Lactation Cookie – Resepi Biskut Tambah Susu Ibu
Sekarang sangat banyak biskut tambah susu badan di pasaran. Bahan utama resepi lactation cookie ini adalah bahan yang dikatakan menambah susu seperti rolled oat, brewer’s yeast, halba dan kurma.
Semua bahan-bahan ini sebenarnya sangat mudah diperoleh, jadi jika ibu ada kelapangan masa untuk menyediakan sendiri lactation cookie atau biskut tambah susu ini, boleh cuba resepi lactation cookie ini.
Post berkaitan: Cara Beri Bayi Susu Perahan Tanpa Menggunakan Botol
Saya lebih suka biskut yang dibuat sendiri seperti ini sebab kita boleh kawal kandungan gula yang terdapat dalam biskut.
Kebanyakan lactation cookie yang saya sudah cuba, rasanya manis. Dan apabila manis, sudah tentu kalori nya tinggi.
Ps: makan terlalu banyak makanan berkalori tinggi antara penyebab ibu menyusu naik berat badan walaupun sedang menyusu. Jadi perlu kurangkan makanan manis dan berminyak yang tinggi kalori.
Resepi biskut ini juga saya suka kerana ia tidak menggunakan tepung dan menggunakan rolled oat.
Kenapa rolled oat lebih baik? Kerana oat mempunyai serat yang tinggi, di mana ia membantu ibu-ibu untuk kenyang lebih lama. Rolled oat tau, bukan instant oat.
Resepi Lactation Cookie
Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan:
- 2 cawan rolled oat
- 1 cawan badam (direndam semalaman)
- 1/3 cawan flax seed
- 1 susu kecil baking powder
- 1 cawan kurma (buang biji)
- 1/2 cawan madu (boleh kurangkan kalau nak kurangkan kemanisan biskut ini)
- 2 sudu besar halba (fenugreek seed)
- 2 sudu besar brewer’s yeast
- 1/2 cawan minyak kelapa
- 4 biji telur
Brewer’s yeast tu boleh dibeli di pasaraya besar seperti Aeon Big atau Jaya Grocer.
Flax seed ada di kebanyakan pasaraya besar. Boleh cuba cari di rak barangan organik atau makanan kesihatan.
Cara-cara penyediaan:
Mudah sangat sebenarnya nak buat biskut ni. Anda cuma perlu kisar beberapa bahan. Kemudian satukan bahan-bahan ini dalam satu bekas sehingga sebati.
Kemudian bakar dalam oven atau air fryer. Saya guna air fryer sebab ini sahaja ada di rumah. Jika anda guna oven, boleh try and error untuk cari suhu dan masa membakar yang sesuai supaya biskut masak dan tak hangus ketika dibakar.
Print Resepi Ini
Anda boleh masukkan email dalam kotak di bawah dan tekan submit. Kami akan emailkan anda resepi ini untuk memudahkan anda print dan lihat semasa ingin menyediakan biskut ini nanti.
Untuk cara penyediaan, boleh lihat video ini:
Selamat mencuba. Bagi yang dah cuba, kongsikan gambar dengan kami, tag kami di Instagram @cozy_lady ya 🙂
Biskut Tambah Susu hanya berkesan jika…
Tiada jalan pintas untuk tambah susu. Kerana itu ibu-ibu jangan terpengaruh dengan iklan milk booster yang semakin banyak dijual di pasaran. Susu tidak akan bertambah secara ajaib dengan makan makanan tertentu sahaja tanpa buat SATU perkara UTAMA, iaitu..
Ibu perlu KERAP BERI RANSANGAN PADA PAYUDARA. Tanpa satu perkara ini, susu tidak akan bertambah walau apa pun makanan yang dimakan. Ibu boleh lakukannya dengan cara:
- Kerap susukan bayi atau
- Kerap pam susu (jika berjauhan dengan bayi).
Utamakan direct feeding kerana hisapan bayi jauh lebih baik daripada sedutan pam. Dan ia jauh lebih berkesan untuk mengeluarkan susu daripada payudara.
Setelah kerap beri ransangan pada payudara, barulah ibu akan lihat pertambahan susu.
Usaha ini perlulah konsisten. Ia tidak berhasil jika ibu cuba kerap susukan bayi sehari sahaja. Ibu perlu terus konsisten kerap susukan bayi setiap hari, mungkin lepas seminggu atau selepas beberapa hari baru ibu akan dapat lihat hasilnya.
Lactation cookie atau biskut tambah susu ini hanya akan berkesan sekiranya ibu buat perkara di atas.
Bersabar, dan dapatkan sokongan suami atau keluarga terdekar, usaha keras ibu-ibu pasti akan memberi hasil yang menggembirakan.
Juga ibu perlu banyakkan berehat supaya susu dapat dikeluarkan dengan lancar.
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak untuk memudahkan penyusuan, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire