Tambah Susu Badan yang Dipam: Teknik Breast Compression untuk Menambah Kelajuan Aliran Susu

Kongsikan Artikel Ini

Ramai yang bertanya tentang aliran susu ibu yang perlahan serta cara tambah susu badan yang dipam. Aliran susu ibu yang perlahan akan menyebabkan bayi:

  • bayi kerap tertidur ketika menyusu
  • bayi mula menyusu sekejap-sekejap
  • bayi meragam

Situasi di mana bayi kerap tertidur dan bayi menyusu sekejap-sekejap banyak berlaku ketika awal kelahiran.

Selain itu, ada sesetengah ibu mengalami aliran susu perlahan ketika datang haid dan bayi selalunya akan meragam. Bayi marah kerana aliran susu tidak laju seperti biasa (waktu lain selain ibu datang haid).

Semua ini berlaku kerana aliran susu yang perlahan.

Bagi ibu-ibu yang mengalami situasi seperti di atas, boleh cuba buat breast compression ketika menyusukan bayi untuk menambah kelajuan aliran susu seterusnya tambah susu badan yang dipam. Ini akan ‘memancing’ bayi untuk terus menyusu.

Ada ketika, ibu baru selesai mengepam susu, tiba-tiba bayi menunjukkan tanda-tanda mahu menyusu. Perlu diingat, payudara kita tidak pernah kosong. Walaupun baru sahaja selesai mengepam, susu akan terus dihasilkan, cuma aliran susu ketika ini perlahan berbanding biasa. Keadaan aliran susu yang perlahan ini mungkin akan menyebabkan bayi meragam.

Teknik ini juga sebenarnya bagus dipelajari jika ibu mahu memendekkan masa mengepam susu.

Kajian menunjukkan ibu melakukan breast compression ketika mengepam susu mendapat 48% susu lebih banyak berbanding ibu yang hanya menggunakan pam tanpa breast compression. Menarik bukan?

Dalam post kali ini, kami akan terangkan langkah demi langkah untuk melakukan breast compression ketika penyusuan (direct feeding) dan juga ketika mengepam susu.

Breast Compression ketika Menyusu Secara Terus (Direct Feeding).

Sebelum kami terangkan langkah demi langkah untuk buat breast compression ketika direct feeding, ada beberapa perkara penting yang perlu ibu-ibu tahu iaitu:

  • Elakkan buat breast compression pada beberapa minit pertama penyusuan.

    💦 Breast compression pada beberapa minit pertama penyusuan akan menyebabkan aliran susu yang sudah sedia laju menjadi semakin laju. Bayi mungkin akan tersedak sekiranya ianya tetap dilakukan.

    🚫 Namun, ada satu pengecualian. Sekiranya ibu mendapati ibu sentiasa lambat mendapat let-down (keadaan di mana susu mula mengalir selepas bayi latch), dan bayi mula meragam, ibu boleh buat breast compression sejurus selepas bayi latch pada payudara. Ini bertujuan untuk membantu mempercepatkan let-down.

    🚫 Ibu boleh hentikan breast compression selepas let-down iaitu selepas susu mula mengalir untuk mengelakkan bayi tersedak dengan aliran susu yang terlalu laju.

  • Tiada keperluan untuk ibu buat breast compression jika ibu TIDAK mengalami 3 situasi yang akan kami terangkan di bawah.

Bila sebenarnya sesuai untuk ibu buat breast compression semasa direct feeding?

Ada 3 situasi di mana breast compression akan membantu ibu:

  1. Bayi kerap tertidur semasa penyusuan.

    💦 Ia berguna untuk dilakukan pada penyusuan malam di mana bayi kerap tertidur sebelum betul-betul kenyang dan menyebabkan mereka kerap terjaga pada waktu malam.

  2. Bayi menyusu sekejap-sekejap kerana aliran susu ibu perlahan.

  3. Berat bayi tidak naik dengan baik atau apabila najis bayi berwarna hijau.

    💦 Ini tanda bayi tidak mendapat cukup susu akhir yang mempunyai lebih tinggi kandungan lemak (hindmilk).

