadi untuk overnight oat, bawa keluar daripada peti sejuk 30 minit sebelum makan untuk menghilangkan sejuknya.
Download Ebook Resepi Sarapan Pantang
Saya tuliskan resepi dalam ebook ini untuk memudahkan ibu-ibu download, print dan rujuk jika perlukan idea sarapan untuk tempoh 44 hari berpantang nanti.
Caranya mudah sahaja, masukkan nama dan email, kemudian tekan butang send. Ebook resepi sarapan pantang ini akan dihantar ke email anda.
Video Resepi Sarapan Pantang
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak untuk memudahkan penyusuan, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire
Setiap pembelian anda di Cozy Lady amat bermakna buat kami. Sebahagian daripada pembelian anda akan kami gunakan untuk menyumbang kembali kepada komuniti ibu menyusu melalui penulisan di blog, FB group dan video di Youtube.