fbpx

Kenali Cozy Lady

kenali cozy lady
Kongsikan Artikel Ini

Salam dan hi semua ibu-ibu .

Selamat datang ke blog Cozy Lady. Dalam blog ini, saya berkongsi tentang penyusuan susu ibu dan ilmu keibubapaan berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya sendiri. 

Wanita disebalik jenama pakaian Cozy Lady

Secara ringkas tentang saya, pemilik perniagaan Cozy Lady .

Saya Hamizah, seorang graduan Matematik daripada University of Surrey, UK. Saya pernah bekerja sebagai guru selama 2 tahun (2013-2015). Semasa anak pertama saya berusia 2 tahun, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, dalam masa yang sama menguruskan perniagaan daripada rumah.

Saya juga mempunyai sijil pembimbing penyusuan (oleh Malaysia Breastfeeding Peer Counselor Association, MBfPCA) dan saya berkongsi sedikit ilmu ini di dalam blog ini bagi membantu ibu-ibu dalam isu penyusuan.  

Sehingga hari ini, saya masih menguruskan perniagaan ini dengan diiringi 3 orang anak yang sentiasa menemani saya di meja pejabat di butik Cozy Lady atau di mini office di rumah saya.

Idea timbul.

Pakaian menyusu Cozy Lady mula berada di pasaran sejak Ogos 2016. Ianya adalah jenama di bawah syarikat Cozy Baby Sdn Bhd yang beroperasi di Ampang.

Idea menghasilkan pakaian menyusu ini timbul selepas saya mendapati sangat susah untuk mendapatkan pakaian menyusu yang cantik. Pada ketika itu, iaitu pada tahun 2016, pakaian menyusu hanya hadir dengan design ala-ala mak cik yang agak tidak kena dengan taste saya sebagai wanita muda berusia 20an .

 

Pemilik Cozy Lady dalam slot Personaliti Mama, Majalah Pa&Ma keluaran September 2017
Di sebalik tabir photoshoot untuk slot majalah Pa&Ma

Pada waktu itu, sudah ada pakaian menyusu jenis selak tetapi bahagian dalamnya adalah jenis silang X. Bukaan menyusu jenis ini hanya sesuai dihasilkan dengan material stretchable sahaja sama ada dengan kain lycra atau moss crepe dan ini menyebabkan design yang boleh dihasilkan juga terbatas.

Bagi mengatasi masalah ini, saya menghasilkan 1 prototype bukaan menyusu jenis seperti yang Cozy Lady ada sekarang dan bukaan menyusu selak jenis ini membolehkan baju menyusu menggunakan material yang tidak stretchable seperti como crepe. Lalu terhasillah design pertama baju menyusu keluaran Cozy Lady iaitu Cutelostrum blouse, nama baju diambil sempena susu pertama yang keluar selepas ibu-ibu melahirkan anak, iaitu kolostrum. 

Design pertama baju menyusu Cozy Lady yang diberi nama Cutelostrum
kenali cozy lady
Bukaan menyusu Cozy Lady

Ogos 2016 : Lahirlah Baju Cozy Lady Pertama di Pasaran

Cozy Lady Lovers tentu tahu, design pertama keluaran Cozy Lady adalah blouse Cutelostrum. Nama ini diambil sempena nama kolustrum, iaitu susu ibu yang pertama kali keluar selepas melahirkan anak.

Kemudian, design kedua mula dipasarkan iaitu blouse Prolaktina yang diambil sempena nama hormon prolaktin yang mana hormon ini mempunyai peranan besar dalam menghasilkan susu ibu.

Nama menarik pada hampir kesemua pakaian Cozy Lady sebenarnya datang daripada suami saya sendiri, seorang graduan bioteknologi. Beliaulah yang mencadangkan nama blouse yang cukup unik sehingga ia menjadi salah satu keunikan Cozy Lady yang diingati oleh semua Cozy Lady Lovers.

