Cara Simpan Pam Susu di Tempat Kerja
Ibu bekerja perlu pam susu setiap 3 jam di tempat kerja untuk memastikan payudara dikosongkan secara kerap.
Ini kerana, susu yang dihasilkan bergantung kepada berapa kerap susu dikeluarkan daripada payudara, sama ada melalui direct feeding (bayi menyusu pada payudara ibu) atau susu dikeluarkan dengan pam susu.
Semakin kerap susu dikeluarkan daripada payudara, otak mendapat signal untuk terus menghasilkan susu atau menambah pengeluaran susu.
Ini sebenarnya konsep asas penyusuan, yang mana selalu disebut sebagai konsep demand and supply.
Kekerapan pam setiap 3 ke 4 jam ini sebenarnya bertujuan untuk memastikan susu ibu terus dihasilkan walaupun ibu berjauhan dengan bayi semasa di tempat kerja.
Dan sudah tentu stok susu yang diperah ini boleh dibawa ke rumah pengasuh keesokan hari.
Contoh Cadangan Jadual Pam
Jadual yang biasa dibuat jika ibu yang bekerja di pejabat bermula jam 9 pagi hingga 6 petang adalah:
- 6.30am : Direct feeding baby.
- 8.40am : Pam selama 15 ke 20 minit sebelum masuk kerja jam 9am
- 12 tengah hari : Pam kali kedua selama 15 ke 20 minit.
- 3pm: Pam (ambil rehat 20 minit untuk pam)
- 6pm : Pam sekejap selama 15 minit sebelum bertolak pulang.
Dan kebiasaannya jam 7 atau 8 malam, ibu sudah berada bersama bayi, jadi boleh susukan bayi.
Cara Mudah Simpan Corong Pam di Tempat Kerja
Jika diperhatikan, bagi ibu yang berada di pejabat selama 9 jam, ibu perlu pam lebih kurang 4 kali.
Bagi ibu-ibu yang kesuntukan masa, ibu tidak perlu basuh corong pam setiap kali selepas guna.
Dengan penyimpanan yang betul, ibu boleh guna corong pam tersebut beberapa kali dan hanya perlu basuh apabila pulang ke rumah sahaja.
Caranya:
- Lap sedikit lelehan susu pada luar corong dengan tisu.
Lap ini bukan lap sehingga ke dalam corong. Cukup sekadar lap lelehan susu pada luar corong.
Ini bertujuan untuk elakkan ziplock bag terlalu penuh dengan lelehan susu.
Tak perlu lap susu yang melekat di dalam corong. - Masukkan corong dalam bekas tertutup.
Boleh gunakan bekas ala-ala tupperware tu atau ziplock bag.
Asalkan corong diletakkan dalam tempat bertutup.
Ini bertujuan untuk menjaga kebersihan corong pam tersebut. - Simpan corong ini di dalam tempat sejuk.
Boleh simpan dalam peti sejuk atau cooler bag berisi ice pack. - Setiap kali sebelum guna, ibu hanya perlu keluarkan daripada bekas dan terus pam tanpa perlu basuh corong tersebut terlebih dahulu.
Basuh pam ini selepas pulang ke rumah sahaja. Tempoh maksimum untuk ulang buat benda ni adalah 24 jam.
Cara sebegini menjimatkan masa ibu-ibu setiap kali sesi pam di tempat kerja.
Ibu hanya perlukan sekitar 20 minit sahaja untuk 1 sesi pam (jika guna double breast pump)
15 minit untuk memerah susu, 5 minit lagi untuk marmet dan untuk menyimpan susu kembali ke dalam cooler bag atau peti sejuk.
Kami pernah share tentang teknik efektif mengepam susu di tempat kerja, ibu-ibu boleh lihat dalam entri blog di bawah
Teknik Sesuai untuk EP Mom
Teknik ini juga boleh dilakukan oleh EP moms (exclusive pump mom) yang perlu mengepam susu 8 kali setiap hari.
Corong pam ini boleh disimpan di tempat sejuk (cooler bag atau peti sejuk) selama 24 jam, jadi ibu-ibu perlu basuh corong pam sekali sehari sahaja.
Semoga perkongsian ini membantu ibu-ibu menjimatkan masa setiap kali sesi mengepam di pejabat.
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak untuk memudahkan penyusuan, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini.
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire
Setiap pembelian anda di Cozy Lady amat bermakna buat kami.
Sebahagian daripada pembelian anda akan kami gunakan untuk menyumbang kembali kepada komuniti ibu menyusu melalui penulisan di blog, FB group dan video di Youtube.
norlizawati omar ali
June 25, 2020 @ 5:42 pm
Boleh tak menyimpan susu dalam peti sejuk bersama makanan lain
admin
December 9, 2020 @ 9:41 am
boleh puan 🙂