Boleh ke Ibu Mengandung Bersenam?
Terdapat banyak pantang larang yang kita dengar daripada orang tua ketika mengandung dan selepas bersalin termasuklah mengenai senaman yang dilakukan oleh ibu mengandung. Tetapi, adakah pantang larang tersebut dibuktikan oleh kajian sains? Atau hanya sekadar cakap-cakap kosong tanpa kajian sains? Saya berkesempatan untuk menonton rakaman rancangan Tanya Dr Imelda di Youtube. Dalam rancangan tersebut, Dr […]
Nak Susu Pekat? – Fahami Komposisi Susu Ibu
Saban hari, kita lihat banyak milkbooster yang diiklankan di FB dan Instagram memberi jaminan untuk menambah susu ibu dan yang membantu memekatkan susu ibu. Ramai ibu juga rasa sedih melihat susu yang dipam nampak cair dan tidak pekat seperti gambar yang dikongsi oleh rakan ibu lain di media sosial. Apa perlu ibu buat untuk dapatkan […]
Cara Simpan Susu Ibu
Susu ibu mempunyai tempoh kesegaran yang berbeza mengikut cara dan tempat ia disimpan. Di sini kami akan kongsikan cara simpan susu ibu dengan cara yang betul. Sebagai contoh, susu ibu tahan dalam tempoh berbeza untuk jenis peti sejuk yang berbeza: 2 minggu untuk peti sejuk 1 pintu 3 bulan untuk peti sejuk 2 pintu 6 […]
Lactation Cookie – Resepi Biskut Tambah Susu Ibu
Sekarang sangat banyak biskut tambah susu badan di pasaran. Bahan utama resepi lactation cookie ini adalah bahan yang dikatakan menambah susu seperti rolled oat, brewer’s yeast, halba dan kurma. Semua bahan-bahan ini sebenarnya sangat mudah diperoleh, jadi jika ibu ada kelapangan masa untuk menyediakan sendiri lactation cookie atau biskut tambah susu ini, boleh cuba resepi […]
6 Resepi Sarapan Pantang
Ibu berpantang perlu mendapatkan makanan berkhasiat dan ia perlulah menu yang mudah untuk disediakan. Saya memilih 6 resepi ini kerana faktor mudah disediakan dan bahan-bahannya terdiri daripada bahan berkhasiat seperti rolled oat, kurma dan susu segar. Bila mudah disediakan, suami pun boleh bantu sediakan sebelum ke tempat kerja. Oat memang terkenal sebagai makanan penggalak susu […]
Marmet – Teknik Perahan Tangan
Seperti yang kita tahu, mulut bayi adalah cara paling efektif untuk keluarkan susu daripada payudara. Semasa menyusu, bayi menggunakan otot pipi dan lidah untuk menekan aerola dan menyedut susu. Jadi, ini cara paling baik untuk mengeluarkan susu daripada payudara. Susu kolostrum pada awal kelahiran, cirinya sangat likat pekat seperti gam dan dapat dikeluarkan dengan baik […]
Petua Puting Luka
Menyusukan anak dalam keadaan puting sedang luka (cracked nipple) adalah satu pengalaman ngeri setiap ibu. Sakitnya hanya yang pernah merasai sahaja tahu. Memang perit. Dan dalam kesakitan itu, ibu masih perlu membekalkan bayi susu sama ada melalui menyusu melalui payudara atau pam (sekiranya ibu itu EP mom atau ibu bekerja). Ya, itulah pengorbanan seorang ibu. […]
Cara Atasi Bayi Keliru Puting (Nipple Confuse)
Nipple confuse atau kekeliruan puting adalah keadaan di mana bayi lebih sukakan puting botol susu berbanding puting payudara ibu dan mengalami kesukaran (atau akan terus menolak) menghisap susu melalui puting payudara ibu. Mengapa ia terjadi? Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada keadaan ini: Bayi diberi puting tiruan (pacifier) atau botol susu terlalu awal. Hisapan puting […]
Cara Beri Bayi Susu Perahan Tanpa Gunakan Botol Susu
Penggunaan botol susu terlalu awal iaitu pada 4 minggu pertama kelahiran bayi adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan bayi mengalami kekeliruan puting (nipple confuse). Pada 4 minggu terawal, bayi masih dalam fasa membiasakan dan memahirkan diri untuk mendapatkan susu pada payudara. Seperti yang kita tahu, bayi menggunakan banyak otot pipi dan lidah untuk mengeluarkan […]
Resepi Susu Kurma untuk Ibu Menyusu
Bulan Ramadhan semakin hampir. Ramai ibu-ibu menyusu sudah mula ganti puasa. Dan sudah tentu ibu menyusu perlukan tenaga yang mencukupi kerana ibu perlu menyusu dalam masa yang sama, serta perlu berpuasa selama 13 jam. Saya kongsikan resepi susu kurma ditambah dengan rolled oat yang sering saya lakukan. Oat ialah milk booster saya dan saya memang […]