Cara Menguruskan EBM (Susu Perahan) Semasa Travel

Kongsikan Artikel Ini

Sebagai ibu, sudah tentu kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak.

Walaupun terpaksa travel beberapa hari atas urusan kerja, ramai ibu gigih mengepam dan berusaha membawa pulang susu perahan tersebut untuk anak di rumah.

Bagaimana nak bawa susu perahan ini untuk perjalanan jauh? Kami maksudkan di sini adalah perjalanan 2 jam ke atas.

Ada juga ibu yang berpantang di kampung dan mengepam dalam tempoh tersebut, perlu bawa susu ini pulang ke rumah. Perjalanan daripada Kelantan ke Kuala Lumpur contohnya mengambil masa 7 jam, jadi ibu perlu uruskan susu ini dengan betul supaya susu selamat untuk diberi kepada bayi.

Ini yang akan kami kongsikan dalam entri kali ini.

Fahami Cara Simpan Susu Ibu

Sebelum kita berbincang tentang cara untuk menguruskan susu ibu ketika travel, penting untuk ibu-ibu fahami cara menyimpan susu ibu.

Ibu boleh baca artikel ini untuk kefahaman yang lebih mendalam tentang cara menyimpan susu ibu.

Ada 2 asas menyimpan susu ibu yang perlu ibu tahu iaitu:

  1. Susu ibu tahan selama 3-5 hari jika disimpan dalam peti bahagian chiller
  2. Susu ibu yang sudah beku, setelah ia cair, ia tak dapat dibekukan semula.
    Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 24 jam selepas ia cair.

Dua asas ini penting sebagai guideline ibu-ibu membawa susu perahan (EBM) dalam perjalanan jauh.

Cara Menguruskan EBM (Susu Perahan) Ketika di Hotel

Ketika menginap di hotel, ibu perlu usahakan untuk dapatkan peti sejuk untuk menyimpan susu yang telah dipam.

Jika ibu menggunakan peti sejuk dalam bilik hotel, cuba minta satu kad tambahan supaya peti sejuk tersebut sentiasa terpasang dan sejuk walaupun ibu berada di luar bilik hotel.

Minta kad hotel tambahan supaya peti sejuk di bilik hotel sentiasa terpasang

Sekiranya bilik tiada peti sejuk, ibu boleh memohon untuk menggunakan peti sejuk di dapur hotel. Penting untuk ibu label bekas susu ini sebaiknya supaya pihak hotel tidak tersalah letak atau buang susu ini.

Jika ibu bekerja untuk tempoh kurang 5 hari, simpan susu ini dalam chiller sahaja kerana susu ibu tahan selama 5 hari di simpan bahagian chiller. Jangan bekukan kerana susu beku lebih susah untuk dibawa dalam perjalanan jauh berbanding susu sejuk di bahagian chiller.

Jika ibu berjauhan dengan bayi melebihi 5 hari, bekukan susu yang sudah mencapai tempoh 5 hari dalam chiller sahaja. Susu yang disimpan bawah 5 hari tetap simpan dalam chiller sahaja. Nanti untuk dibawa pulang, ibu akan bawa 2 jenis susu iaitu susu sejuk (dalam chiller) dan susu beku.

Kenapa?

Lebih mudah untuk bawa pulang susu sejuk dalam chiller berbanding susu beku.

Ini kerana susu beku ada risiko untuk cair dan jika susu beku ini cair terlalu banyak, ia sudah tidak boleh dibekukan kembali dan perlu dihabiskan dalam masa 24 jam. Boleh refer penerangan panjang di sini.

Jadi, jangan bekukan susu jika tempoh ibu tinggal di hotel kurang 5 hari.

Seterusnya, mari kita lihat cara untuk bawa susu perahan ini untuk perjalanan pulang ke rumah.

Kami pecahkan kepada dua, iaitu cara bawa pulang susu beku dan cara bawa susu sejuk (dalam chiller) kerana dua jenis susu ini memerlukan cara berbeza.

