Susu Beku Cair – Adakah Boleh dibekukan Kembali?
Insiden stok susu beku cair adalah mimpi ngeri semua para ibu menyusu. Masakan tidak, stok susu beku ini adalah talian hayat ibu-ibu jika kehabisan stok susu yang dipam setiap hari.
Ia mungkin berlaku kerana:
- Pintu peti sejuk tidak ditutup dengan rapat.
- Plug peti sejuk ditanggalkan secara tidak sengaja dan tidak dipasang kembali.
- Anak tutup suiz secara tidak sengaja.
- Bekalan elektrik terputus dalam satu jangka masa yang lama.
- Ibu bawa stok susu beku dalam perjalanan jauh.
Seperti yang kita tahu, susu beku yang dicairkan perlu dihabiskan dalam masa 24jam dan tidak boleh dibekukan semula. Ini akan menimbulkan masalah jika banyak botol atau plastik susu beku yang cair, kerana sudah tentu semua itu tidak mampu dihabiskan dalam masa 24 jam.
Jadi bagaimana? Susu beku yang cair ini, masih boleh dibekukan atau tidak?
Penerangan ini sedikit panjang, tetapi saya sarankan ibu-ibu untuk baca sehingga ke hujung entri blog supaya ibu-ibu faham kenapa ada banyak pendapat untuk isu ini.
Garis Panduan Penyimpanan Susu
Semua pembimbing penyusuan dan kaunselor laktasi akan merujuk satu jurnal kajian khas yang membincangkan tentang penyimpanan susu ibu.
Malangnya, dalam jurnal yang dikemaskini pada tahun 2017 ini, masih tiada kajian tentang isu membekukan semula susu beku yang telah cair.
Jadi inilah yang menyebabkan tiada satu garis panduan yang sama yang diberikan oleh para kaunselor laktasi.
Ibu-ibu akan lihat saranan berbeza di sini. Mungkin esok ibu akan lihat saranan lain pula di tempat lain.
Untuk ini, ada dua pendapat yang banyak dikongsi.
Saya nyatakan seperti di bawah:
Pendapat #1: Susu Beku Cair Kurang 50% Boleh dibekukan Semula.
Ini adalah pendapat pertama yang mana ia menjadi guideline oleh ramai kaunselor laktasi, iaitu:
Susu beku yang mencair kurang daripada 50% boleh dibekukan semula.
Ini juga bermaksud, jika susu cair melebihi 50%, susu ini TIDAK boleh dibekukan semula dan perlu digunakan dalam masa 24 jam.
Jadi, jika insiden stok susu beku mencair ini berlaku, ibu-ibu perlu perhatikan setiap plastik susu, jika separuh susu masih beku, susu itu boleh dibekukan semula.
Jika tidak, susu itu perlu dihabiskan dalam masa 24 jam.
Pendapat #2: Susu Beku Yang Masih Ada Ketulan Ais Boleh dibekukan Semula.
Ini pendapat kedua iaitu:
Susu beku yang mencair boleh dibekukan semula asalkan masih ada ketulan ais (walaupun hanya tinggal sedikit ais).
Ianya adalah berdasarkan 1 kajian :
A 2006 study looked at the effects of refreezing previously frozen milk. Researchers took frozen breast milk and thawed it, refroze it, refrigerated it and left it out at room temperature. They concluded that 'Breast milk is fairly robust and does not grow bacteria easily nor lose vitamins A and C or free fatty acids to any degree that would harm a full term baby.' They also found that the vitamin content was adequate for all the samples of refrozen milk, and none of the samples showed unsafe levels of bacteria.*
*Sumber: https://www.breastfeedingbasics.com/qa/can-save-freezer-stash-breastmilk-power-outage
Jadi, berdasarkan kajian ini, susu beku yang mencair boleh dibekukan semula asalkan masih ada ketulan ais (walaupun hanya tinggal sedikit ais).
Pendapat kedua ini juga terpakai untuk full term baby sahaja. Jika bayi pramatang, adalah lebih selamat jika ikut pendapat pertama, atau dapatkan nasihat doktor.
Kesimpulan
Untuk kedua-dua pendapat ini, saya lebih cenderung kepada pendapat pertama iaitu pendapat yang lebih ketat sebagai langkah berjaga-jaga.
Iaitu susu beku yang mencair KURANG daripada 50% boleh dibekukan semula.
Tapi bagaimana jika sebelum ni saya buat tidak seperti saranan ini? Perlu ke buang susu itu?
Ibu-ibu boleh baca penerangan yang lebih panjang untuk tahu tentang tanda-tanda susu ibu rosak dalam blog post di bawah.
Saya harap perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu semua untuk bertindak dengan betul sekiranya insiden stok susu beku cair ini berlaku.
Download, Print dan Tampal.
Untuk memudahkan ibu-ibu rujuk kembali cara cairkan dan panaskan susu ibu, boleh download dan print pdf file seperti di atas dan tampalkan pada tempat yang mudah dilihat. Saya letak pada peti sejuk. Manual ringkas begini juga memudahkan suami saya membantu saya menguruskan susu ibu (ebm) apabila diperlukan.
Masukkan email dan nama, kemudian tekan butang send untuk dapatkan pdf file ini.
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Seperti biasa, sebelum saya akhiri post ini, bagi yang berminat mendapatkan pakaian menyusu jenis selak, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/
Setiap pembelian anda di Cozy Lady amat bermakna buat kami. Sebahagian daripada pembelian anda akan kami gunakan untuk menyumbang kembali kepada komuniti ibu menyusu melalui penulisan di blog, FB group dan video di Youtube.
Juga, mari sertai komuniti Cozy Lady untuk mendapat update bagi setiap post bermanfaat yang bakal dikongsi dalam blog ini nanti.