Baby Friendly Hospital Initiative (BFHI) atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai Hospital Rakan Bayi adalah pengiktirafan yang diberikan kepada fasiliti yang menyokong penyusuan susu ibu.
Ibu mengandung, yang ingin menyusukan anak selepas kelahiran, sebaik-baiknya perlu merancang untuk bersalin di hospital rakan bayi.
Mulakan pencarian hospital ketika kandungan masih di peringkat awal.
Apakah yang dimaksudkan dengan hospital rakan bayi?
Apakah kelebihan bersalin di hospital rakan bayi untuk ibu yang ingin menyusukan bayi?
Dan hospital mana yang sudah tersenarai sebagai hospital rakan bayi di Malaysia?
Inilah yang akan dibincangkan dalam entri kali ini.
Pada tahun 1991, World Health Organisation (WHO) dan UNICEF melancarkan Baby-friendly Hospital Initiative (BFHI) atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai Hospital Rakan Bayi.
Ianya adalah pengiktirafan yang diberi kepada hospital atau fasiliti yang mengendalikan kelahiran bayi (wad bersalin) kerana fasiliti ini mengamalkan polisi 10 langkah untuk menggalakkan penyusuan susu ibu.
Pendek kata, hospital yang mengamalkan 10 langkah yang ditetapkan oleh WHO untuk menggalakkan penyusuan seawal kelahiran ini akan diiktiraf sebagai Baby Friendly Hospital atau Hospital Rakan Bayi.
Malaysia mula melaksanakan initiatif ini pada tahun 1993.
Kami terangkan kelebihan memilih hospital rakan bayi di dalam artikel di bawah:
Pada tahun 1998, Malaysia telah menjadi negara ketiga di dunia yang mempunyai 100% Hospital Rakan Bayi.
Ini bermaksud, semua hospital kerajaan di Malaysia telah diiktiraf sebagai hospital rakan bayi.
Ini adalah berita baik kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan anak di hospital kerajaan.
Bagaimana pula dengan hospital swasta?
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan senarai Baby Friendly Hospital Malaysia atau Hospital Rakan Bayi yang dikemaskini pada tahun 2018.
Team Cozy Lady telah menyusun senarai ini mengikut jenis (awam atau swasta) dan mengikut negeri bagi memudahkan carian.
Untuk dapatkan senarai tersebut, boleh isikan email dalam kotak di bawah dan tekan butang send. Kami akan emailkan kepada anda.
Jika bersalin di Hospital Rakan Bayi, adakah ibu-ibu dijamin akan diajar serba serbi tentang penyusuan?
Jawapannya ya, jika ibu ingin dapatkan bantuan.
Ini bermaksud, ibu itu sendiri perlu proaktif dengan cara:
Kita perlu sedar kebanyakan hospital kerajaan di Malaysia mengalami kekurangan tenaga kerja jururawat dan doktor.
Oleh itu, jika ibu itu sendiri tidak bertanya dan meminta bantuan, berkemungkinan tiada bantuan diberikan (jika kakitangan hospital sibuk dengan tugasan lain).
Nsihat saya, ibu perlu juga bersedia dengan ilmu penyusuan ketika kandungan masih baru.
Dan semasa bersalin, pilihlah Hospital Rakan Bayi.
Jika ada masalah penyusuan semasa ibu masih dalam wad hospital, ibu perlu bertanya dan cuba dapatkan bantuan kakitangan hospital.
Mereka akan membantu kerana kakitangan di Hospital Rakan Bayi yang menguruskan ibu bersalin dilengkapi dengan ilmu penyusuan.
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Akhir kata, jemput join FB suport group – Malaysia Breastfeeding Support Group untuk dapatkan lebih banyak ilmu penyusuan.
Tekan link di bawah:
https://www.facebook.com/groups/Malaysiabreastfeedingsupportgroup/
Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak untuk memudahkan penyusuan, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini. Kebanyakan baju Cozy Lady juga sesuai untuk ibu mengandung.
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire
Setiap pembelian anda di Cozy Lady amat bermakna buat kami.
Sebahagian daripada pembelian anda akan kami gunakan untuk menyumbang kembali kepada komuniti ibu menyusu melalui penulisan di blog, FB group dan video di Youtube.
Insiden stok susu beku cair adalah mimpi ngeri semua para ibu menyusu. Masakan tidak, stok…
Ramai yang bertanya tentang aliran susu ibu yang perlahan serta cara tambah susu badan yang…
Sebagai ibu, sudah tentu kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun terpaksa travel beberapa hari…
Kali terakhir kami buat charity adalah kutipan baju menyusu terpakai, yang mana baju-baju ini dijual…
Bengkak susu adalah situasi yang kerap berlaku kepada ibu yang menyusukan bayi terutamanya pada awal…
Kebiasannya, ibu-ibu akan memilih saiz pam yang kecil supaya mudah dibawa ke tempat kerja. Tetapi…