    💦 Breast compression ketika direct feeding akan membantu menolak keluar susu yang tinggi kandungan lemak ini untuk bayi.

Jika ibu tidak mengalami 3 situasi di atas, tiada keperluan untuk buat breast compression ketika direct feeding.

Kenapa?

Ibu perlu faham, breast compression dilakukan bertujuan untuk menambah kelajuan aliran susu.

Jika pengaliran susu ibu sudah baik, sudah tentu bayi tidak akan menunjukkan tanda-tanda seperti di atas. Jadi sekiranya breast compression masih tetap dilakukan, dikhuatiri pengaliran susu ibu akan menjadi terlalu laju dan menyebabkan bayi meragam atau lebih buruk bayi akan tersedak susu.

Ada juga risiko lain iaitu bayi akan terus menolak direct feeding kerana trauma dengan aliran susu yang tidak bayi sukai itu. Jadi elakkan buat jika tiada keperluan seperti 3 situasi yang ditulis di atas.

Cara buat Breast Compression ketika Direct Feeding.

  1. Ibu menyusukan bayi seperti biasa.
  • Pilih posisi penyusuan yang ibu dan bayi selesa.
  • Pastikan bayi melekap dengan betul (deep latch)

2. Bayi akan memulakan hisapan.

  • Elakkan buat breast compression pada awal penyusuan.
  • Breast compression tidak perlu dilakukan sejurus selepas bayi memulakan penyusuan. Ini kerana, aliran susu masih laju sejurus selepas bayi melekap (latch). Bayi mungkin tersedak sekiranya ianya dilakukan.

3. Perhatikan hisapan bayi.

  • Hisapan bayi yang dengan hisapan berbentuk : open mouth wide—pause—then close mouth menunjukkan bayi sedang menelan susu. Tidak perlu buat ketika ini. Semakin panjang pause ketika ritma hisapan ini berlaku, semakin banyak susu yang ditelan oleh bayi.
Ini menunjukkan bayi sedang menelan susu
  • Jika hisapan bayi semakin lemah atau bayi hampir tertidur (mamai), ibu boleh mula membuat breast compression untuk memancing bayi supaya meneruskan penyusuan.
Hisapan bayi semakin lemah. Ketika ini boleh buat breast compression untuk memancing bayi supaya meneruskan penyusuan.

4. Letakkan jari dengan pegangan C atau U pada payudara yang dihisap oleh bayi dan tekan selama beberapa saat.

  • Lihat cara buat pegangan C dan pegangan U pada gambar-gambar di bawah.
  • Jangan letak jari terlalu rapat dengan mulut bayi kerana ianya akan mengganggu vakum hisapan bayi. Letak jari jauh sedikit daripada kawasan aerola
  • Dengan menekan kawasan ini, ibu sebenarnya sedang menekan kilang susu untuk mengalirkan susu ke saluran susu.
    Kemudian (ketika direct feeding), lidah bayi akan menekan saluran susu untuk mengalirkan susu ke puting dan seterusnya membawa susu masuk ke mulut bayi.
Pegangan C untuk buat breast compression
Pegangan U untuk buat breast compression
  • Lakukan breast compression (iaitu dengan menekan payudara) ketika bayi masih ada sedikit tanda hisapan walaupun hisapan itu lemah. Bayi menghisap bermaksud bayi bersedia menerima dan menelan susu yang keluar.
  • Jika ibu melakukan breast compression ketika bayi berhenti menghisap (ketika ini bayi sudah tertidur), bayi mungkin akan tersedak kerana ketika ini bayi tidak bersedia menelan susu yang mengalir ke mulutnya. Jadi pastikan ada sedikit hisapan walaupun hisapan itu lemah, barulah selamat untuk buat breast compression.
  • NOTA: Hanya tekan payudara dan tunggu beberapa saat sebelum dilepaskan. Tidak perlu lurutkan jari ke arah puting.

Jika ibu biasa dengan marmet (atau perahan susu dengan tangan), breast compression sebenarnya sama dengan marmet, cuma ia dilakukan ketika menyusu atau mengepam dan jari diletakkan jauh sedikit daripada kawasan aerola supaya tidak mengganggu vakum hisapan bayi.

Breast Compression ketika Mengepam Susu

Breast compression yang dilakukan ketika mengepam susu juga dipanggil sebagai hands-on pumping.

Ianya sesuai dilakukan sekiranya ibu mahu:

  • Mengurangkan masa mengepam.

    💦 Breast compression mempercepatkan let-down dan menambah kelajuan aliran susu.

    💦 Tidak rugi jika ibu berlatih kerana ianya sudah tentu akan membantu sekiranya ibu ada situasi yang memerlukan ibu mengepam dalam masa yang singkat. Mungkin berguna jika terkejar-kejar untuk next meeting nanti, siapa tahu kan?

  • Menambah hasil perahan susu.

    💦 Saya kira ini akan menjadi motivasi terbesar para ibu yang mengepam di pejabat.

    💦 Kenapa breast compression menyebabkan kita dapat lebih banyak susu ketika mengepam?

    💦 Hisapan bayi adalah gabungan hisapan dan tekanan pada aerola dengan otot mulut bayi. Tekan dan hisap. Pam susu pula hanya bertindak menyedut susu yang mana ianya tidak sama dengan mekanisma hisapan bayi. Jadi, breast compression ketika mengepam susu sedikit sebanyak meniru mekanisma hisapan bayi di mana adalah gabungan tekanan pada kilang susu dan sedutan pam.

  • Menambahkan kuantiti hindmilk yang mempunyai lebih banyak kandungan lemak.
    💦 Ini membantu sekiranya berat badan bayi tidak naik dengan baik.

    Ps: Jika berat bayi tidak naik dengan baik, perkara pertama perlu diperiksa adalah lekapan bayi. Adakah bayi mendapat deep good latch? Breast compression ketika mengepam ini hanya akan membantu menambah hindmilk dalam susu perahan dan bukan ketika direct feeding.

Untuk melakukan breast compression ketika mengepam susu, ibu memerlukan corong jenis handsfree ataupun bra khas untuk memegang corong pam.

Tangan ibu akan digunakan untuk melakukan breast compression, jadi ketika ini ibu tidak dapat memegang corong pam.

Cara-cara melakukan breast compression ketika mengepam susu, bagi tambah susu badan yang dipam

  1. Pasang corong pam seperti biasa.

    👉 Selitkan corong di dalam handsfree bra jika anda menggunakan corong biasa

    👉 Selitkan handsfree di dalam bra jika anda menggunakan corong jenis handsfree

  2. Hidupkan pam seperti biasa.

    👉 Bermula dengan stimulation mode seketika dan kemudian expression mode.

    👉 Bagi ibu yang tidak biasa dengan terma tersebut, boleh baca penerangan kami di blog post ini.

  3. Letakkan jari dengan pegangan C atau U pada salah satu payudara.

    👉 Berhati-hati, elakkan meletakkan jari terlalu dekat dengan corong pam kerana ini akan mengganggu sedutan pam.

    👉 Jika guna single pump, buat breast compression pada payudara yang sedang dipam.

    👉 Jika guna double pump, buat breast compression pada salah satu payudara dahulu. Kemudian tukar ke payudara sebelah dan ulang secara berselang-seli.

Saya harap perkongsian ini membantu sekiranya ibu-ibu mengalami situasi di mana ibu perlu buat breast compression.

Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.

Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:

https://www.instagram.com/cozy_lady/

Jemput join FB Support group yang diuruskan oleh team Cozy Lady. Tekan link ini:

https://www.facebook.com/groups/Malaysiabreastfeedingsupportgroup/

Setiap pembelian anda di Cozy Lady amat bermakna buat kami. Sebahagian daripada pembelian anda akan kami gunakan untuk menyumbang kembali kepada komuniti ibu menyusu melalui penulisan di blog, FB group dan video di Youtube.