November 2017 : Pembukaan butik Cozy Lady di Ampang

Sebelum berpindah ke butik, perniagaan Cozy Lady hanya beroperasi di rumah saya di Ampang. Salah satu bilik di rumah saya digunakan untuk menyimpan stok dan bahagian ruang tamu diubah suai menjadi ruang pejabat. Semua urusan bisnes pada waktu itu, daripada marketing, mengambil pesanan, dan packing barang pos dilakukan di rumah dengan bantuan 2 tenaga pekerja.

Butik Cozy Lady dalam fasa ubahsuai sebelum mula dibuka pada November 2017

Alhamdulillah, permintaan terhadap pakaian menyusu Cozy Lady semakin bertambah. Saya kemudian membuat keputusan untuk berpindah ke butik dan beliau memilih satu premis kecil di Taman Dagang Ampang sebagai lokasi butik Cozy Lady. Urusan jual beli secara online masih diteruskan dan beroperasi di premis yang sama.

Pembukaan butik ini telah memudahkan ibu-ibu menyusu mendapatkan pakaian menyusu dengan lebih mudah kerana mereka dapat mencuba dahulu pakaian tersebut. Baru betul-betul puas hati dapat baju menyusu yang ngam dengan saiz badan kan?

Sebahagian baju menyusu dalam Butik Cozy Lady

Butik Cozy Lady

A-05-02, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Taman Dagang,

Jalan Dagang Besar, 68000 Ampang, Selangor.

Atau boleh wave sahaja “Butik Cozy Lady”

Misi Cozy Lady

Semasa memulakan jenama Cozy Lady, saya memilih tagline “Smooth Nursing Anywhere” kerana sebab UTAMA jenama pakaian ini diperkenalkan adalah untuk memudahkan ibu-ibu menyusukan bayi di mana-mana tanpa perlu mengabaikan gaya dan  keselesaan.

Cozy Lady – Empower Women

Misi lain Cozy Lady adalah memperkasakan wanita, “empower women”, yang mana kami cuba menyampaikan misi ini dalam hampir kesemua posting Cozy Lady di Instagram.

Anda boleh lihat post kami di Instagram di bawah #cozyladyempowerwomen

Masyarakat mudah menghukum ibu itu baik atau tidak dengan hanya beberapa posts di sosial media, tanpa melihat kesulitan, cabaran dan usaha ibu itu. Ini menjadikan ibu-ibu ini terpaksa hidup dalam expectation orang lain. 

Layan anak begitu kerana masyarakat nak kita layan anak sebegitu. Bukan kerana itu yang terbaik untuk anak-anak, atau bukan kerana cara itu paling sesuai dengan keadaan keluarga kita.

  • Ibu bekerja vs ibu yang menjaga anak sendiri.
  • Susu ibu vs susu formula.
  • Direct feeding vs EP mom.
  • Babywearing vs stroller.

Dan sebagainya.

Akhirnya ibu-ibu ini tidak gembira dan tertekan kerana terpaksa memenuhi expectations masyarakat dalam hampir semua perkara. 

Kami melihat ini satu perkara yang perlu dibantu. Ibu-ibu perlu melihat dan merasakan diri mereka cukup serta yakin dengan keputusan mereka buat untuk keluarga dan tentu sekali keputusan ini perlu berlandaskan ilmu.

Perkongsian di blog ini juga akan berkisar kepada tajuk-tajuk penyusuan dan keibubapaan dengan empower women sebagai misi utama kami.

Saya berkongsi sedikit ilmu yang saya peroleh selaku pembimbing penyusuan.

Mari sertai komuniti Cozy Lady, isi email dan nama anda dalam kotak di bawah: 

Jom sertai Komuniti Cozy Lady

Dan jadi antara yang terawal mendapat update perkongsian daripada blog ini

Bagi yang baru mengenali Cozy Lady, jemput follow Instagram dan like Facebook Cozy Lady.

Instagram : Cozy_Lady

Facebook : www.facebook.com/cozyladysmoothnursinganywhere

Subscribe ke mesej FB kami untuk update tentang sebarang SALE dan design terbaru: m.me/cozyladysmoothnursinganywhere

 

error: Hakcipta Terpelihara.