Cara Simpan Susu Ibu
Susu ibu mempunyai tempoh kesegaran yang berbeza mengikut cara dan tempat ia disimpan. Di sini kami akan kongsikan cara simpan susu ibu dengan cara yang betul.
Sebagai contoh, susu ibu tahan dalam tempoh berbeza untuk jenis peti sejuk yang berbeza:
- 2 minggu untuk peti sejuk 1 pintu
- 3 bulan untuk peti sejuk 2 pintu
- 6 bulan untuk peti sejuk jenis deep freezer.
Dalam entri ini, saya akan tuliskan sedikit tentang cara simpan susu ibu yang betul.
Dan ibu-ibu boleh download dan print jadual penyimpanan susu ibu pada hujung artikel ini untuk dilekatkan pada peti sejuk untuk memudahkan rujukan.
Khasiat Susu Ibu Berbeza Mengikut Tempat ia Disimpan.
Sebelum kita lihat jadual penyimpanan susu ibu, penting untuk ibu tahu yang susu ibu mempunyai khasiat yang berbeza mengikut tempat ia disimpan.
Ini kerana, apabila proses sejuk dan beku berlaku, ada sedikit zat telah hilang.
Namun, susu ibu ini masih tetap jauh lebih baik daripada apa-apa susu gantian. Jadi ibu-ibu tidak perlu risau jika terpaksa simpan susu di tempat sejuk beku.
Berikut adalah ranking khasiat susu ibu mengikut tempat penyimpanan:
Bayi bawah 6 bulan sebaiknya diberikan lebih banyak susu fresh (sama ada susu yang baru sahaja dipam atau direct daripada payudara) dan chilled EBM (susu perahan yang disejukkan) sahaja untuk mendapat khasiat optimum.
Bagi saya, penting untuk ibu tahu tentang ini supaya ibu dapat rancang susu perahan untuk diberikan kepada bayi. Tiada stok beku yang banyak sebenarnya ok sahaja dan ibu-ibu tidak perlu risau dengan keadaan ini.
Bagi ibu yang ‘pam hari ini untuk esok’ juga perlu tahu yang anak anda mendapat susu ibu dengan khasiat optimum dan ia baik untuk bayi. Jadi tidak perlu risau dan sedih apabila melihat stok susu ibu lain yang penuh peti beku. Ok mommies? 🙂
Jadual Penyimpanan Susu Ibu.
Baik, berbalik kepada tajuk artikel, berikut adalah jadual penyimpanan susu ibu.
FAQ Cara Simpan Susu Ibu
Ini soalan yang kerap saya tanya juga semasa anak pertama dulu, saya senaraikan untuk memudahkan ibu-ibu rujuk apabila diperlukan.
Susu perahan untuk 2 sesi pam berbeza, mestilah dalam tempoh 24 jam, baru boleh campur untuk SIMPAN.
Tetapi susu 2 sesi perahan berbeza, boleh campur untuk tempoh lebih 24 jam atau hari berbeza, tetapi untuk MINUM sahaja. Bukan untuk disimpan.
Download Pdf file ini, print dan tampal pada peti sejuk untuk rujukan
Gambar jadual penyimpanan susu dan FAQ penyimpanan susu ni ibu-ibu boleh download dan print jika nak tampal di mana-mana sebagai rujukan. Biasa saya akan tampal kat peti sejuk sebab pengurusan susu banyak saya buat di dapur rumah 🙂
Untuk mendapatkan pdf file ni, ibu boleh masukkan nama dan email di dalam kotak di bawah, kemudian tekan butang send. Kami akan emailkan kepada anda.
Saya harap perkongsian ringkas tadi membantu ibu-ibu dalam menguruskan susu perahan. Susu ibu ada banyak sel hidup, jadi ia perlu diuruskan dengan betul.
Selain pengurusan susu ibu, susu ibu perlu dicairkan dan dipanaskan dengan betul. Boleh refer artikel ini untuk bacaan lanjut.
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Jika ada pertanyaan, ibu-ibu boleh join FB Support group ini dan boleh tanya di dalam group, tekan link ini:
https://www.facebook.com/groups/Malaysiabreastfeedingsupportgroup/
Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak untuk memudahkan penyusuan, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire
Setiap pembelian anda di Cozy Lady amat bermakna buat kami.
Sebahagian daripada pembelian anda akan kami gunakan untuk menyumbang kembali kepada komuniti ibu menyusu melalui penulisan di blog, FB group dan video di Youtube.
Faqihah
August 14, 2020 @ 9:36 am
Hai , saya nak bertanya , boleh ke pam susu dalam masa yang sama & di simpan contohnya dalam botol 6oz
3oz kiri
3oz kanan
(dalam 1 botol yg sama)
admin
November 3, 2020 @ 3:11 pm
Boleh puan 🙂 susu daripada breast berbeza blh campur utk disimpan