Boleh ke Ibu Mengandung Bersenam?

Kongsikan Artikel Ini

Terdapat banyak pantang larang yang kita dengar daripada orang tua ketika mengandung dan selepas bersalin termasuklah mengenai senaman yang dilakukan oleh ibu mengandung.

Tetapi, adakah pantang larang tersebut dibuktikan oleh kajian sains? Atau hanya sekadar cakap-cakap kosong tanpa kajian sains?

Saya berkesempatan untuk menonton rakaman rancangan Tanya Dr Imelda di Youtube.

Dalam rancangan tersebut, Dr Imelda menyatakan bahawa, adalah selamat untuk ibu mengandung bersenam. Menarik kan? Tetapi dengan beberapa syarat.

Saya ringkaskan isi rancangan tersebut dalam entri ini.

Kebaikan Bersenam bagi Ibu Mengandung

Ibu mengandung bukan sahaja boleh bersenam malah digalakkan untuk bersenam.

boleh ke ibu mengandung bersenam

Terdapat banyak kebaikan senaman untuk ibu mengandung.

Antaranya kebaikannya:

  1. Mengurangkan kenaikan berat badan yang mendadak kepada ibu mengandung.

    Oleh itu, ibu mengandung kurang terdedah kepada risiko kencing manis dan darah tinggi yang bahaya kepada diri sendiri dan juga bayi.
  2. Bayi tidak terlalu besar, jadi tinggi peluang untuk ibu melahirkan anak secara normal.

    Berat badan ibu yang naik secara mendadak ketika hamil sebenarnya akan menyebabkan bayi besar. Dan apabila bayi terlalu besar, ia akan meningkatkan risiko kelahiran cesarean section (kelahiran melalui pembedahan)
  3. Ibu yang mempunyai berat badan ideal, mempunyai kejayaan yang lebih tinggi untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan pertama.

    Ibu mengandung yang obesiti menyebabkan hormon dalam badan mereka menjadi lebih kucar kacir berbanding ibu yang mempunyai berat badan ideal.

    Keadaan hormon yang kucar-kacir ini akan menganggu proses penyusuan selepas bersalin. Dr Imelda dalam rancangan tersebut menyatakan bahawa, kesan daripada hormon tidak stabil ini, susu akan lambat kick in.

Oleh itu, ibu-ibu mengandung, tidak perlu berasa takut untuk bersenam kerana ianya baik untuk ibu mengandung.

Senaman Yang Dibenarkan untuk Ibu Mengandung

Seperti yang kita tahu, ibu mengandung tidak boleh terlalu lasak.

Jika senaman digalakkan untuk ibu mengandung, jenis senaman yang manakah dibenarkan untuk ibu mengandung?

Dr Imelda menyatakan bahawa, ibu mengandung boleh melakukan apa-apa jenis senaman, asalkan dalam MODERATE intensity.

boleh ke ibu mengandung bersenam
Weight training ini juga boleh dibuat, tetapi perlu pastikan ianya pada moderate intensity

Moderate intensity ini bermaksud, ibu-ibu sudah tidak boleh menyanyi dengan baik tetapi masih boleh bercakap semasa bersenam.

Elakkan bersenam sehingga mencapai tahap high intensity. High Intensity merupakan tahap di mana ibu-ibu sudah tidak boleh bercakap semasa bersenam.

Elakkan juga senaman yang memerlukan ibu baring secara terlentang.

Hal ini demikian kerana, semasa pertengahan kehamilan, baring terlentang akan menyebabkan tekanan darah jatuh dan akan membahayakan ibu dan kandungan.

Gunakan Sing Talk Test

Kenapa kena guna ‘sing talk test’ atau test menyanyi dan bercakap seperti ini?

Hal ini demikian kerana, tahap kecergasan seseorang individu berbeza mengikut diri masing-masing.

Ibu yang sudah biasa bersenam sebelum mengandung, mempunyai kecergasan yang lebih tinggi. Oleh itu, mereka boleh melakukan senaman yang lebih aktif untuk tahap moderate intensity tersebut.

Kena ukur baju di badan sendiri.

boleh ke ibu mengandung bersenam

Semasa senaman dilakukan, cuba bercakap. Jika boleh bercakap, ibu-ibu masih di tahap moderate intensity yang mana ianya tahap senaman yang sesuai untuk ibu mengandung. Teruskan kelajuan atau intensity senaman pada tahap ini.

Jika sudah tidak boleh bercakap, bermaksud ibu-ibu sudah berada di tahap high intensity, yang memerlukan ibu-ibu memperlahankan pergerakan dan intensity senaman. Teruskan bersenam, cuma perlahankan pergerakan.

Bila boleh bermula?

Ibu mengandung boleh mula bersenam seawal trimester pertama.

Kajian menunjukkan senaman semasa mengandung:

  1. Tidak meningkatkan risiko keguguran.
  2. Tidak meningkatkan risiko kelahiran pramatang.

Oleh itu, ibu mengandung boleh mula bersenam sejak awal kandungan.

Ibu Mengandung yang Tidak dibenarkan Bersenam

Ada beberapa kategori ibu yang tidak dibenarkan bersenam. Antaranya adalah:

  1. Ibu-ibu yang mempunyai risiko kelahiran pramatang, seperti ibu yang sudah pecah ketuban dan ibu yang ada pendarahan.
  2. Ibu yang mengandungkan kembar
  3. Ibu yang ada sakit jantung dan darah tinggi
  4. Ibu yang mempunyai kekurangan darah merah yang teruk (severe anemia)

Bagi yang ingin menonton rakaman penuh bagi rancangan ini, boleh tonton di sini:

Saya harap perkongsian kami dalam entri ini memberi semangat untuk ibu-ibu bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat semasa mengandung.

Jika ada pertanyaan, ibu-ibu boleh join FB Support group ini dan boleh tanya di dalam group, tekan link ini:

https://www.facebook.com/groups/Malaysiabreastfeedingsupportgroup/

Bagi yang berminat untuk mendapatkan pakaian menyusu jenis selak untuk memudahkan penyusuan, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:

http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire

Jom sertai Komuniti Cozy Lady

Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini