MBfPCA: Kursus Pembimbing Penyusuan 2019

Kongsikan Artikel Ini

Ilmu penyusuan susu ibu sebenarnya agak asing bagi saya.

Walaupun saya suka membaca tetapi bahan bacaan saya sejak daripada zaman bujang hingga mengandung anak pertama banyak berkisar tentang ilmu keibubapaan.

Saya tidak pernah terdedah dengan bahan bacaan tentang penyusuan sehinggalah saya mendapat anak pertama.

Ketika itu, saya mengalami masalah dengan penyusuan, jadi saya mula mencari ilmu penyusuan di internet dengan bantuan Google dan media sosial. Saya juga mula membaca beberapa buku tentang penyusuan.

Antara buku kesukaan, saya beli dengan harga RM12 sahaja di Big Bad Wolf.

Alhamdulillah, saya memperoleh sedikit kefahaman tentang penyusuan. Waktu itu, saya rasa lebih bersedia untuk menyusukan anak seterusnya.

Anak-anak saya, Taqiyuddin, dan si kembar Amir & Amirah

Saya dikurniakan sepasang anak kembar. Pada waktu itu, saya struggle dengan penyusuan susu ibu. Saya berasa sangat teruji dengan keadaan ini.

Pada waktu ini, saya sedar bahawa mempunyai ilmu sahaja tidak mencukupi. Sokongan dan bantuan perlu diberikan kepada ibu tadi untuk meneruskan penyusuan susu ibu kepada bayi.

Oleh itu, ilmu asas tentang penyusuan sangat penting untuk ibu.

Di samping itu, sokongan dan bantuan orang sekeliling juga penting kepada ibu.

Kesedaran untuk Menyebar Luas Ilmu Penyusuan

Sekitar 3 tahun lepas, iaitu pada Ogos 2016, saya mengeluarkan satu jenama baju menyusu selak iaitu Cozy Lady.

Dijemput mengisi slot Personaliti Mama dalam Majalah Pa&Ma edisi bulan September tahun 2017

Ketika itu, team Cozy Lady mendapat banyak soalan berkisar tentang penyusuan, terutamanya tentang mengepam susu di tempat kerja.

Antara soalan yang sering kami terima adalah, “Bolehkah guna ice pack yang sejuk sahaja dan tidak dibekukan untuk diletak dalam cooler bag”.

Berdasarkan soalan-soalan yang kerap kami terima, saya sedar bahawa masih ramai golongan ibu yang tidak mengetahui cara asas menggunakan cooler bag.

Oleh itu, team Cozy Lady mula menghasilkan beberapa gambar infografik dan video pendek untuk diletakkan di website dan media sosial (Facebook dan Instagram Cozy Lady)

Tujuannya adalah untuk memberi maklumat tentang penyusuan kepada orang ramai.

Dan pada 1 April 2019, team Cozy Lady membuka satu Facebook support group supaya perbincangan bersifat dua hala lebih banyak dapat dilakukan. Ibu-ibu boleh bertanyakan soalan dan mendapat jawapan daripada perkongsian pengalaman ibu-ibu yang lain.

Bagi yang berminat untuk join facebook group ini, boleh tekan link di bawah:

https://www.facebook.com/groups/Malaysiabreastfeedingsupportgroup/

Alhamdulillah, ternyata ilmu penyusuan perlu lebih disebar luas dengan apa jua cara kerana masih ramai ibu yang memerlukan ilmu ini.

Menghadiri Kursus Pembimbing Penyusuan MBfPCA

Pada 26 Julai 2019, saya bertuah kerana diterima untuk menghadiri kursus pembimbing penyusuan anjuran Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association (MBfPCA) di UPM Serdang.

Saya difahamkan bahawa, kursus ini sangat dinanti-nantikan olehgolongan ibu yang menyokong penyusuan susu ibu tetapi ibu-ibu perlu menunggu lama disebabkan ‘queue’ yang agak panjang.

Semua peserta yang hadir bersama fasilitator. Kursus 3 hari ini membuatkan kami menjadi rapat. Terasa rindu pada semua orang.

Berdasarkan kursus ini, banyak perkara yang saya pelajari tentang ilmu penyusuan seperti teknik kaunseling sehinggalah kepada ilmu penyelesaian masalah umum penyusuan.

Penuh buku catatan saya dengan nota tentang penyusuan.

Lebih menarik, setiap isu yang dikemukakan akan dibincangkan bersama peserta lain.

Kemudian fasilitator, iaitu Dr Ning, Dr Nadrah dan beberapa fasilitator lain akan memberi kesimpulan dengan fakta sokongan hasil kajian sains.

Saya juga mula faham, seseorang itu bukan sahaja perlukan maklumat asas penyusuan, tetapi juga perlukan semangat dan dorongan untuk meneruskan penyusuan.

Kebanyakan orang yang kita jumpa sudah tahu cara menjayakan penyusuan. Tetapi, mungkin kerana tidak mendapat sokongan dan bantuan orang terdekat menjadikan ibu tadi tidak mampu meneruskan penyusuan.

Oleh itu, sangat penting untuk pembimbing penyusuan seperti kami memainkan peranan yang penting dengan ini menjadi telinga yang mendengar terlebih dahulu dan mengenal pasti masalah utama ibu tadi sebelum memberikan bantuan.

Sedikit ilmu yang saya peroleh daripada kursus ini, akan saya kongsikan melalui artikel di blog ini, di Instagram Cozy Lady dan juga di facebook group Malaysia Breastfeeding Support Group.

Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:

https://www.instagram.com/cozy_lady/

Barisan fasilitator yang menjadi penyampai dalam kursus ini. Dari kiri: Yusrina, Khansa’, Joey, Ajui, Dr Ning, Dr Nadrah dan peserta paling sporting, Aida.
Slot terakhir dalam kursus ini memberi peluang kepada peserta berkongsi perkara yang mereka pelajari daripada kursus ini. Rata-rata terbuka mata tentang tugas sebenar peer counselor, iaitu untuk membantu ibu-ibu membuat keputusan, bukan memaksa ibu-ibu membuat keputusan mengikut kehendak PC. Ya, tugas kami adalah untuk memberi maklumat dan memberi semangat kepada ibu-ibu untuk meneruskan penyusuan. Tetapi, keputusan tersebut terletak di tangan ibu itu.
Kit belajar penyusuan cara mudah, Saya dah beli kit ini dan dah dapat. InsyaAllah jika ada kelapangan masa, saya akan buatkan video penerangan tentang ini.
Salah satu sesi pembentangan.
Sijil penyertaan untuk Kursus Pembimbing Penyusuan.