Jika anda merupakan ibu yang mengandung anak pertama, apakah persediaan anda untuk menyusukan anak selepas kelahiran?
Perlukah ibu sediakan pam susu dan botol susu sebelum bersalin?
Berikut merupakan soalan yang kerap ditanya kepada saya.
Tahniah kepada ibu-ibu yang bertanya kerana mempunyai keinginan untuk menyusukan bayi selepas kelahiran bayi.
Kejayaan menyusukan bayi sememangnya bermula dengan keinginan yang kuat. Ibu yang mempunyai semangat tinggi akan lebih berjaya meneruskan penyusuan untuk jangka masa yang lebih lama.
Perlukah ibu bersedia untuk menyusukan bayi seawal bayi dalam kandungan? Ya, perlu.
Tetapi, apakah persediaan yang boleh dilakukan sebelum kelahiran bayi?
Inilah yang akan dibincangkan dalam post kali ini. Ianya boleh diringkaskan melalui infografik di bawah
Pertama, ibu perlu dapatkan ilmu asas penyusuan, sama ada melalui bacaan di internet atau di dalam facebook support group.
Saya sangat menggalakkan ibu-ibu mengandung untuk luangkan masa menghadiri sekurang-kurangnya satu kelas penyusuan sebelum melahirkan anak.
Hadirlah bersama suami supaya suami dapat memahami tentang asas penyusuan dan dapat menyokong ibu selepas kelahiran bayi.
Kebanyakan ibu-ibu yang tidak berjaya meneruskan penyusuan selepas kelahiran bukan kerana tidak mampu menyusukan bayi, tetapi tiada ilmu.
Semua info ini ada di internet, tetapi kefahaman ibu akan lebih bertambah sekiranya ibu menghadiri kelas penyusuan dan belajar secara berdepan.
Bagi yang ingin dapatkan sokongan melalui facebook support group, boleh tekan link di bawah:
https://www.facebook.com/groups/Malaysiabreastfeedingsupportgroup/
Kami juga banyak berkongsi tips menyusu di Instagram kami sama ada dalam bentuk video (REELS) ataupun IG post.
Boleh follow Instagram kami untuk membaca lebih banyak tips penyusuan di sana, tekan link di bawah:
https://www.instagram.com/cozy_lady/
Ibu yang menyusukan akan lebih mudah meneruskan penyusuan sekiranya mendapat sokongan dan bantuan orang terdekat.
Orang terdekat yang pertama ialah suami. Oleh itu, dapatkan penglibatan semasa proses mendapatkan ilmu asas penyusuan.
Selepas bersalin, komuniti pertama yang akan berada bersama ibu ialah komuniti di wad bersalin.
Oleh itu, sangat penting untuk komuniti ini menyokong penyusuan susu ibu dan membantu ibu untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran.
Ini yang kita panggil sebagai Hospital Rakan Bayi.
Di Hospital Rakan Bayi, terdapat para jururawat dan doktor yang dilatih dengan ilmu asas penyusuan. Mereka akan cuba membantu ibu untuk menyusukan bayi seawal kelahiran dengan cara:
Semua hospital kerajaan dan beberapa hospital swasta termasuk dalam senarai Hospital Rakan Bayi.
Bagi mendapatkan senarai tersebut, boleh isikan emel dalam kotak di bawah dan tekan butang send. Kami akan emelkan senarai tersebut kepada anda.
Kolostrum yang keluar beberapa hari awal kelahiran adalah susu yang bersifat pekat dan likat seperti gam.
Ianya dapat dikeluarkan secara berkesan melalui sedutan mulut bayi yang mempunyai lekapan yang betul.
Cara kedua terbaik untuk mengeluarkan kolostrum adalah dengan menggunakan teknik perahan tangan, atau marmet.
Penggunaan pam susu pada awal kelahiran bayi tidak dapat mengeluarkan kolostrum ini dengan berkesan.
Berbeza dengan penggunaan teknik perahan tangan (marmet), jari-jemari kita menekan saluran susu untuk mengeluarkan susu daripada payudara. Oleh itu, tekanan ini membantu susu untuk keluar dengan lebih baik.
Tetapi kenapa ibu mengandung perlu tahu tentang teknik perahan tangan?
Banyak kemungkinan yang akan berlaku selepas kelahiran bayi.
Sebagai contoh, ibu perlu memerah susu jika bayi terpaksa diletakkan dalam inkubator. Pada waktu ini, pengetahuan tentang teknik marmet amat membantu.
Oleh itu, tidak rugi sekiranya ibu mengandung mengetahui lebih awal tentang teknik perahan tangan (marmet). Hal ini demikian kerana, ibu akan lebih tenang dan dapat terus membekalkan bayi susu ibu jika keadaan memerlukan.
Ibu-ibu boleh lihat dan belajar tentang marmet melalui post di bawah:
Jemput join FB suport group – Malaysia Breastfeeding Support Group, tekan link di bawah
https://www.facebook.com/groups/Malaysiabreastfeedingsupportgroup/
Bagi yang berminat untuk mendapatkan pakaian menyusu jenis selak untuk memudahkan penyusuan, boleh lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di link ini. Kebanyakan baju Cozy Lady juga sesuai untuk ibu mengandung.
http://www.cozybaby.biz/product-category/nursing-attire
Setiap pembelian anda di Cozy Lady amat bermakna buat kami.
Sebahagian daripada pembelian anda akan kami gunakan untuk menyumbang kembali kepada komuniti ibu menyusu melalui penulisan di blog, FB group dan video di Youtube.
Insiden stok susu beku cair adalah mimpi ngeri semua para ibu menyusu. Masakan tidak, stok…
Ramai yang bertanya tentang aliran susu ibu yang perlahan serta cara tambah susu badan yang…
Sebagai ibu, sudah tentu kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun terpaksa travel beberapa hari…
Kali terakhir kami buat charity adalah kutipan baju menyusu terpakai, yang mana baju-baju ini dijual…
Bengkak susu adalah situasi yang kerap berlaku kepada ibu yang menyusukan bayi terutamanya pada awal…
Kebiasannya, ibu-ibu akan memilih saiz pam yang kecil supaya mudah dibawa ke tempat kerja. Tetapi…