Nak Susu Pekat? – Fahami Komposisi Susu Ibu

Kongsikan Artikel Ini

Saban hari, kita lihat banyak milkbooster yang diiklankan di FB dan Instagram memberi jaminan untuk menambah susu ibu dan yang membantu memekatkan susu ibu.

Ramai ibu juga rasa sedih melihat susu yang dipam nampak cair dan tidak pekat seperti gambar yang dikongsi oleh rakan ibu lain di media sosial.

Apa perlu ibu buat untuk dapatkan susu yang pekat? Betul ke milkbooster yang dijual tu berkesan memekatkan susu?

Inilah yang akan kita bincangkan dalam entri kali ini.

Kenali Komposisi Susu Ibu

Isu susu cair tidak akan menjadi kerisauan jika ibu tahu dan faham komposisi susu ibu.

Memang fitrah susu ibu, ia keluar dengan 2 kepekatan yang berbeza. Ia dipanggil foremilk dan hindmilk.

Fitrah susu ibu, bermaksud, SEMUA ibu akan dapat susu dengan 2 kepekatan berbeza, iaitu susu cair dan susu pekat ini.

Tetapi kenapa bila pam susu saya nampak cair?

Mari baca lebih lanjut.

nak susu pekat

Foremilk dan hindmilk ini bukanlah 2 jenis susu yang berbeza. Banyak kita dengar orang tua-tua beritahu, payudara kiri air, payudara kanan nasi. Ini mitos dan tidak betul.

Pada awal penyusuan, susu yang keluar adalah foremilk yang lebih cair dan lebih banyak air.

Kemudian, jika penyusuan diteruskan pada payudara yang sama, bayi akan mendapat susu yang lebih pekat iaitu hindmilk.

Hindmilk adalah susu yang keluar selepas beberapa minit penyusuan. Ia bersifat lebih pekat dan mengandungi lebih banyak lemak.

hindmilk foremilk cara pekatkan susu

Keadaan ini boleh dianalogikan dengan pancuran air panas. Awal-awal bila kita pasang air panas, air yang keluar sejuk dan tidak panas. Tetapi selepas beberapa ketika, air yang keluar akan mula rasa panas sedikit demi sedikit sehinggalah mencapai tahap kepanasan yang telah kita set pada alat pancuran air panas itu.

Keadaan air pancuran panas di atas sama dengan susu ibu. Susu awal keluar adalah bersifat cair, dan lama kelamaan susu yang keluar akan semakin pekat.

Susu tidak bertukar secara mendadak daripada foremilk kepada hindmilk tetapi bertukar secara sedikit demi sedikit. Jadi, susu sebenarnya semakin pekat apabila semakin lama ibu menyusu.

Bagi ibu yang merasakan susu kelihatan cair apabila pam, apa yang perlu dibuat adalah pam sekurang-kurangnya 15 ke 20 minit untuk memastikan susu betul-betul habis keluar.

foremilk hindmilk cara pekatkan susu

Macam Mana Nak Susu Pekat?

Jika ditanya soalan ini sekarang, apa yang ibu-ibu sudah tahu dan boleh jawab?

Caranya adalah, ibu-ibu perlu terus menyusukan anak pada satu payudara sahaja, kerana kita mahu bayi dapat hindmilk tersebut. Baru berat bayi naik cantik.

Jika mengepam, ibu perlu terus mengepam lama sikit supaya dapat hindmilk, iaitu susu yang lebih pekat.

Berikut adalah ringkasan perbezaan foremilk (susu yang lebih banyak air) dan hindmilk (susu yang lebih banyak lemak)

foremilk hindmilk

Cara Dapat Banyak Hindmilk #2 : Pendekkan jarak bagi dua sesi penyusuan atau dia sesi pam.

Apabila bayi agak lama tidak menyusu atau ibu terskip jadual pam, payudara mula terasa penuh. Pada waktu ini, ibu-ibu perasan tak, susu yang awal-awal keluar itu kelihatan lebih cair daripada biasa, bukan?

FAKTA yang perlu semua tahu:

Payudara yang penuh membuatkan susu cair kerana kandungan foremilk menjadi lebih banyak. Susu yang lebih pekat (hindmilk) akan keluar juga pada hujung-hujung penyusuan, iaitu apabila payudara sudah semakin ringan.

Jadi, kalau nak susu banyak hindmilk (susu yang lebih pekat), jangan tunggu payudara penuh atau bengkak baru pam atau susukan bayi.

