Ibu-ibu yang bakal masuk bekerja sudah tentu mempunyai dilema dengan breastpump dan corong apa yang perlu diguna. Sama ada nak gunakan sahaja corong pam yang biasa atau melaburkan wang dengan membeli handsfree.
Handsfree pula bukan murah, perlu sediakan RM200 ke atas juga untuk sepasang. Dan adalah perkara biasa bagi ibu-ibu untuk menimbang tara tentang keperluan mendapatkan handsfree atau tidak.
Sebagai ibu yang pernah bekerja dan pernah mengepam susu untuk anak, saya memilih untuk melaburkan wang dengan membeli handsfree. Alasannya mudah, supaya saya dapat pam sambil bekerja dan tidak terjadi insiden skip jadual pam. Saya laburkan RM300++ untuk membeli Freemie Collection Cups (pada waktu itu hanya ada jenama ini di pasaran) dan bagi saya walaupun mahal, ianya berbaloi kerana saya dapat pam susu di mana-mana, pada bila-bila masa.
Prinsip saya dalam berbelanja (disebabkan saya ada limited amount of money), tangguh dahulu kepuasan membeli perkara lain yang kurang penting dan utamakan perkara yang penting. Dalam kes ini, saya tangguhkan keinginan membeli hp baru, tambah barang make up baru dan membeli handbag baru. Hasil simpanan beberapa bulan, saya dapat membeli handsfree ini.
Dan Alhamdulillah, saya tidak kecewa dengan keputusan mendapatkan handsfree kerana ia benar-benar membantu saya mengepam susu tanpa skip jadual pam di pejabat.
Sekarang, semasa post ini ditulis (31 Ogos 2018), sudah ada 4 jenama handsfree di pasaran Malaysia. At least ini yang saya tahu sekarang. Jika ada jenama lain, kongsikan di ruangan komen ya, supaya ibu-ibu yang membaca dapat survey jenama-jenama lain.
Saya senaraikan jenama-jenama ini seperti di bawah:
Ini adalah jenama yang pertama sekali mengeluarkan handsfree, mungkin atas sebab inilah jenama ini menjadi antara jenama yang popular di Malaysia.
Nota: Saiz corong mempengaruhi pengeluaran susu yang optimum, jadi pastikan anda beli saiz corong yang betul. Download FREE ebook cara memilih saiz corong pam berdasarkan saiz puting anda pada hujung post ini.
Ini adalah jenama kedua yang saya beli selepas Freemie. Saya ada tulis sedikit review Freemie vs Youha Cups di dalam post di bawah:
Berikut adalah sedikit ringkasan tentang Youha Cups.
Ini adalah handsfree yang agak baru di pasaran Malaysia, daripada jenama Milk Planet.
Boleh baca post khas tentang review Freedom di bawah, dan ada video juga dalam post di bawah.
Ini juga adalah handsfree yang agak baru di pasaran Malaysia, daripada jenama Spectra.
Apabila ada banyak pilihan, sudah tentu ibu-ibu semakin sukar untuk memilih. Berbeza dengan zaman saya dulu yang hanya ada 1 jenama Freemie, suka atau tidak, tiada pilihan, perlu guna sahaja jenama itu.
Jika ditanya soalan ini, saya nasihatkan untuk pilih jenama berdasarkan saiz corong yang sesuai dengan saiz anda. Ini kerana, pemilihan saiz corong yang salah akan mempengaruhi pengeluaran susu dan menyebabkan rasa sakit.
Jangan pula nanti, saiz anda 24mm tetapi beli jenama Spectra yang mana corong handsfree Spectra 28mm. Sudah tentu tidak selesa ketika menggunakannya, rasa sakit dan susu tidak dapat dikeluarkan dengan optimum. Boleh dapatkan ebook cara ukur saiz puting supaya dapat buat pilihan saiz corong pam yang betul. Tekan post di bawah untuk dapatkannya:
Saya harap perkongsian saya kali ini sedikit sebanyak membantu para ibu yang dalam dilema memilih handsfree apa yang patut dibeli sebelum masuk bekerja.
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Bagi para ibu yang berminat mendapatkan pakaian menyusu selak Cozy Lady, boleh dapatkan di laman web berikut:
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire/
Juga, bagi yang berminat mendapatkan update terbaru di blog ini, boleh subscribe dengan mengisi borang di bawah:
Insiden stok susu beku cair adalah mimpi ngeri semua para ibu menyusu. Masakan tidak, stok…
Ramai yang bertanya tentang aliran susu ibu yang perlahan serta cara tambah susu badan yang…
Sebagai ibu, sudah tentu kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun terpaksa travel beberapa hari…
Kali terakhir kami buat charity adalah kutipan baju menyusu terpakai, yang mana baju-baju ini dijual…
Bengkak susu adalah situasi yang kerap berlaku kepada ibu yang menyusukan bayi terutamanya pada awal…
Kebiasannya, ibu-ibu akan memilih saiz pam yang kecil supaya mudah dibawa ke tempat kerja. Tetapi…
View Comments
freemie pun sekarang sudah ada yang inbuilt anti back flow sama macam spectra dan freedom
May i know the anti-backflow things should be inside or outside better? If inside, does it means more parts to wash?
Ni saya akan tulis dalam next post, review Freedom by Milk Planet :)
boleh bantu saya untuk sambung spectra handsfree dengan lacte duo? perlu beli apa2 tubing @ connector tambahan tak? tq
Sambungan 1 lubang pd pam sahaja kan puan? Kalau ya, cara dia sama dengan video ni: https://www.youtube.com/watch?v=FsPTHi_08So&t=187s
spectra handsfree compatible tak dgn lacte duo. perlu beli apa2 conection lain?
Freemie cup funnel boleh pakai untuk Spectra? Nak beli funnel saiz 32mm untuk pakai dengan spectra cup. Tolong ..
Hi, maaf lewat reply. Yes boleh. Apa-apa jenama handsfree boleh pasang dengan apa-apa jenama breast pump.
Boleh bagi tips x utk breastpump yg sesuai utk saya?
-Bekerja dr jam 1-6pm (biasanya akn buat 2x sesi pump)
-masalah saya ialah saya mempunyai masa yg terhad utk pam..saya cdg nk beli handsfree, tp bila try kt kedai rasa suction nya agk kuat and agk sakit berbanding my current b.pump.. mcm mana ya?
Kalau kurangkan sedikit level pam tu ok ke puan? Atau puan dah cuba cara ni tapi masih terasa suction masih kuat?
cup sume handfree same besar ke ek?sbb sye bli spectra hanfree rse bsr sgt da cover pun still npk.mcm segan lak.igt nk gune smbil bergerak ke sane sini..klo dduk setempat ok la kan.
Lebih kurang je puan saiz handsfree untuk 4 jenama yg saya dah cuba
Spectra handsfree cup bole sambung pada autumz tak? Any tube atau connector perlu di tambah x?
Autumn model mana tu puan?