Cara Bawa Susu Sejuk (Chilled EBM) Pulang ke Rumah

Susu ibu yang sejuk (di dalam chiller) lebih mudah dibawa dalam perjalanan jauh kerana ibu hanya perlu pastikan ia kekal sejuk sahaja.

Barang yang diperlukan adalah:

1. Bekas berpenebat

💦 Apa-apa jenis bekas berpenebat untuk memastikan susu kekal sejuk.
Ibu-ibu boleh bawa jenis cooler box, kotak polisterin atau cooler bag berpenebat tebal (contohnya jenama Natural Moms)

💦 Jika guna cooler bag, sebaiknya pilih cooler bag penebat tebal seperti jenama Natural Moms. Penebat cooler bag ini setebal 10mm, ianya cukup tebal untuk buat susu tahan sejuk sehingga 20 jam.

Kelebihan bawa cooler bag adalah ianya lebih mudah dibawa sepanjang perjalanan. Sebagai contoh, cooler bag design Black Stone yang boleh diselit dengan mudah pada luggage. Ianya lebih praktikal dan mudah dibawa berbanding cooler box dan kotak polisterin.

Kami pernah tulis review tentang cooler bag ini, boleh tekan link ini untuk baca https://www.cozylady.com.my/2019/03/19/natural-moms-cooler-backpack-review/

2. Ice pack atau kiub ais

💦 Sebelum mulakan perjalanan, ibu-ibu perlu pastikan ice pack telah betul-betul beku.

💦 Gunakan 2 atau 3 ice pack beku jika ibu menggunakan bekas yang besar.

💦 Ps: Ice pack sejuk lebih lama berbanding ice brick, jadi cuba gunakan ice pack.
Boleh juga beli ais kiub di kedai runcit seperti gambar di bawah untuk menyejukkan susu sepanjang perjalanan.

Sepanjang perjalanan, selang 2 ke 3 jam, cuba buka dan semak keadaan ice pack atau kiub ais yang digunakan.

Jika ice pack dah cair sepenuhnya dan sudah tidak berasa sejuk, ibu boleh beli ais kiub dan tukarkan kepada ais kiub baru supaya susu yang dibawa ini kekal sejuk sehinggalah ibu tiba di rumah.

Saya suka guna ice pack jenama Natural Moms kerana ia bersaiz besar, tahan sejuk lama dan plastiknya tahan koyak. Ia boleh dibeli di sini

Cara Bawa Susu Beku (Frozen EBM) Pulang ke Rumah

Untuk bawa susu beku dalam perjalanan jauh, ibu perlu lebih berhati-hati kerana susu yang telah cair melebihi 30% tidak boleh dibekukan kembali. Jadi ibu perlu berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan ia berlaku.

Susu beku ini perlu kekal BEKU supaya ia dapat disimpan semula bila ibu tiba di rumah.

Ps: Susu beku yang sudah cair melebihi 30% tidak boleh dibekukan semula, jadi ibu perlu elakkan susu beku ini cair terlalu banyak sewaktu dalam perjalanan.

Barang yang diperlukan adalah:

1. Cooler box atau kotak polisterin

💦 Elakkan guna cooler bag untuk bawa susu beku kerana sebagus mana cooler bag itu, ia tidak mampu memastikan susu kekal beku.

💦 Cooler bag hanya mampu memastikan susu kekal sejuk (bukan kekal beku), jadi tidak sesuai untuk bawa susu beku.
Susu beku akan cair secara perlahan-lahan jika ibu gunakan cooler bag.

💦 Ibu boleh beli kotak polisterin di Tesco, Mr DIY atau Aeon Big, ini 3 kedai yang saya pernah jumpa ada jual kotak polisterin.
Ianya kotak polisterin sama yang peniaga ikan gunakan di pasar 🙂

💦 Jika kerap outstation, ibu boleh melaburkan duit untuk membeli cooler box supaya boleh digunakan berulang kali.
Contoh jenama yang bagus ialah Coleman.

2. Kiub Ais

Barang kedua yang diperlukan adalah kiub ais.

Kenapa disarankan guna kiub ais dan bukan ice pack?