Perlu kerap pam atau kerap susukan bayi. Ingat tu mommies 🙂

cara pekatkan susu
Nak hindmilk lebih banyak seperti botol kiri, perlu kerap pam dan pam sehingga payudara terasa ringan

Ps: Oh ya, satu lagi silap faham dalam dunia penyusuan.
Payudara terasa bengkak bukan petanda susu banyak.
Juga payudara tak pernah terasa bengkak bukan tanda susu sudah mula berkurang.
Jangan rasa sedih kalau lepas 3 bulan bayi lahir, payudara dah tak rasa bengkak. Ianya normal. Ini kita akan kupas dalam entri blog seterusnya.

Kesimpulan

Ibu-ibu perlu berpegang kepada dua fakta ini untuk mendapatkan lebih banyak hindmilk (susu yang lebih banyak lemak) :

  1. Semakin jauh jarak masa antara 2 penyusuan (atau 2 sesi pam), semakin kurang lemak dalam susu pada awal penyusuan.

    Jadi ibu-ibu perlu cuba untuk lebih kerap menyusukan bayi atau lebih kerap mengepam untuk mendapatkan lebih banyak hindmilk.
  2. Kandungan lemak dalam susu bergantung kepada sejauh mana susu dikosongkan daripada payudara – semakin kurang susu dalam payudara, semakin tinggi kandungan lemak dalam susu itu.

    Jadi ibu-ibu perlu menyusukan bayi sebelah payudara cukup lama (15-20 minit) supaya bayi mendapat lebih banyak susu yang tinggi lemak. Kalau pam, ibu-ibu perlu pam sehingga payudara terasa ringan.

Saya harap perkongsian ini memberi kefahaman kepada ibu-ibu tentang komposisi susu ibu. Nak susu yang lebih banyak lemak, perlu lakukan 2 perkara seperti yang disebut di atas. Bukan makan milkbooster.

[Kemas kini] Bayi saya dapat cukup hindmilk ke?

Selepas seminggu artikel ini ditulis, FB Group Malaysia Breastfeeding Support Group mendapat banyak soalan tentang hindmilk dan foremilk.

Rata-rata ibu risau anak mereka tidak mendapat cukup hindmilk.

Ibu perlu faham, susu awal yang cair (iaitu foremilk) itu ada fungsinya. Ianya mempunyai banyak air untuk menghilangkan haus bayi.

Bila cuaca panas, secara automatik badan ibu menghasilkan lebih banyak susu foremilk untuk memberikan air yang cukup kepada bayi. Ini juga antara sebab bayi bawah 6 bulan tidak perlu diberikan air masak tambahan walaupun cuaca panas. Cukup dengan susu ibu sahaja.

Susu yang kelihatan cair itu pun ada kepentingannya, jadi ibu-ibu tidak perlukan terlalu mengejar nak dapatkan susu yang kelihatan pekat.

Apa yang bayi perlukan bukan susu yang terlalu banyak hindmilk. Bayi perlukan susu yang ada kandungan foremilk dan hindmilk yang seimbang (sesuai dengan cuaca dan keadaan hari tersebut)

Bagaimana nak tahu bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang seimbang?

Ibu boleh periksa lampin bayi. Apa warna najis bayi?

  • Jika warna kuning mustard, maka bayi mendapat kandungan foremilk dan hindmilk yang seimbang.
  • Jika warna hijau, ini tanda bayi mendapat kurang hindmilk.
    Dan ibu perlu cuba gunakan cara yang diterangkan di atas untuk cuba dapatkan lebih hindmilk.

Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.

Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:

https://www.instagram.com/cozy_lady/

Jika ada pertanyaan, ibu-ibu boleh join FB Support group ini dan boleh tanya di dalam group, tekan link ini:

https://www.facebook.com/groups/Malaysiabreastfeedingsupportgroup/

Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak untuk memudahkan penyusuan, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:

http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire

Dengan ada baju menyusu selak seperti ini, ibu-ibu mudah untuk susukan bayi di mana-mana tanpa perlu resah gelisah fikir nak cari nursing room atau tempat tersorok untuk menyusukan bayi.

baju menyusu selak

Setiap pembelian anda di Cozy Lady amat bermakna buat kami.

Sebahagian daripada pembelian anda akan kami gunakan untuk menyumbang kembali kepada komuniti ibu menyusu melalui penulisan di blog, FB group dan video di Youtube.

Jom sertai Komuniti Cozy Lady

Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini