Covid-19 : Kutipan Sumbangan untuk Food Bank
Kali terakhir kami buat charity adalah kutipan baju menyusu terpakai, yang mana baju-baju ini dijual di butik dengan harga RM10.
Hasil kutipan mencecah RM2000 dan alhamdulillah team Cozy Lady berjaya menyediakan 20 babybox untuk ibu yang memerlukan.
Dalam tempoh 14 hari Movement Control Order (MCO), kebanyakan kutipan sumbangan yang kita lihat adalah pembelian peralatan perubatan yang mana ianya adalah sangat penting di kala kebanyakan hospital sudah kehabisan bekalan mask, dan pakaian pelindung untuk para barisan hadapan.
Tetapi kita juga maklum bahawa, ketika perintah kawalan pergerakan ini, ramai diberhentikan kerja.
Pekerja yang mendapat gaji harian juga tidak mendapat gaji.
Peniaga kecil seperti peniaga yang membuka gerai jualan di tepi jalan, peniaga pasar malam dan perniagaan berbentuk perkhidmatan tidak dapat meneruskan perniagaan.
Mereka ini antara yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan selama 14 hari ini.
Walaupun banyak inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan, namun kita tahu, masih ada yang tidak mendapat tempias daripada inisiatif kerajaan tersebut.
Mereka ini telah terputus bekalan makanan kerana tidak mempunyai wang.
Jadi, kami di Cozy Lady merasakan, ada sesuatu yang boleh kita semua boleh usahakan untuk berkongsi sedikit rezeki dengan mereka yang terputus bekalan makanan ini.
Team Cozy Lady menghubungi masjid berdekatan Butik Cozy Lady, iaitu Masjid Bandar Baru Ampang untuk bertanyakan tentang food bank di sana.
Ternyata, food bank di masjid sudah hampir habis bekalan makanan.
Setiap hari ada yang datang ambil, namun bekalan yang masuk tidak bertambah setiap hari.
Oleh itu, kami membuat keputusan untuk membuat kutipan untuk menambah makanan di food bank masjid, bermula dengan kejiranan terdekat dengan kami, iaitu Masjid Bandar Baru Ampang ini.
Jika ada lebihan duit, InsyaAllah kami akan hubungi masjid-masjid lain supaya dapat menambah supply makanan di food bank masjid berkenaan.
Bagi yang ingin menyumbang, boleh sumbangkan jumlah sekecil RM10 ke akaun kami. Boleh tekan link di bawah untuk menyumbang.
https://www.billplz.com/cozyladyfoodbank
Setiap 1 kali transfer untuk sumbangan ini, billpliz mengenakan caj RM1.50 ke akaun Cozy Lady. Pihak kami akan menanggung caj transfer ini.
Sebarang update tentang kutipan dan pembelian makanan untuk diletakkan di food bank ini akan kami update di IG Story Cozy Lady (www.instagram.com/cozy_lady)
Sumbangan tuan puan yang pemurah, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Bantu kami, kongsikan link blog ini ke FB, IG story anda dan twitter anda supaya kami dapat mencapai target kutipan RM3000
Cozy Lady akan turut menyumbangkan sedikit duit hasil kutipan daripada SALE Tenang di rumah yang telah kami mulakan semalam. Boleh tekan link di bawah untuk melihat senarai barang yang dimasukkan dalam sale kali ini.