Kerana ibu perlukannya dalam kuantiti yang banyak, jadi sudah tentu lebih murah jika gunakan kiub ais.

Cara Bawa Susu Beku dalam Perjalanan Jauh

  1. Lapik bawah cooler box atau kotak polisterin dengan surat khabar atau kain buruk.
    Ini bertujuan untuk menyerap air daripada kiub ais yang sudah cair.
  2. Letakkan 1 lapisan ais. Tabur sedikit garam pada kiub ais ini
    Garam ini akan mengurangkan takat beku ais dan akan melambatkan pencairan ais.
  3. Kemudian, letak satu lapis susu beku.
  4. Letakkan 1 lapisan ais di atas susu beku ini.
  5. Jika masih ada baki susu beku, boleh ulang langkah di atas.
    Maksudnya, susu beku dan ais tu diletak berselang seli.
    Setiap kali letak ais, tabur garam pada ais tersebut.
  6. Tutup cooler box atau kotak polisterin ini dengan kemas.

Cara ini boleh tahan agak lama, sesuai untuk perjalanan jauh 10 ke 20 jam.

Langkah 1 hingga 6 di atas kami rakamkan dalam bentuk video. Bagi yang ingin link untuk menonton video tersebut, isikan nama dan email di dalam kotak di bawah, kemudian tekan butang submit.

Kami akan hantar email yang mempunyai link untuk video ini.

InsyaAllah lebih mudah faham sekiranya ibu menonton video tersebut.

    Setibanya di rumah, ibu boleh semak keadaan susu.

    • Susu yang cair kurang 30% boleh disimpan dalam peti beku.
    • Susu yang cair melebihi 30% sudah tidak boleh dibekukan semula. Susu ini boleh disimpan dalam peti bahagian chiller dan perlu dihabiskan dalam masa 24jam.

    Tips tambahan:

    • Jika ibu travel dengan kereta atau bas, elakkan letak kotak polisterin ini di boot kereta. Letakkan kotak polisterin ini pada tempat penumpang kerana suhu di kawasan duduk penumpang tidak terlalu panas.
    • Jika travel dengan kapal terbang, ibu boleh semak dengan penerbangan yang digunakan, dan cuba untuk letakkan susu ini di ruang hand luggage.

    Ringkasan

    Kami ringkaskan penerangan di atas dalam bentuk gambar seperti di bawah.

    Bagaimana pula untuk bawa susu perahan dalam perjalanan singkat seperti sejam atau dua jam sahaja?

    Sebenarnya, tidak kira untuk perjalanan singkat atau jauh, 2 perkara sama yang perlu ibu-ibu titik beratkan iaitu:

    • Jika bawa susu sejuk (dalam chiller), pastikan susu itu kekal sejuk.
      Boleh gunakan cooler bag berpenebat tebal dengan bantuan ice pack beku sebagai ejen yang menyejukkan susu itu.
      Jika ada kotak polisterin atau cooler box, boleh juga digunakan dengan ice pack atau kiub ais sebagai ejen menyejukkan susu.
    • Jika bawa susu beku, pastikan susu itu kekal beku.
      Untuk perjalanan singkat (sejam ke dua jam), biasanya tiada masalah untuk bawa dalam cooler bag jika ini sahaja yang ibu ada.
      Boleh gunakan ice pack beku lebih banyak sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan susu beku ini cair.
      Tetapi elakkan guna cooler bag untuk bawa susu beku dalam perjalanan jauh (melebihi 2 jam).

    Saya harap perkongsian ini membantu ibu-ibu menguruskan susu perahan untuk dibawa dalam perjalanan jauh.

    Bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak untuk memudahkan penyusuan, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:

    http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire

    http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire

    Setiap pembelian anda di Cozy Lady amat bermakna buat kami. Sebahagian daripada pembelian anda akan kami gunakan untuk menyumbang kembali kepada komuniti ibu menyusu melalui penulisan di blog, FB group dan video di Youtube.

    Jom sertai Komuniti Cozy Lady

    Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini