
Pengalaman Buka Booth di Gema Lebaran 2018
Alhamdulillah, pada 25 Mei 2018, Cozy Lady telah berada di booth pertama kami di Maeps Serdang, menerusi Gema Lebaran 2018. Ianya pengalaman pertama kami dengan jualan fizikal selain jualan di butik kami di Ampang. Seawal 9 pagi, booth Cozy Lady dikerumuni ibu-ibu yang mencari pakaian menyusu untuk hari raya. Kebanyakannya datang daripada sekitar Selangor. Walaupun […]

Review Freemie vs Youha Cup
Dalam entri sebelum ini, saya ada kongsikan tentang peralatan menyusu yang bagus jika ada, salah satunya adalah corong pam handsfree. Ada banyak jenama di pasaran sekarang. Dan baru-baru ini saya berpeluang membeli dan mencuba Youha Cup, jadi dalam entri kali ini, saya akan kongsikan pendapat saya tentang Freemie vs Youha Cup. Entri saya sebelum ini: […]

Packing for Babybox Malaysia
Hujung minggu adalah waktu ibu-ibu bekerja seperti saya mengemas rumah. Kebiasannya saya akan gunakan masa 1-2 jam untuk mengemop seluruh rumah dan menyusun baju yang penuh di ampaian ke dalam almari. Minggu ini ada sedikit masa terluang, jadi saya bercadang untuk mengosongkan sedikit almari Amir dan Amirah yang dah semakin penuh. Sudah agak banyak baju […]

Pam Susu di Pejabat – Part 2
Dalam entri sebelum ini, kita dah lihat apa kelengkapan wajib dan optional yang perlu disediakan sebelum masuk bekerja. Dalam entri kali ini, saya akan kongsikan beberapa ilmu penyusuan asas yang bagi saya sangat penting untuk diketahui supaya ibu-ibu terus kekal bersemangat mengepam susu di pejabat. Jaga Jadual Pam. Bila saya perlu mengepam di tempat kerja? […]

Pam Susu di Pejabat – Part 1
Bagi ibu yang ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun, antara perkara yang difikirkan selepas melahirkan anak adalah apa persediaan yang perlu dilakukan supaya dapat terus memberikan susu ibu kepada anak walaupun ibu perlu kembali bekerja. Saya kurang tahu apa persediaan jika perlu bekerja diluar pejabat seperti doktor, jururawat atau polis. Saya masih ingat ketika kelas […]

DIY Baby Headband – Jom Belajar Buat Sendiri
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil perempuan, pasti ada keinginan untuk menghias anak agar kelihatan lebih perempuan. Anak kembar saya, Amirah, lebih lagi sebab kekurangan rambut sejak dicukur abahnya sejak lahir, maka, perlu dihiaskan sesuatu agar nampak dia adalah perempuan. Hehe. Ada banyak jenis headband di pasaran. Ada yang ribbon, ada yang bunga, macam-macam […]

April Special – Charity Campaign
Selepas melahirkan anak pertama, ada satu benda yang saya tidak menyesal beli sehinggalah anak kedua dan ketiga lahir. Benda ini, sangat membantu ketika saya terkial-kial nak latch kan baby. Dalam keadaan yang masih penat sebab baru lepas bersalin, bayi pula selang sejam minta susu, dalam waktu yang mencabar seperti ini, saya tak nafikan adanya benda […]

Seronok ke Bekerja Dengan Anak-anak?
Hidup zaman moden ini sangat mencabar. Kehidupan berjalan dengan pantas. Lebih mencabar bagi seorang ibu atau bapa yang bekerjaya. Kerja di pejabat terlalu banyak berbanding masa yang ada. Sekurang-kurangnya satu pertiga hari kita dihabiskan di pejabat. Sedar tidak sedar, anak kita sudah pun membesar di luar perhatian kita. Mana tidaknya, balik kerja anak sudah mahu […]

Mak Cik Bawang – Apa yang Boleh Kita Pelajari
Terma mak cik bawang sangat trending tahun ini. Pada awalnya saya tertanya-tanya apa maksud mak cik bawang ni sebab selalu nampak ditulis di Instagram dan Facebook. Selepas bertanya dalam satu Facebook post, barulah saya faham apa maksud mak cik bawang dan aktiviti membawang yang dilakukan oleh mak cik bawang ini. Mak cik bawang dan membawang […]

Diet Ibu Menyusu – 4 Perkara Penting
Ibu menyusu menggunakan kalori yang banyak untuk menghasilkan susu. Jadi tidak pelik jika ibu menyusu akan mudah rasa lapar. Ada sesetengah ibu menyusu senang turun berat badan semasa menyusu. Namun ada yang susah turun berat malah naik berat badan kerana menyusu. Saya dalam kategori naik berat badan ini. Selepas anak saya berumur setahun, saya tekad […]